Cukai pendapatan LHDN: Jenis kesalahan, denda dan penalti
Kesalahan cukai di Malaysia dan akibatnya
1. Tidak memaklumkan layak dikenakan cukai/ tidak mengembalikan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP)
Anda perlu memfailkan cukai taksiran pendapatan sekiranya layak dikenakan potongan cukai (mulai tahun 2015 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000 (selepas potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)) perlu mendaftar fail cukai pendapatan). Akibat tidak bayar cukai pendapatan individu, anda boleh didenda antara RM200 hingga RM20,000, dipenjarakan atau kedua-duanya.
2. Tidak melaporkan pendapatan sebenar di dalam BNCP
Melaporkan bahawa anda memperolehi pendapatan yang lebih rendah daripada yang sepatutnya bermakna anda cukai membayar cukai pendapatan individu yang lebih sedikit dan ini menyalahi undang-undang. Anda berisiko dikenakan denda RM1,000 hingga RM10,000. Selain itu, anda juga perlu membayar 200% daripada jumlah cukai yang belum dikenakan.
Kalau tak pernah declare cukai pendapatan, dah tiba masanya untuk anda tunaikan kewajipan sebagai rakyat Malaysia. Tidak melaporkan pendapatan sebenar juga boleh berlaku sekiranya anda tidak tahu jenis pendapatan yang dikenakan cukai dan pendapatan yang dikecualikan cukai. Selain daripada gaji, pendapatan bercukai juga termasuk pendapatan sewa, dividen dan royalti.
3. Memberi maklumat tidak tepat mengenai pelepasan cukai (tanggungan cukai sendiri/ orang lain)
Pelepasan cukai membolehkan anda untuk menikmati potongan cukai dengan jumlah yang besar tapi, anda mesti berhati-hati ketika membuat tuntutan. Anda tak boleh sewenang-wenangnya memberi maklumat tidak tepat mengenai pelepasan cukai semata-mata untuk mengurangkan kadar cukai. Untuk kesalahan memberi maklumat tidak tepat, anda boleh dikenakan denda sebanyak RM1,000 hingga 10,000 dan 200% atas cukai terkurang lapor.
Anda juga boleh dikenakan denda sebanyak RM300 hingga RM10,000, dipenjara, atau kedua-duanya sekali jika gagal mengemukakan dokumen yang berkaitan. Semasa mengisytiharkan cukai, pastikan anda mempunyai baucar, resit, atau dokumen lain yang boleh dijadikan bukti, dan simpan sekurang-kurangnya tujuh tahun. Anda boleh semak senarai pelepasan cukai pendapatan LHDN untuk e-Filing 2021 (tahun taksiran 2020) sekiranya ingin tahu lebih lanjut mengenai jumlah pelepasan cukai bagi setiap kategori.
sos
Cukai pendapatan LHDN: Jenis kesalahan, denda dan, penalti
Nov 8 2021, 01:07 PM, updated 5y ago
Quote
0.0377sec
0.48
5 queries
GZIP Disabled