QUOTE
Tragedi SUKE: Syarikat Zhongsi International didenda RM45,000
Oleh Farah Marshita Abdul Patah - November 3, 2021 @ 2:42pm
farahmarshita@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat pembinaan yang terbabit dalam insiden kemalangan di tapak projek Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) sehingga menyebabkan kematian tiga pekerjanya didenda RM45,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid menjatuhkan hukuman itu terhadap syarikat Zhongsi International Sdn Bhd selepas wakilnya iaitu pengurus sumber manusia, Sim Li En, selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku bersalah atas kesalahan itu.
Mengikut pertuduhan, Zhongsi International sebagai majikan didakwa gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan ketika bekerja iaitu dengan memastikan pengendalian 'launching gantry' yang selamat ketika kerja penyenggaraan sehingga menyebabkan kemalangan kepada tiga pekerjanya, iaitu Wu Tongzheng, Ding Kunfu dan Jiang Jinbao yang juga warga China.
OKS didakwa melakukan kesalahan itu di 3PT39 sehingga 3PT41, Pakej CA3, Projek Penswastaan SUKE CH4200 sehingga CH7800, Jalan Alam Damai, jam 8.45 pagi pada 22 Mac lalu.
Syarikat berkenaan didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya.
Terdahulu, OKS yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon dikenakan denda ringan dengan alasan syarikatnya akan menjalankan langkah keselamatan di tempat kerja dan memastikan perkara itu tidak berulang.
Bagaimanapun, rayuan itu dibantah Pegawai Pendakwa Jabatan Keselamatan dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Abdul Rahim Sabri, yang memohon syarikat berkenaan dikenakan hukuman denda maksimum.
"Pertuduhan ini membabitkan kesalahan serius sehingga menyebabkan kematian tiga orang pekerjanya," katanya.
Pada 22 Mac lalu, media melaporkan kejadian komponen kren jatuh di tapak pembinaan SUKE di Jalan Alam Damai, Cheras di sini.
Kejadian kira-kira jam 8.40 pagi itu mengakibatkan tiga pekerja warga China maut, manakala seorang pengguna jalan raya cedera selepas kereta dipandunya dihempap komponen kren yang terjatuh.

Sekian. Harap maklum.
Sila bersurai secara aman dan teratur.
Nov 3 2021, 03:28 PM, updated 5y ago
Quote
0.0129sec
0.36
6 queries
GZIP Disabled