QUOTE(dadurtyz @ Jun 14 2021, 02:54 PM)
think with penisUiTM lecturer asked sex frm student for good grade
UiTM lecturer asked sex frm student for good grade
|
|
Jun 14 2021, 03:04 PM
Return to original view | IPv6 | Post
#1
|
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Senior Member
1,712 posts Joined: Aug 2009 |
QUOTE(dadurtyz @ Jun 14 2021, 02:54 PM) think with penis mmusang liked this post
|
|
|
Jun 14 2021, 03:43 PM
Return to original view | IPv6 | Post
#2
|
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Senior Member
1,712 posts Joined: Aug 2009 |
QUOTE(kohgods @ Jun 14 2021, 03:01 PM) UiTM cemerlang /k can check this?Kuala Lumpur: Universiti Teknologi Mara (UiTM) mempertahankan kedudukan band 651 hingga 700 daripada keseluruhan 1,300 universiti seluruh dunia dalam senarai penarafan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2022 yang diumumkan semalam. Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa yang menjalankan fungsi Naib Canselor UiTM, Prof Ts Dr Hajah Roziah Mohd Janor berkata, penarafan ini meletakkan UiTM dalam kalangan 50 peratus universiti terbaik dunia dengan peningkatan lima peratus berbanding tahun sebelumnya. Menurutnya, UiTM juga antara tiga universiti tempatan yang berjaya mengekalkan prestasi dan kedudukan masing- masing selain Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR). "Edisi 2022 ini menunjukkan kejayaan UiTM meningkatkan skor keseluruhan yang lebih baik berbanding tahun lalu. "Reputasi akademik mencatatkan peningkatan di kedudukan 338 berbanding 366 pada tahun lalu yang secara langsung menunjukkan kolaborasi yang bertambah baik dengan rakan sejawat dari universiti lain di dalam mahu pun luar negara," katanya dalam kenyataan media. Beliau berkata, pengekalan kedudukan ini menunjukkan kekuatan daya saing dan tahan warga universiti dalam mempamerkan kualiti dan kecemerlangan universiti. Katanya, Reputasi Majikan yang berada pada tangga ke-200 di dunia kekal menjadi kekuatan utama UiTM seperti tahun sebelumnya. "Walaupun pandemik yang menyebabkan berlaku perubahan besar kepada norma harian namun pencapaian ini memberi petanda pendekatan norma baharu yang dilaksanakan tidak menjejaskan operasi universiti dan jalinan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak. "Meskipun pertemuan secara fizikal terbatas, pihak universiti memanfaatkan sepenuhnya infrastruktur dan teknologi yang ada bagi memastikan kelangsungan operasi dan aktiviti universiti tidak terjejas teruk, termasuk jalinan kerjasama bersama rakan-rakan strategik," katanya. Beliau berkata, pertemuan, persidangan, pengajaran dan pembelajaran secara maya yang dilaksanakan secara agresif dengan rakan strategik banyak membantu universiti untuk terus berdaya saing dan kekal dengan kualiti dan kecemerlangan akademik. "Di sebalik pelbagai cabaran dan kekangan yang dihadapi akibat pandemik Covid-19, UiTM komited menggerakkan segala inisiatif yang dirancang ke arah menjadi universiti terkemuka dunia menjelang tahun 2025," katanya. Sumber: Harian metro |
| Change to: | 0.0147sec
0.62
7 queries
GZIP Disabled
Time is now: 16th December 2025 - 09:07 PM |