“Paling lucu apabila ada menggelarkan saya 'Melayu Free Hair' ketika di sekolah dulu," itu kata Wee Yun Nee atau mesra disapa Mekyun dalam kalangan pengikutnya di laman sosial.
Mekyun, 24, menarik perhatian warganet terutama pengguna TikTok kerana kefasihan bertutur dalam bahasa Melayu dan dialek Kelantan.
Lebih mengagumkan apabila Mekyun mendedahkan dia sekeluarga fasih bertutur dalam bahasa Melayu menerusi salah satu video yang dimuat naik di TikTok.
Kelebihan itu juga yang menjadikan Mekyun dikenali dan mengumpul hampir 175,000 pengikut di TikTok sejak aktif di platform itu tahun lalu.
Mekyun berharap, perkongsian video di TikTok itu tidak hanya menjadi hiburan semata-mata tetapi medium menyatupadukan pengikutnya yang terdiri daripada berbilang kaum.