Never realize that the defense white paper is already out in the public domain.
Some infographic from the defense white paper



Plans acquisition for the next 10 years
Kawasan teras
*ATM akan
mewujudkan Angkatan Amfibi bagi melindungi kepentingan negara melangkau kawasan teras. Angkatan Amfibi ini perlu dilengkapi Kapal Sokongan Pelbagai Guna (Multi Role Support Ship, MRSS)
*Angkatan Masa Hadapan memerlukan 155mmSelf-Propelled Howitzer (SPH) sebagai bantuan tembakan tidak langsung yang utama
yang juga boleh digunakan untuk pertahanan pantai. ATM juga perlu menggantikan 105mm Light Howitzer yang telah usang dengan senjata baharu yang mempunyai jarak tembakan yang lebih Jauh danmempunyai ketepatan menembak yang lebih baik
*Angkatan Masa Hadapan memerlukan sistem Pertahanan Udara Jarak Sederhana (Medium Range Air Defence, MERAD) baharu
*ATM perlu menggantikan Kenderaan Perisai (Armoured Vehicle, AV) yang uzur kepada yang lebih baharu dengan perlindungan yang lebih baik, meningkatkan daya tembak, ketahanan yang lebih tinggi dan kemampuan amfibi. Keperluan ini bagi memastikan pasukan
Armor dan Mekanize boleh diatur gerak di seluruh kawasan teras yang bentuk muka buminya boleh menjadi sangat mencabar terutama di Sabah dan Sarawak.
* Angkatan Masa Hadapan juga memerlukan Helikopter Pengangkut Taktikal (Tactical Transport Helicopter) untuk diatur gerak secara cepat dan bot tempur untuk operasi sungai dan pantai.
"Bagi melindungi ruang udara dan menyokong operasi daratan, operasi maritim dan operasi amfibi di kawasan teras, Angkatan Masa Hadapan memerlukan Pesawat Tempur Ringan (Light Combat Aircraft, LCA) untuk Bantuan Udara Rapat (Close Air Support, CAS), Serangan Udara Medan Tempur (Battlefield Air Interdiction, BAI) dan operasi pemintasan untuk menyokong Pesawat Tempur Pelbagai Guna (Multi Role Combat Aircraft, MRCA). LCA juga akan melaksanakan peranan berganda sebagai pesawat latihan pejuang (Fighter Lead-In Trainer, FLIT)
*Bagi operasi maritim di dalam kawasan teras, ATM akan mengaturgerak Kapal Misi Pesisir (Littoral Mission Ship, LMS) yang boleh menjalankan pelbagai misi termasuk SAR dan HADR, antikeganasan dan antipelanunan, pengumpulan risikan dan peninjauan,
hidrografi
dan antiperiuk api.LMS adalah reka bentuk modular dan boleh dilengkapi dengan senjata dan sistem tambahan untuk memenuhi keperluan operasi masa hadapan. * ATM juga merancang untuk memperoleh
Kenderaan Bawah Permukaan Autonomi (Autonomous Underwater Vehicle, AUV) dan Kenderaan Pemusnah Periuk Api (Mine Disposal Vehicle, MDV) untuk menyokong operasi maritim di kawasan teras
Kawasan Lanjutan
*ATM perlu mencapai Kawalan Laut (Sea Control) di permukaan dan bawah permukaan melalui Penafian Laut (Sea Denial) dan Penegasan Laut (Sea Assertion).
Justeru, ATM bergantung pada dua kelas kapal perang iaitu Kapal Tempur Pesisir (Littoral Combat Ship, LCS) dan Kapal Ronda Generasi Baru (New Generation Patrol Vessel, NGPV) yang mampu melaksanakan operasi di kawasan ini dengan jarak, ketahanan dan keupayaan yang diperlukan
*Sementara itu, NGPV sedia ada juga boleh dilengkapi dengan sistem
senjata tambahan jika diperlukan.
*MDA akan dipertingkatkan lagi dengan Pesawat Ronda Maritim (Maritime Patrol Aircraft,MPA) dan Sistem Udara Tanpa Pemandu Aras Sederhana Ketahanan Tinggi (Medium Altitude Long Endurance Unmanned Aerial System, MALE UAS) untuk melaksanakan rondaan pengawasan maritim dari udara. ATM memerlukan Helikopter Misi
Maritim untuk meningkatkan keupayaan kapal tempur baru yang dijangka beroperasi pada akhir tempoh KPP ini. Setiap sistem penderia (sensor) dan sistem komunikasi dari kapal tempur, MPA, MALE UAS dan helikopter akan dirangkaikan ke Pusat NCO ATM untuk MDA yang lebih menyeluruh di kawasan lanjutan.
*Sistem Radar Pertahanan Udara tambahan akan membantu mencapai litupan radar yang menyeluruh dan pengawasan ruang udara sepanjang
masa 24/7, kawalan ruang udara dan tindakan penguatkuasaan.Kerajaan memperakui bahawa melindungi dan mempertahankan kawasan lanjutan adalah sangat mencabar untuk ATM. Sehubungan itu,kerjasama dengan agensi keselamatan yang lain seperti APMM dan pihak berkuasa seperti Jabatan Perikanan dapat memperluaskan liputan untuk melindungi ZMM. ATM juga dipertangggungjawabkan untuk membantu tugas penguatkuasaan bagi menyokong agensi keselamatan yang lain.
Kawasan Hadapan
*Untuk melindungi dan
mempertahankan kepentingan nasional di luar negara dan memenuhi tanggungjawab global serta melaksanakan operasi di kawasan hadapan, ATM bergantung pada kuasa udara (MRCA, Pesawat Pengangkut Bahan Api, Pesawat Pengangkut Strategik),
Angkatan Kapal Selam, dan Pasukan Khas. Untuk mempertahankan kawasan hadapan secara efektif, MRCA berupaya melaksanakan serangan strategik dan Gerak Balas Serangan Udara (Offensive Counter Air, OCA) terhadap sasaran udara, maritim dan darat.
Pada masa kini, ATM bergantung kepada pesawat F/A-18D dan SU-30MKM untuk misi ini dan penggantian akan dibuat setelah pesawat-pesawat ini mencapai tempoh tamat perkhidmatan pada Rancangan Malaysia ke-14 dan ke-15
"TUDM berhasrat untuk melengkapkan
No 18 Skuadron kepada 18 buah pesawat Hornet dalam RMKe-12. Kombinasi F/A-18D
dan SU-30MKM adalah paling ampuh di rantau ini yang memberi kelebihan kepada Malaysia berbanding negara-negara terdekat.
*Bagi serangan jarak jauh dan cegah rintang oleh angkatan laut dikawasan hadapan, ATM kini mengoperasikan dua kapal selam kelas Perdana Menteri dengan keupayaan antiperiuk api serta
antipermukaan dan antikapal selam untuk melaksanakan maneuver jarak jauh secara halimunan
*ATM memberi keutamaan tinggi kepada kemampuan Pasukan Khas dalam melaksanakan operasi khas di kawasan hadapan. Pasukan Khas memberi kelebihan kepada kerajaan dalam melindungi kepentingan negara di kawasan hadapan. Keutamaan akan diberikan kepada
Pasukan Khas ATM dalam perolehan senjata dan peralatan khusus untuk melaksanakan operasi mereka. Di samping itu, latihan dan pembangunan keupayaan akan diteruskan dengan Pasukan Khas negara sahabat dan rakan pertahanan.
https://www.mod.gov.my/ms/maklumat/kertas-putih-pertahananGuess i guess quite a lot correctly then.
I must say overall there will be no major upgrade capability until 2040-2050.