Akta 731
Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pelesenan, pengawalseliaan dan penyeliaan perniagaan perkhidmatan wang dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berhubungan.
“komputer” ertinya apa-apa peranti untuk merekodkan, menyimpan, memproses, mendapatkan atau mengeluarkan apa-apa maklumat atau perkara lain, atau untuk melaksanakan mana-mana satu fungsi itu atau lebih, tidak kira dengan nama atau perihalan apa jua peranti itu disebut, dan jika dua komputer atau lebih menjalankan mana-mana satu fungsi itu atau lebih secara kombinasi atau berturut-turut atau selainnya dengan cara bergabung, komputer-komputer itu hendaklah dikira sebagai suatu komputer tunggal, sama ada komputer-komputer itu berada di dalam premis yang sama atau sebaliknya, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
“perniagaan perkhidmatan wang” ertinya mana-mana atau semua perniagaan yang berikut:
(a) perniagaan pengurupan wang;
(b) perniagaan pengiriman wang;
© perniagaan mata wang borong;
“premis” termasuklah—
(a) sesuatu struktur, sama ada boleh alih atau tidak atau di luar pesisir atau tidak, fizikal atau sebaliknya, bangunan, khemah, kenderaan, kenderaan air, hoverkraf atau pesawat udara;
(b) sesuatu tempat, sama ada tertutup atau tidak atau dibangunkan di atasnya atau tidak; dan
© sebahagian daripada mana-mana premis, termasuk premis daripada jenis yang disebut dalam perenggan (a) atau (b);
4. (1) Tiada seorang pun boleh menjalankan perniagaan perkhidmatan wang tanpa suatu lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini.
5. (2) Tiada seorang pun boleh memohon bagi suatu lesen untuk menjalankan perniagaan perkhidmatan wang melainkan jika orang itu suatu syarikat.

u bodoh to the max eh? then how about if i go trade global stock? trade index? still currency ? LOL.
only local deposit cant. people cant take deposit.. here..
wire transfer or paypal or any online method still ok.
why still not ban? lol..