Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

 If he can get russian amoi, /k got jelly?

views
     
Zhik
post Feb 9 2021, 01:13 PM

eeerrrmmmnnn, stupidity has no limit?
*****
Junior Member
994 posts

Joined: Nov 2012
QUOTE(netmatrix @ Feb 8 2021, 09:05 PM)
Got this guy in this country got Russian bride also not end well right? 🙄
*
Kucing kata jgn.
ZzZzz...
post Feb 9 2021, 01:24 PM

Art of Sleeping
******
Senior Member
1,773 posts

Joined: Nov 2008


ada wang confirm
darkdevilrey
post Jul 23 2021, 10:05 PM

Silly Fools
******
Senior Member
1,155 posts

Joined: Dec 2007


QUOTE(zem @ Feb 8 2021, 08:47 PM)
PENYATUAN cinta antara dua negara.

user posted image

https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2021/0...HwN-PypY-HNcRr8

Begitulah kisah seorang jurugambar Malaysia, Mohamad Anwar Mohd Yusli, 27, yang selamat mendirikan rumah tangga dengan model kelahiran Rusia, Anna Eltsova, 23, di Teluk Panglima Garang, Selangor pada Sabtu lalu.

Bercakap kepada mStar, pengantin lelaki yang mesra disapa Nuar mengakui bersyukur apabila perkenalan yang berputik pada tahun 2019 itu akhirnya membawa kepada penyatuan mereka secara sah sebagai suami isteri.

"Saya berkenalan dengan Anna pada Julai 2018 menerusi satu sesi photoshoot. Masa tu saya shoot dia untuk satu photoshoot pakaian.
"Dia pun memang full time model di Malaysia, dia dah datang sini dua tahun sebelum kami berkenalan.
"Mula-mula kenal, keluarga pun was-was. Tapi lama kelamaan, saya yakinkan keluarga. Sebab Anna ni lain dari yang lain.
"Bila lama kenal, dia boleh adapt dengan budaya kita. Saya nampak dia suka duduk sini. Kawan-kawan dan keluarga pun beri sokongan kepada kami," ujarnya.

Tambah Nuar yang juga seorang kontraktor, dia pertama kali membuat lamaran kepada wanita itu pada Februari tahun lalu.
Sepanjang bertunang, mereka turut melalui pelbagai cabaran, namun keikhlasan dalam perhubungan akhirnya menyatukan cinta antara dua negara itu.

"Saya melamar Anna sewaktu hari lahirnya pada Februari 2020. Saya bagi cincin tanda pertunangan, Alhamdulillah dapat saya harungi dugaan pertunangan dengan Anna.
"Memang agak mencabar, macam-macam lelaki datang kat dia. Tapi dia bukan mata duitan. Dia pandang keikhlasan saya dalam hubungan kami," ujarnya.

Menurut Nuar, komunikasi tidak menjadi masalah besar buat mereka memandangkan Anna yang pernah bersekolah di Amerika Syarikat (AS) dan boleh bertutur dalam bahasa Inggeris.
Malah, wanita itu juga kini semakin lancar bertutur dalam bahasa Melayu.

"Anna fasih berbahasa Inggeris, sebab dulu keluarga pernah hantar dia study di AS selama beberapa bulan.
"Dia juga sedang mendalami bahasa Melayu. Dia selalu tanya saya maksud perkataan yang tak difahami.
"Kalau saya berborak dengan sesiapa dalam bahasa Melayu, dia boleh je faham, bahasa Melayu sebenarnya lebih senang berbanding bahasa Rusia," ujarnya lagi.

Tambah Nuar, isterinya juga kini semakin terbiasa dengan hidangan pedas di negara ini dan sangat menyukai juadah seperti ikan bakar dan nasi lemak.
Dalam pada itu, video romantis menampilkan pasangan itu turut mencuri perhatian ramai sehingga menerima 1.5 juta tontonan di TikTok. Malah kata Nuar, dia bukan sahaja menerima ucapan tahniah dari Malaysia, malah turut dihujani komen-komen netizen Indonesia dan Singapura. "Dapat 1.5 juta tontonan dalam tempoh 24 jam. Saya memang terkejut, ramai yang ucap tahniah.

"Saya dengan Anna memang gembira dengan respon mereka semua. Sangat terharu dengan komen-komen netizen.
"Terima kasih doakan saya dan isteri, harap hubungan kami kekal ke jannah. Saya minta semua bagi sokongan moral.
"Kita jemput saudara Islam baharu kita, dia masih dalam proses belajar lagi," ujar Nuar.

Menurut jurugambar itu lagi, dia juga belum menetapkan tarikh resepsi memandangkan pandemik Covid-19 masih menular di negara ini.
Namun jauh di sudut hatinya, dia berharap wabak itu berakhir segera agar kehidupan dapat diteruskan seperti dahulu kala.

If he can can russian amoi, why cant u?  rclxm9.gif

TikTok Vid
*


ayam jelly
fapman
post Jul 23 2021, 11:28 PM

Getting Started
**
Junior Member
122 posts

Joined: Jan 2017


Ayam jelly cos ayam 10x hensem than that guy.
SUSCmyong88
post Jul 23 2021, 11:35 PM

Enthusiast
*****
Junior Member
974 posts

Joined: Oct 2019
Later anak keluar will he suspect the baby not his?
ameliorate
post Jul 23 2021, 11:41 PM

Casual
***
Junior Member
358 posts

Joined: Jul 2010



Top quality this one. MSK grade AAA. Mail order cannot get. Jelly max.
Selectt
post Jul 23 2021, 11:47 PM

wattttt!!
******
Senior Member
1,592 posts

Joined: Aug 2009
https://twitter.com/amallina_mua/status/131...5310592/photo/1
darkdevilrey
post Jul 24 2021, 08:54 PM

Silly Fools
******
Senior Member
1,155 posts

Joined: Dec 2007


just imagine this couple go chow kit pasar malam jalan jalan and shoot video

how the rempit feel within jelly to max

5 Pages « < 3 4 5Top
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0129sec    0.22    5 queries    GZIP Disabled
Time is now: 29th March 2024 - 09:35 PM