PERTUBUHAN Amal Tzu Chi bersama-sama sembilan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menghulurkan bantuan bagi menjadikan Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan sebagai pusat kuarantin dan rawatan Covid-19, mulai 14 Januari 2021 lalu. : KitaReporters
Sembilan lagi NGO terbabit ialah Persatuan Hokkien Hoay Kuan Kelantan, Persatuan Lam Ann Kelantan, Persatuan Shing Ann Kelantan, Persatuan Eng Choon Kelantan, Persatuan Chin Kang Kelantan, Gabungan Pertubuhan Tiong Hwa Kelantan, YMM Negeri Kelantan, Dewan Perniagaan Cina Kelantan dan Kelantan State Amulet Club.
Kumpulan sukarelawan berkenaan hadir sendiri di PUTIK bersama-sama sumbangan mereka iaitu katil mudah alih, tilam, selimut dan bantal untuk keperluan 140 pesakit.
Mereka turut memunggah barangan keperluan itu di samping memasang dan menyusun katil mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.


Menurut Ketua Pemuda Hokkien Hoay Kuan, Ang Wei Chong, katil jenis mudah alih itu dipinjamkan daripada pihak Tzu Chi, manakala tilam dan bantal adalah sumbangan sembilan NGO terbabit sebagai khidmat sosial dan kerja amal mereka untuk rakyat Kelantan.
Katanya, mereka terpanggil untuk melakukan kerja amal itu apabila pihak Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) meminta kerjasama Pertubuhan Buddhist Tzu Chi Merits Malaysia cawangan Kelantan bagi membuka pusat kuarantin berkenaan.
“Pembukaan pusat kuarantin itu amat diperlukan apabila pusat sedia ada tidak lagi mampu menampung jumlah pesakit Covid-19 yang semakin meningkat di Kelantan.
“Menerusi kerja amal ini kita berharap dapat terus memupuk semangat perpaduan dan kerjasama tanpa mengira kaum dan fahaman politik demi sejahteraan kesihatan penduduk khusus dalam membanteras wabak yang berbahaya itu,” katanya. - KitaReporters

Jan 24 2021, 12:52 PM, updated 5y ago
Quote
0.0194sec
0.53
5 queries
GZIP Disabled