Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

 2 Lelaki Ditahan Tawar Khidmat 'Sugar Daddy, Mommy

views
     
TSAshadiya
post Jan 10 2021, 10:10 PM, updated 5y ago

Getting Started
**
Junior Member
215 posts

Joined: Jan 2019
2 Lelaki Ditahan Tawar Khidmat 'Sugar Daddy, Mommy'

Dua lelaki warga Nigeria disyaki terbabit dengan sindiket menawarkan perkhidmatan seks tidak wujud ditahan dalam serbuan di sebuah premis di Jenjarom, Selangor, Selasa lalu.

Suspek berusia 25 dan 31 tahun itu menyamar sebagai pelajar bidang pentadbiran perniagaan di kolej di ibu negara ditahan selepas polis menerima laporan penyalahgunaan gambar seorang kerabat diraja dalam satu akaun Instagram pada 10 Julai lalu.

user posted image

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, hasil siasatan awal polis mendapati akaun Instagram milik suspek dengan nama 'vivi.an6939' menawarkan perkhidmatan seks tidak wujud termasuk perkhidmatan sugar daddy dan sugar mommy.

Sindiket ini dipercayai menggunakan laman sesawang Asia Dating Hookup dan Alliance Dating Hookup bagi menawarkan perkhidmatan itu dan mendakwa tawaran perkhidmatan berkenaan berdaftar di Malaysia, Singapura dan Dubai, katanya dalam sidang media khas di Ibu Pejabat JSJK Bukit Aman, di sini hari ini.

Katanya, berkata sindiket ini mengenakan bayaran antara RM6,000 hingga RM8,000 semalam bagi ahli yang berdaftar bagi mendapatkan perkhidmatan seks daripada ‘Sugar Baby’ atau anak ikan.

“Bagi Sugar Baby yang ingin bekerja, mereka perlu membuat bayaran pendaftaran sebagai ahli serendah RM400,” katanya.

Beliau berkata suspek direman mulai Rabu lepas sehingga esok bagi membantu siasatan dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

Dalam perkembangan lain, seramai 24 individu termasuk seorang lelaki tempatan bergelar ‘Datuk’ ditahan kerana disyaki terbabit sindiket penipuan pelaburan forex melibatkan kerugian lebih RM30 juta, Selasa lepas.

Mohd Kamarudin berkata, suspek yang ditahan terdiri daripada 15 lelaki dan enam wanita warga tempatan, satu lelaki warga Thailand dan satu wanita warga Indonesia berumur lingkungan 25 hingga 57 tahun serta direman empat hari bermula Rabu lepas sehingga esok.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001," katanya.
TSAshadiya
post Jan 10 2021, 10:36 PM

Getting Started
**
Junior Member
215 posts

Joined: Jan 2019
QUOTE(tatabun @ Jan 10 2021, 10:16 PM)
i kena before

they texted me offer to become sugar daddy or anak ikan.. i can get 6k monthly but need to pay 400 registration fees.. i think this the one
*
the next question is


Did you pay that RM400?


 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0154sec    0.68    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 18th December 2025 - 10:29 PM