Dalam sidang media yang sama, YDH CP Dato’ Mohd Kamarudin bin Md Din turut memaklumkan berkenaan kejayaan pihak Polis membuat tangkapan terhadap 2 orang lelaki warga Nigeria yang dipercayai menjadi dalang dalam kegiatan penipuan perkhidmatan sebagai sugar mummy/daddy dan penipuan tawaran pekerjaan sebagai sugar baby atau “anak ikan”. Menggunakan laman Instagram https://www.instagram.com/vivi.an6939, sindiket ini membuat tawaran perkhidmatan seks dengan menawarkan pembayaran antara RM6,000 hingga RM8,000 semalam bagi ahli yang berdaftar.
Nasihat dari pihak Polis, jangan tamak dan jangan sesekali terpedaya dengan tawaran wang melalui internet. Gunakanlah portal semakmule (https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/) yang telah dibangunkan oleh pihak JSJK untuk membuat semakan sebelum membuat pemindahan wang ke dalam mana-mana akaun.

This post has been edited by IdiuU: Jan 8 2021, 03:13 PM
Jan 8 2021, 01:34 PM, updated 5y ago
Quote
0.0179sec
0.63
5 queries
GZIP Disabled