QUOTE(plouffle0789 @ Oct 29 2020, 06:50 PM)
Thanks
But no madu 3
And what means keluarga 69???
Why some times tv3 play black and white movies??
Is it after they use technology to become colour???

» Click to show Spoiler - click again to hide... «
Pada satu hari, Osman dan isteri barunya, Siti Mariam bercuti selama seminggu untuk bertemu dengan bapanya, En. Bakar. Apabila mereka sampai di rumah En. Bakar, Osman pada mulanya cuba menyelinap masuk rumah bapanya untuk melihat sikap bapanya terhadapnya, bertemu dengan Aminah yang baru keluar dari dapur. Osman yang tertarik dengan Aminah, disapa oleh bapanya. Pada mulanya En. Bakar menyangka Osman sedang mabuk, akhirnya menerima Osman kembali ke rumahnya setelah Osman menjelaskan telah meninggalkan perkara haram tersebut dan menjadi seorang penyanyi rakaman berjaya. Sewaktu itu, En. Bakar memperkenalkan Aminah sebagai ibu tiri baru Osman. En. Bakar juga melahirkan hasrat supaya Osman berkahwin, akan tetapi Osman telah menyatakan yang beliau telah berkahwin dan isterinya ada diluar rumah. En. Bakar dengan itu lantas menyuruhnya masuk untuk diperkenalkan kepada En. Bakar dan Aminah.
Apabila Osman memperkenalkan En. Bakar dan Aminah, Aminah, iaitu anak kepada Siti Mariam, dan Siti Mariam, ibu kepada Aminah, sama-sama terkejut kerana akhirnya mereka bertemu semula setelah sekian lama. Siti Mariam menyatakan beliau telah mengutus surat kepada anaknya, Aminah, akan tetapi suratnya tidak diterima kerana Aminah telah berpindah. Pada waktu itu, En. Bakar dan Osman turut terkejut, pening serta tidak terkata kerana mereka berkahwin dengan orang lain yang juga sama-sama ibu dan anak. Walaupun perkahwinan mereka sah disisi syarak, tetapi timbul persoalan tentang panggilan kekeluargaan masing-masing. Osman pada mulanya berbincang dengan bapanya dan mencadangkan pertukaran isteri dengan bapanya, tetapi tidak dipersetujui En. Bakar. Keadaan mereka bertambah keliru apabila Abu masuk ke dalam rumah En. Bakar untuk memperkenalkan isteri baru Abu, dan pada waktu itu jugalah, Siti Mariam bertemu semula dengan Abu. Pada waktu itu, semuanya terbongkar apabila diketahui Abu merupakan duda kepada Siti Mariam dan bapa kepada Aminah. Tidak cukup dengan itu, Siti Noraini, janda kepada En. Bakar dan ibu kepada Osman, masuk ke dalam rumah En. Bakar dan membuka satu lagi kekeliruan yang Abu kini telah berkahwin dengan Siti Noraini. Dari situ mereka sama-sama bertemu dalam satu rumah, akan tetapi kekeliruan yang besar timbul tentang bagaimana panggilan antara mereka, sehingga Osman menyatakan "keluarga ini telah menjadi tunggang-terbalik, keluarga songsang, keluarga 69".

Oct 29 2020, 11:19 PM

Quote
0.0172sec
1.00
6 queries
GZIP Disabled