Tidak terkecuali, pemimpin pembangkang dan wakil-wakil rakyatnya turut berbuat demikian selepas bekas perdana menteri itu dijatuhi hukuman 72 tahun penjara dan denda RM210 juta.
“Satu Super Ring satu pertuduhan, berapa Super Ring ada di jari saya?” soal exco kerajaan tempatan Ng Sze Han sambil menunjukkan bagaimana makanan itu diletakkan di tujuh jarinya (gambar atas).
Najib terkenal dengan troll Super Ring selepas memulakannya pada Mei lalu sejurus selepas Dr Mahathir Mohamad dipecat daripada Bersatu.
Sementara itu, daripada parlimen, Ketua Penerangan PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin memuat naik gambarnya dengan empat bungkus makanan ringan rakyat Malaysia itu.
“Malam ni balik lewat sikit. Masih di parlimen siapkan ucapan perbahasan esok.
“Layan Super Ring dulu. Sedap,” tulisnya di Facebook.
https://www.malaysiakini.com/news/536565

Jul 29 2020, 04:34 PM, updated 6y ago
Quote



0.0243sec
1.16
5 queries
GZIP Disabled