Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

 berleter...berleter...berleter, Cerita seram komedi pendek

views
     
TShafizsteen
post Jun 13 2020, 12:19 PM, updated 6y ago

New Member
*
Junior Member
15 posts

Joined: Sep 2012
Mempersembahkan Certot seram: "berleter...berleter...berleter"

----------------------------------------------------------------------------------

"Bang! Bangun!"

Tersentak Leman dari lenanya. Segar terus matanya apabila ternampak Kiah berdiri tegak di hadapannya bercekak pinggang. Bengis wajah isterinya itu.

"Pemalas betul abang ni! Dari pukul 4 sampai sekarang! Dah pukul 6 nak masuk Maghrib pun tak bangun-bangun! Nak tidur sampai bila? Besok?! Abang tahu tak abang tidur masa Maghrib..."

berleter...berleter...berleter

Terkebil-kebil mata Leman ketika mendengar leteran isterinya. Dia tak tahu bagaimana nak memotong percakapan isterinya yang deras macam machine gun itu sehingga mulutnya melopong.

"Abang tunggu apa lagi ni? Tak bangun-bangun! Masih nak duduk sini tengok TV ke? Cerita apa bagus sangat kat TV tu sampai tak nak bangun-bangun. Nak tengok perempuan cantik-cantik gelek dangdut sana sini ke? Saya ni tak cukup..."

berleter...berleter...berleter

Mereka berdua tak ada anak. Kiah mandul kata doktor. Jadi mereka terpaksa mengharungi kehidupan mereka berdua-duaan sahaja. Tengok TV berdua, makan berdua, shopping berdua, mandi berdua....maaf, mandi sendiri-sendiri. Berbual pun mereka berbual sesama sendiri, cuma Kiah yang lebih banyak berbual, 100 kali ganda banyaknya. Kiah suka berleter...berleter...berleter

"Abang! Masih tak bangun lagi? Abang ingat..."

"Ok! Ok! Abang bangun sekarang! Nak mandi! Ok!"

"Ha bagus! Dalam tandas tu cuci jamban tu sekali. Kotor! Takkan nak harapkan saya aje. Abang pun boleh buat kan! Jangan lupa pakai sabun. Sental lubang jamban..."

berleter...berleter...berleter

"Ye tahu! Abang buattt!"

Senyap. 5 saat dia menanti leteran balas dari Kiah tapi tak kedengaran. Dia menoleh belakang dan Kiah dah tak ada di situ. Leman mengeluh lantas menggeleng.

Sebaik sahaja dia masuk tandas dan mengunci pintu, dia mengeluarkan telefon bimbitnya. No phone Samad ditekan.

'Ha Man'

"Mad, aku dah tak boleh tahan lah. Siang petang pagi malam tak henti-henti dia berleter. Adoii
Aku nak gila dah ni"

'Sabar Man. Tulah, aku suruh ceraikan dia kau tak nak'

"Ish, dia kan anak yatim piatu, tak ada sedara. Pelajaran tak tinggi. Kesian pulak aku tengok dia"

'Sayang jugak kau kat dia ye, lepas tu tak habis-habis komplen kat aku. Ginilah Man, dapur kau ada pisau besar kan?'

"Bu...buat macam apa kau cakap tu?"

'Shhhhh. Bukan aku cakap lah! Pandai-pandai aje kau ni. Aku tak cakap apa-apa. Errr...Kau buat lah apa yang patut'

"Aku rasa...aku rasa dah tiba masanya"

'Errr. Aku tak nak tahu! Bai!'

Tuut..tuut..tuut

Talian dimatikan. Leman dah nekad. Kiah harus dimatikan..maaf...leteran Kiah harus dimatikan segera. Dah bertahun Leman hidup sengsara gini. Setiap hari dia mendengar Kiah berleter.

Bila dalam rumah, berleter. Kat ofis, isterinya akan call dia dan berleter lagi. Dalam warung megeteh dengan Samad, pun Kiah akan datang berleter suruh Leman balik. Dalam dapur berleter, main chess berleter, tanam bunga berleter pergi pasar berleter. Tengok drama Korea berleter atas katil, senyap pulak tu....eh maaf...tetep berleter!

berleter...berleter...berleter

Leman berjalan pantas menuju ke dapur. Dia menjenguk dan tak nampak kelibat Kiah di mana-mana. Dia ternampak pisau paling terbesar di rak perkakas dapur. Dengan pantas dia mengeluarkannya

"Abang! Kenapa masih tak mandi?"

Leman terleranjat. Pisau besar itu terjatuh ke lantai. Kiah berdiri tegak di muka pintu dapur, bercekak pinggang. Mukanya pucat, putih macam mayat. Matanya merah menyala, terbeliak merenung Leman dengan tajam. Baju kelawar kuning yang dipakainya dah bertukar merah, merah dengan darah setelah ditikam Leman 4 hari yang lalu.

Ye. Kiah sebenarnya dah mati ditikam Leman sebanyak 11 kali. Mayatnya dah ditanam dalam hutan belakang rumah Leman. Tetapi keesokan harinya, Kiah datang kembali dan menghempas-hempas pintu, laga-lagakan kuali di dapur pukul 3 pagi, menyanyi di tengah malam. Sekelip mata di atas katil merenung Leman sedang tidur, sekejap di sebelah, sekajap terapung tinggi di atas leman dan tak lupa juga, berleter...berleter...berleter

Dan di hari ini...

Kiah masih lagi berdiri di muka pintu dapur dan berleter...berleter...berleter. Makin sakit hati Leman dengan leteran Kiah. Air matanya mengalir tak henti-henti. Samad tak tahu yang Leman dah bunuh Kiah walaupun dia dah suruh banyak kali. Tapi Leman ada idea lain

Dengan pisau di tangan kiri, dia mengelar urat nadi tangan kanan. Darah deras mengalir keluar dari lengannya. Tak lama kemudian, Leman rebah dan terbaring di atas kolam darahnya sendiri. Matanya terpejam, leteran Kian sudah tidak kedengarang lagi. Leman menghembuskan nafasnya yang terakhir

3 hari kemudian...

"Abang! Kenapa kubur abang ada nisan! Saya takde! Kenapa kubur saya dalam hutan! Kenapa abang tanam saya kat situ? Abang tak sayang saya ke? Kubur saya..."

berleter...berleter...berleter

Leman menyumpah. Dah mati pun kena berleter...berleter...berleter

user posted image
Stirmling
post Jun 13 2020, 12:27 PM

Getting Started
**
Junior Member
291 posts

Joined: Aug 2019
Lesson learned. Dont marry an immortal vampire.

 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0131sec    0.55    5 queries    GZIP Disabled
Time is now: 8th December 2025 - 01:04 PM