QUOTE
Catatan Pencerahan Ilmu Dari Seorang Rakan Peguam..
DISCHARGE NOT AMOUNTING TO ACQUITTAL (DNAA) DILEPASKAN TANPA DIBEBASKAN
Saya ditanya rakan apa maksud DNAA.
KUASA MAHKAMAH
Apabila seseorang telah dituduh di mahkamah atas pertuduhan jenayah tetapi mahkamah masih mempunyai bidang kuasa untuk melepaskan tanpa membebaskan tertuduh daripada pertuduhan.
Antara alasan DNAA ialah terdapat fakta bahawa kes dilengah lengahkan atau pengadu dilihat kurang berminat untuk meneruskan kes di mahkamah. Ada kalanya pengadu langsung tidak hadir ke mahkamah pada hari perbicaraan.
Perlu diketahui bahawa di dalam kes DNAA pihak pendakwaraya mempunyai hak untuk membuka semula siasatan terhadap kes tersebut.
Tertuduh juga boleh di dakwa semula di mahkamah sekiranya pihak pendakwa boleh membawa saksi saksi dan bukti bukti baru dan lama untuk memberi keterangan dan dikemukakan di mahkamah.
Kesimpulannya ialah DNAA tidak menjamin tertuduh tidak dituduh dan dibicarakan semula di mahkamah.
Tertuduh mungkin boleh disabitkan dan dihukum sekiranya kes dibicarakan semua di Mahkamah dengan pengadu yang sama dan bukti lama dan baru dikemukakan oleh pihak pendakwaraya semasa perbicaraan berlangsung.
ATAU
KUASA PENDAKWARAYA
Pihak pendakwaraya juga mempunyai kuasa untuk DNAA kes melibatkan tertuduh sekalipun tertuduh telah dituduh di mahkamah.
Sekiranya pihak pendakwaraya sendiri mengarahkan agar kes di DNAA, saya percaya kedudukan tertuduh adalah lebih ‘selamat’ dan mungkin tidak akan dituduh semua di mahkamah kerana sebagaimana dinyatakan di dalam Perlembagaan Malaysia, kuasa menuduh dan mendakwa seseorang individu terletak sepenuhnya dalam bidang kuasa dan jurisdiction pihak Peguam Negara.
Mungkin kes selesai dan tertuduh boleh mengambil kembali wang jaminan ke atas beliau dan tiada tuduhan lagi ke atas tertuduh selepas ini.
Sekian.
Hasif Hasan
Peguambela & Peguamcara
https://facebook.com/permalink.php?story_fb...814867755306931

May 16 2020, 10:24 AM, updated 6y ago
Quote
0.0159sec
0.52
5 queries
GZIP Disabled