TIDAK tahu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Itu alasan yang diberi seorang lelaki ketika ditahan polis berhampiran Taman Intan, Alor Setar, 10.50 malam tadi.
Lelaki berusia 30 tahun itu yang sedang menangkap ikan gapi di tepi longkang juga mendakwa sedang ‘bekerja.’
Katanya, dia menangkap ikan gapi untuk dijual secara dalam talian dan penghantaran dari rumah ke rumah kepada kenalannya.
Dia ditahan dalam Op Covid-19 yang dilakukan sepasukan anggota Balai Polis Alor Setar.
Malah lelaki itu turut memberitahu dia mencari sumber pendapatan sampingan dengan menjual ikan gapi berkenaan disebabkan tidak dapat bekerja akibat Covid-19.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, dalam PKP Fasa 3 yang bermula semalam, anggotanya menahan 10 individu kerana ingkar PKP dalam pemeriksaan mengejut di Jalan Datuk Kumbar, malam tadi.
Apr 16 2020, 09:09 PM, updated 6y ago
Quote
0.0200sec
0.49
5 queries
GZIP Disabled