Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

News Pekebun: Harga Tembikai Jatuh Kepada 70 Sen Sekilo, Disebabkan Oleh Wabak Covid-19

views
     
TSironmaid89
post Mar 22 2020, 07:17 PM, updated 6y ago

New Member
*
Newbie
3 posts

Joined: Aug 2012
user posted image

“JIKA diikutkan harga tembikai boleh mencecah RM1.40 satu kilogram kerana permintaan tinggi musim cuti sekolah, tetapi kini jatuh kepada 70 sen disebabkan wabak Covid-19.”

Begitu kata pekebun Mohamad Mardi Mohd Yusof, 37, dari Telaga Papan, Setiu yang mendakwa jualannya terjejas kerana perlu patuh kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurutnya, kebiasaannya kebunnya mampu mengeluarkan hasil sehingga 40 tan sehari untuk edaran ke daerah berdekatan termasuk hingga ke Kota Bharu, Kelantan.

Katanya, mereka tidak menyangka akan berdepan dengan masalah memasarkan buah berkenaan disebabkan penularan wabak itu yang semakin serius melanda negara.


“Jika diikutkan bekalan tembikai yang diusahakan kira-kira 20 pekebun akan menjadi tumpuan utama pembekal dan peruncit selepas bekalan tembikai di Bidong semakin berkurangan.

“Ketika arahan PKP dikeluarkan, kami sangat risau kerana bimbang berlaku lambakan hasil tembikai apabila lori tidak boleh mengangkut keluar hasil ladang ke luar daerah.

“Namun, kami lega apabila diberi kelonggaran supaya hasil ladang boleh dikeluarkan, tetapi permintaan pula terjejas,” katanya ketika ditemui di Telaga Papan, Setiu, hari ini.

Katanya, mereka kerap menjual tembikai di tepi jalan berhampiran kebun, tetapi buat masa sekarang segala aktiviti jualan itu perlu dihentikan sepanjang tempoh PKP.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu Dr Azman Ibrahim berkata, orang ramai dipelawa membeli hasil tanaman terbabit di ladang pada harga lebih rendah.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/03/...-impak-covid-19

This post has been edited by ironmaid89: Mar 22 2020, 07:19 PM

 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0169sec    0.52    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 14th December 2025 - 09:49 PM