QUOTE(talexeh @ Mar 10 2020, 03:35 PM)
The Penang cases comes from which cluster, do you know? I think cluster 26 spread to JB as well. Some school already asking kids and parents to go for test and to do the contact tracing for cluster 26. JOHOR BAHRU, 10 Mac -- Langkah mengadakan kawalan dan pencegahan penularan jangkitan COVID-19 di sebuah sekolah rendah di sini pada Jumaat lepas hanyalah prosedur rutin, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) Dr Aman Rabu.
Beliau berkata, prosedur itu dilakukan bagi mengesan kontak rapat kes selain hanya meletakkan mereka yang bermungkinan terlibat di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah.
“Jabatan akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di negeri ini dan mengambil tindakan sewajarnya. Dengan itu, masyarakat setempat tidak perlu panik dengan penularan mesej dalam media sosial,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook JKNJ hari ini.
Beliau mengulas mengenai kes COVID-19 yang kononnya melibatkan pelajar sebuah sekolah kebangsaan di sini dalam satu hantaran netizen di Facebook.
“Jabatan ingin menegaskan bahawa tindakan kawalan dan pencegahan sedang giat dijalankan di seluruh negeri bagi memastikan keadaan terkawal," kata Dr Aman.
-- BERNAMA