Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

> 45 pemimpin PKR pertahankan Zuraida

views
     
TSwadepak
post Jan 22 2020, 09:11 PM, updated 2 months ago

New Member
*
Junior Member
10 posts

Joined: Aug 2019

FMT News
HOMENEWSBERITAOPINIONWORLDBUSINESSSPORTSFMT OHSEM!LIFESTYLEGALLERY

45 pemimpin PKR pertahankan Zuraida
FMT Reporters -January 22, 2020 8:41 PM
672
Shares
624

Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin.
PETALING JAYA: Seramai 45 pemimpin PKR menuntut tindakan disiplin terhadap Naib Presiden Zuraida Kamaruddin dihentikan serta merta dan diselesaikan secara baik demi mewujudkan semula keharmonian dalam parti.

Kenyataan bersama 45 pimpinan PKR itu berkata sekiranya tindakan itu tidak dihentikan, mereka akan membincangkan tindakan selanjutnya berdasarkan prinsip perjuangan parti.

“Maka, presiden dan pimpinan PKR bertanggungjawab untuk memainkan peranan menerajui tahun 2020 dengan semangat dan iltizam baru yang memberi fokus kepada usaha penyatuan dan menyemarak perpaduan parti.

“Kami yakin dan percaya, sekiranya muafakat dapat dicapai maka pelaksanaan agenda reformasi dapat direalisasikan sekaligus menjamin prestasi dan mutu penyampaian perkhidmatan kerajaan,” menurut kenyataan itu.



18 Jan lalu, 9 ketua PKR negeri mendesak lembaga disiplin memecat Zuraida atas dakwaan menghina parti dan tidak menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Terdahulu, Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail berkata, Zuraida diberikan 14 hari untuk menjawab surat tunjuk sebab lembaga disiplin yang dipercayai ada kaitan dengan ucapannya di sebuah hotel bulan lalu.

Katanya, lembaga disiplin akan membuat keputusan selepas mendengar penjelasan menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu.

Khabar angin mengenai pemecatan Zuraida bertiup kencang selepas bekas ketua Wanita PKR didakwa menghina ahli parti dan mendedahkan butiran perbualannya dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim, ketika berucap dalam satu majlis makan malam anjuran Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali pada 8 Dis lalu.


Pemimpin PKR itu bagaimanapun berkata tindakan dan tekanan mendesak pemecatan Zuraida bermotifkan “mala fide” kerana cemburu terhadap kejayaan dan ketokohan beliau sebagai menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Mereka berkata Zuraida mempamerkan komitmen kerja yang cukup membanggakan serta budaya kerja yang cukup dinamik dalam kementerian.

“Beliau berjaya menterjemahkan reformasi dalam kerajaan menerusi dasar perumahan rakyat, memberdaya peranan pihak berkuasa tempatan dan ikhtiar mempertingkat kualiti kebersihan negara.

“Tekanan dan gangguan terhadap beliau merupakan tindakan selektif, berat sebelah dan berprasangka buruk.

“Tindakan ini hanya ditujukan terhadap sesetengah anggota parti tanpa menghiraukan beberapa tindakan provokatif lain yang dilakukan oleh beberapa pimpinan dan anggota lain yang berterusan mengeluarkan kenyataan yang memecahbelahkan parti,” kata mereka
ahmad92
post Jan 22 2020, 09:25 PM

New Member
*
Junior Member
32 posts

Joined: Nov 2010
Dasar perumahan? More like dasar memajukan pemaju. Yang 45 orang ni takut zuraida kene pecat, diorang hilang pengaruh dalam parti. Sama kes dengan saddiq pertahankan tun macam tun tak pernah bersalah.
patt_sue
post Jan 22 2020, 09:26 PM

Enthusiast
*****
Senior Member
860 posts

Joined: Feb 2005


who are those 45 leaders? typical geng cartel?

 

Switch to:
| Lo-Fi Version
0.0281sec    2.48    5 queries    GZIP Disabled
Time is now: 26th February 2020 - 03:17 AM