Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

> Dr Mahathir: Dasar kasut hitam kekal

views
     
SUSwadepak
post Jan 18 2020, 08:43 AM, updated 6y ago

New Member
*
Junior Member
10 posts

Joined: Aug 2019
FMT News
HOMENEWSBERITAOPINIONWORLDBUSINESSSPORTSFMT OHSEM!LIFESTYLEGALLERY

Dr Mahathir: Dasar kasut hitam kekal, tidak diubah
Faiz Zainudin -January 17, 2020 10:19 PM
193
Shares
165

Dasar pemakaian kasut dan stoking hitam dilaksanakan bermula sesi persekolahan 2019 sehingga pelaksanaan penuhnya pada 2021. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak akan mengubah dasar pemakaian kasut hitam di sekolah yang diperkenalkan bekas menteri pendidikan Maszlee Malik kerana tidak menganggap ia satu isu.

Mahathir berkata, sebagai pemangku menteri pendidikan beliau sebaliknya mahu menumpukan kajian membabitkan kementerian berkenaan.

“Saya telah mendengar taklimat panjang lebar semalam (daripada pihak kementerian)

“Saya sedikit keliru sebab terlalu banyak fakta diberikan kepada saya, jadi sekarang saya sedang mengkajinya.



“Tapi satu perkara yang saya sudah putuskan ialah, kamu boleh pakai kasut coklat, kasut hitam, kasut putih, kasut kelabu… apa-apa kasut pun boleh,” katanya berseloroh disambut gelak ketawa pemimpin kanan PPBM.

Mahathir berkata demikian pada sidang media di Yayasan Al- Bukhary di sini selepas mempengerusikan mesyuarat PPBM hari ini apabila ditanya sama ada beliau akan membuat polisi baru melibatkan pengunaan kasut hitam di sekolah

Sebelum ini media melaporkan Kementerian Pendidikan kini mendapatkan maklum balas daripada sekolah berhubung pelaksanaan dasar pemakaian kasut dan stoking hitam.

Perkara itu diketahui menerusi satu surat pekeliling bertarikh semalam yang dikeluarkan kementerian berkenaan dan kini tular di media sosial.


Dasar pemakaian kasut dan stoking hitam dilaksanakan bermula sesi persekolahan 2019 sehingga pelaksanaan penuhnya pada 2021 berdasarkan pekeliling kementerian Bilangan 10 tahun 2018.

Bekas menteri pendidikan Maszlee ketika itu berkata, langkah tersebut berupaya membantu menceriakan pelajar, terutama dalam menjalankan aktiviti luar bilik darjah

Bump Topic Add ReplyOptions New Topic
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0110sec    0.72    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 25th November 2025 - 12:05 AM