Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

> Mati jatuh bangunan PPR Pantai Dalam

views
     
TSmilosusu
post Jan 17 2020, 09:00 AM, updated 6y ago

New Member
*
Junior Member
23 posts

Joined: Apr 2017
From: Tanah Jawi


Jabatan Pembangunan Komuniti akan mengkaji langkah langkah kesedaran penjagaan kesihatan mental bagi mengelak kejadian tidak diingini berulang.

Ini berikutan insiden seorang lelaki maut akibat terjatuh dari salah satu tingkat Blok 100 Projek Perumahan Rakyat PPR Pantai Dalam petang semalam disyaki kerana gangguan emosi.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata insiden jatuh di kawasan PPR kerap kali berlaku kini sangat membimbangkan.

Isu kesihatan mental akan diteliti selain isu aspek keselamatan struktur bangunan.

Jika ia melibatkan struktur bangunan... Beliau akan berbincang dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi mengenal pasti apa usaha yang boleh dilakukan.

Dari segi kesihatan mental.. Beliau akan bekerjasama dengan Universiti Malaya untuk tingkatkan program kesedaran mental.

Kerjasama erat bersama PDRM, NGO tempatan dan komuniti setempat bagi menyantuni masyarakat dalam menyediakan beberapa program berbentuk kesedaran kesihatan mental selain mengatasi masalah jenayah.



Bump Topic Add ReplyOptions New Topic
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0127sec    0.51    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 26th November 2025 - 08:45 PM