Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

> Tak jual PLUS bodoh

views
     
SUSwadepak
post Jan 16 2020, 03:56 PM, updated 6y ago

New Member
*
Junior Member
10 posts

Joined: Aug 2019
FMT News
HOMENEWSBERITAOPINIONWORLDBUSINESSSPORTSFMT OHSEM!LIFESTYLEGALLERY

Taikun bidas bos Khazanah bohong, tak jual PLUS bodoh
Ainaa Aiman -January 16, 2020 3:42 PM
83
Shares
66
PETALING JAYA: Pengerusi eksekutif sebuah syarikat yang membuat tawaran mengambil alih PLUS Malaysia Sdn Bhd menyifatkan Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Shahril Ridza Ridzuan ialah pembohong, beberapa jam selepas Putrajaya mengumumkan keputusan tidak menjual konsesi lebuh raya terpanjang di negara ini.

Abu Sahid Mohamed daripada Maju Holdings turut menyifatkan keputusan itu “bodoh” dan mempersoalkan kenapa ia tidak dimaklumkan kepadanya walaupun syarikatnya dipelawa untuk membuat tawaran.

“Saya tidak tahu kenapa mereka tidak mahu menjualnya. Mereka tidak beritahu saya kenapa mereka tidak mahu jual,” kata Abu Sahid kepada FMT.

Terdahulu, Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Kabinet memutuskan tidak menjual PLUS kepada sektor swasta dan ia kekal milik Khazanah yang mempunyai 51% kepentingan melalui UEM Group serta baki 49% dipegang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).




Perdana menteri bagaimanapun berkata, kadar tol akan dikurangkan sebanyak 18% mulai tahun ini dan tiada kenaikan untuk 30 tahun.

Lebuhraya yang dikendalikan PLUS melebihi 800km, termasuk Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan Jambatan Pulau Pinang.

Putrajaya sebelum ini berkata, ia akan mengkaji sebarang cadangan untuk mengambil alih kepentingan PLUS, jika ia memenuhi permintaan negara dan memanfaatkan pengguna jalan raya dengan menawarkan kadar tol rendah.

Selain Maju Holdings, 3 cadangan lain datang daripada Widad Business Group, RRJ Capital dan tawaran bersama oleh taikun Halim Saad serta Wong Gian Kui.


Pengumuman kerajaan hari ini menyusul 2 hari selepas Shahril dilaporkan berkata, Khazanah tidak pernah menawarkan penjualan PLUS dan menyifatkan tawaran pembida sebagai tawaran secara sendirian yang dikemukakan kepada kerajaan, tetapi bukan 2 pemegang sahamnya.

Abu Sahid berang dan mendakwa Shahril sebagai pembohong kerana Maju Holdings adalah pihak pertama yang menulis kepada Khazanah selepas dipelawa untuk membuat tawaran.

“Mereka perlu ingat saya dipelawa untuk membida, bukan seperti orang lain yang hanya masuk tanpa jemputan.

“Kenapa Shahril cakap macam itu? Dia ialah pembohong. Bagaimana mereka boleh kata saya tidak dipelawa dan mereka tidak tahu apa-apa mengenai tawaran kami? Kami tulis surat kepada mereka, kami orang pertama menulis surat kepada mereka.”

Shahril ketika dihubungi mempertahankan kenyataannya sebelum ini.

“Kami tidak pernah mengeluarkan sebarang jemputan untuk membida aset itu. Ia adalah tawaran tanpa diminta,” katanya kepada FMT
SUSwadepak
post Jan 16 2020, 04:05 PM

New Member
*
Junior Member
10 posts

Joined: Aug 2019
QUOTE(Perfect.Stranger @ Jan 16 2020, 04:04 PM)
Kaya betul Abu Juling ni, show how rich umno cronies... damn..
*
Not his cash money 100%. Mostly for sure from bank financing.

Bump Topic Add ReplyOptions New Topic
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0118sec    0.65    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 25th November 2025 - 09:18 AM