Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

> Kerajaan batal untuk jual Plus. Turun 18%

views
     
SUSwadepak
post Jan 16 2020, 01:36 PM, updated 6y ago

New Member
*
Junior Member
10 posts

Joined: Aug 2019
UtamaTerkiniParlimenPilihan EditorSukanSeni & HiburanGlobalKolumSuratLaporan KhasUlasanWawancaraLensakiniKiniTVMakmal Berita

Kadar tol Plus diturunkan 18 peratus tahun ini

11:50 tengahari (Dikemaskini 12:15 tengahari)

Annabelle Lee  |  Berita

A A

Putrajaya memutuskan bahawa syarikat pengendali lebuh raya terbesar negara ini, Plus Malaysia Bhd (Plus), tidak akan dijual, sebaliknya kekal menjadi milik kerajaan.

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, berkata kerajaan sudah menjalankan kajian ke atas semua tawaran dan bidaan dibuat oleh pihak swasta yang berminat untuk membeli Plus.

"Akhirnya kerajaan memutuskan kaedah terbaik ialah tidak menjual Plus kepada sesiapa, sebaliknya mengekalkan ia dengan Khazanah dan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja)," katanya kepada media selepas merasmikan Kompleks Balai Islam Tenaga Nasional Bhd (TNB) di Kuala Lumpur hari ini.

Pada masa sama Mahathir menjelaskan, walaupun tidak dijual, Plus dikehendaki mengurangkan kadar bayaran tol sebanyak 18 peratus.

"Ingat, 18 peratus pada kadar hari ini bermaksud dalam tempoh 30 tahun, [...] kadarnya akan menjadi sangat rendah," katanya.

Beliau juga memberitahu, tiada kenaikan kadar tol untuk semua lebuh raya kendalian Plus.

Ditanya sama ada penurunan itu akan dilakukan secara berperingkat, perdana menteri menegaskan ia akan dibuat secara langsung.

"Kita akan berikan diskaun 18 peratus," katanya.

Ditanya bila potongan kadar bayaran itu akan dibuat, beliau menjawab: "Tahun ini."

Plus diminiki oleh syarikat milik kerajaan, Khazanah Nasional Bhd yang memiliki pegangan sebanyak 51 peratus, manakala KWSP 49 peratus.

Sebelum ini beberapa pihak swasta tampil dengan tawaran untuk membeli konsesi berkenaan bersama janji untuk mengurangkan kadar bayaran tol.

Pengkritik pula mendakwa, kemudahan penting seumpama itu tidak wajar dilepaskan ke tangan pihak swasta. 

Mahathir juga berkata keputusan mengenai Plus itu dibuat secara bersama oleh anggota kerajaan.

"Kami mengambil masa yang lama, ada banyak taklimat, ada sektor swasta buat tawaran dan bidaan juga," katanya



Bump Topic Add ReplyOptions New Topic
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0144sec    0.22    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 3rd December 2025 - 04:39 AM