Putrajaya memutuskan bahawa syarikat pengendali lebuh raya terbesar negara ini, Plus Malaysia Bhd (Plus), tidak akan dijual, sebaliknya kekal menjadi milik kerajaan.
Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, berkata kerajaan sudah menjalankan kajian ke atas semua bidaan dibuat oleh pihak swasta yang berminat untuk membeli Plus.
"Akhirnya kerajaan memutuskan kaedah terbaik ialah tidak menjual Plus kepada sesiapa, sebaliknya mengekalkan ia dengan Khazanah dan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja)," katanya kepada media di Kuala Lumpur hari ini.
Pada masa sama Mahathir menjelaskan, walaupun tidak dijual, Plus dikehendaki mengurangkan kadar bayaran tol sebanyak 18 peratus.
"Ingat, 18 peratus pada kadar hari ini bermaksud dalam tempoh 30 tahun, [...] kadarnya akan menjadi sangat rendah," katanya.
Ditanya sama ada penurunan itu akan dilakukan secara berperingkat, perdana menteri menegaskan ia akan dibuat secara langsung.
"Kita akan berikan diskaun 18 peratus," katanya.
Ditanya bila potongan kadar bayaran itu akan dibuat, beliau menjawab: "Tahun ini."
https://www.malaysiakini.com/news/507321
https://www.thestar.com.my/news/nation/2020...toll-concession
This post has been edited by fazlythewarrior: Jan 16 2020, 01:43 PM
Kadar tol PLUS turun 18%
Jan 16 2020, 12:18 PM, updated 6y ago
Quote

0.0430sec
0.50
7 queries
GZIP Disabled