Malam pertama, tiba-tiba seorang anak muda chinese ucap syahadah. Allahuakbar. Katanya dia selalu tengok ceramah saya di facebook. Ya Allah bahagianya rasa lihat adik chinese ini ucap syahadah. Berkat doa orang Lahad Datu Sabah dan sahabat semua yang baik dan hebat.
Tengah malam selesai ceramah ada 2 seorang wanita Bella Chew dan kawan Grachelle, Zulaiha mesej saya. Niat nak bertanya. Saya minta dia hadir ceramah saya untuk pelajar Islam di sekolah kerana selepas itu saya terus bekejar untuk flight balik ke KL untuk program seterusnya. Pagi tu mereka datang. sekali Allah takdirkan mereka ucap syahadah. 19 tahun umurnya. Orang yang baik sangat. Menangis je tadi. Tahniah adik yang cantik dan baik. Ya Allah jagakanlah adik ni semua. Bantulah mereka. Terima kaseh semua ustaz, imam, pegawai agama, ajak cikgu dan kawan yang sudi membantu saudara baru kita. Syukur pada Allah.
Tiba-tiba tengahari sedang ceramah, saya nampak Mei yang memeluk Islam malam semalam hadir bersama keluarga, ajk dan imam masjid. Malam tu saya ada minta nak jumpa Mei sebelum balik kl. Sekali keluarganya datang cakap terima kasih kerana bimbing anaknya dan cakap dia hormat pilihan anaknya memeluk Islam. Berbual kasih sayang dan terangkan Islam ini. Tiba-tiba ayahnya pula ingin memeluk Islam. Menangis adik ni. Ya Allah sebak rasa. Mei dah mula belajar solat dan tak sabar nak belajar banyak lagi. Sedih sebak rasa. Ya Allah, terima kasih. Terima kasih imam dan ajk masjid. Terima kaseh semua yang selalu mendoakan.
Jan 15 2020, 02:58 PM, updated 6y ago
Quote
0.0111sec
0.64
6 queries
GZIP Disabled