Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

> PH tak berani pertahan pendirian, kata NGO

views
     
SUSwadepak
post Jan 15 2020, 11:30 AM, updated 6y ago

New Member
*
Junior Member
10 posts

Joined: Aug 2019
FMT News
HOMENEWSBERITAOPINIONWORLDBUSINESSSPORTSFMT OHSEM!LIFESTYLEGALLERY

Reformasi hak asasi lengah, PH tak berani pertahan pendirian, kata NGO antarabangsa
FMT Reporters -January 15, 2020 10:08 AM
35
Shares
22

Putrajaya dikatakan gagal mencapai reformasi dalam hal kebebasan bersuara, kebebasan beragama, dan hak-hak golongan LGBT.
PETALING JAYA: Pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa, Human Rights Watch hari ini berkata reformasi hak asasi manusia pada 2019 yang dijanjikan kerajaan lengah kerajaan berundur daripada komitmennya atau tertangguh-tangguh.

HRW berkata demikian dalam Laporan Dunia 2020 setebal 652 halaman yang mengkaji amalan hak asasi manusia di 100 negara.

“Proses reformasi gagal kerana pemimpin gabungan pemerintah tiada iltizam politik untuk mempertahankan pendirian berdepan pembangkang,” kata Timbalan Pengarah HRW Asia, Phil Robertson dalam kenyataan.

“Kerajaan perlu memperbaharui usaha menunaikan janji-janji reformasi hak asasi manusia.”



Katanya, Putrajaya melaksanakan beberapa langkah reformasi yang positif, seperti memansuhkan Akta Antiberita Tidak besar, merangka draf undang-undang menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), dan mengukuhkan kebebasan Parlimen dalam mempertimbangkan isu-isu hak.

Tetapi, Putrajaya gagal mencapai reformasi dalam beberapa pekara penting seperti kebebasan bersuara, kebebasan beragama, dan hak untuk golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), tambahnya.

HRW juga mengambil maklum Malaysia menarik diri daripada Statut Rom, dan berundur daripada komitmen untuk memansuhkan sama sekali hukuman mati.

“Sebaliknya, kerajaan baru-baru ini menegaskan ia akan memperkenalkan undang-undang menamatkan penggunaan mandatori hukuman mati untuk pelbagai kesalahan,” katanya.


Kerajaan juga gagal melaksanakan komitmen memansuhkan atau mereformasikan beberapa undang-undang yang boleh disalahgunakan, seperti Akta Hasutan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau Sosma.

“Kerajaan masih menggunakan undang-undang itu,” katanya.

HRW berkata beberapa perkara dalam peruntukan RUU IPCMC menimbulkan kebimbangan mengenai kebebasan dan kuasa suruhanjaya itu, dan pegawai-pegawai kerajaan termasuk Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad membuat kenyataan yang tidak membantu perbincangan mengenai hak LGBT.

“Rekod hak asasi kerajaan Malaysia akan dinilai berdasarka

Bump Topic Add ReplyOptions New Topic
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0158sec    0.35    7 queries    GZIP Disabled
Time is now: 12th December 2025 - 05:40 PM