Komplot sasar Latheefa: SPRM lapor polis, serah na
Komplot sasar Latheefa: SPRM lapor polis, serah na
|
|
Jan 15 2020, 08:03 AM, updated 6y ago
Show posts by this member only | IPv6 | Post
#1
|
![]()
Junior Member
10 posts Joined: Aug 2019 |
UtamaTerkiniParlimenPilihan EditorSukanSeni & HiburanGlobalKolumSuratLaporan KhasUlasanWawancaraLensakiniKiniTVMakmal Berita Komplot sasar Latheefa: SPRM lapor polis, serah nama individu disyaki terlibat 14 Jan 2020, 2:02 tengahari (Dikemaskini 14 Jan 2020, 6:32 petang) Hariz Mohd | Berita A A Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat laporan polis berhubung dakwaan plot untuk menyasarkan ketua pesuruhjayanya Latheefa Koya. Walaupun butiran perkara itu tidak didedahkan kepada media, Malaysiakini difahamkan laporan itu turut menyebut tentang satu gambar, yang dipercayai meme, yang disebarkan menerusi Whatsapp. Berita tentang plot itu timbual selepas Latheefa mendedahkan rakaman audio perbualan telefon bekas perdana menteri Najib Razak berkenaan skandal 1MDB. Laporan polis dibuat pegawai khas hal ehwal undang-undang Latheefa, Sasha Lyna Abdul Latif, di ibu pejabat polis daerah (IPD) Putrajaya hari ini. Menurut laporan itu, pada malam 10 Januari iaitu dua hari selepas sidang media SPRM yang mendedahkan rakaman audio itu, satu gambar berkaitan dengan Latheefa diterima menerusi Whatsapp. Bercakap dengan pemberita, Sasha Lyna berkata ia dipercayai sebagai satu bentuk gangguan. “Memang menyebarkan tohmahan untuk jatuhkan integriti dan maruah KP (ketua pesuruhjaya). “Dan kami percaya ini satu intimidasi kepada KP atas apa telah dilakukan pada sidang media (8 Januari),” katanya. Sasha Lyna berkata, dia juga menyerahkan bukti dakwaan konspirasi itu dan nama individu termasuk peguam yang dipercayai terlibat, kepada polis. Bagaimanapun dia enggan mendedahkan nama individu tersebut kepada media. Semalam, Latheefa berkata satu komplot jenayah telah digerakkan terhadapnya susulan pendedahan rakaman audio tersebut. Ketika ditemui di satu program hari ini, Latheefa berkata laporan polis itu bukan berkenaan gambar tetapi plot untuk menjatuhkan reputasinya. Latheefa Koya Bagaimanapun, ketua pesuruhjaya SPRM itu enggan menjelaskan butiran tentang bagaimana beliau tahu akan kewujudan dakwaan plot tersebut. "Ia bukan tentang gambar, ia maklumat berkenaan plot untuk mencemarkan reputasi saya. Isunya bukan tentang gambar per se. Ia satu plot yang serius. "Maklumat itu kita telah serahkan kepada polis," katanya. Menegaskan plot tersebut untuk menakutkannya, Latheefa berikrar akan terus menjalankan tugas di SPRM. Dalam pada itu, beliau berkata belum menerima notis rasmi berkenaan hasrat Najib untuk memulakan prosedur menghina mahkamah terhadapnya dan SPRM susulan pendedahan rakaman audio itu. "Saya akan tunggu (notis)," katanya ketika ditanya tentang perkara itu. Dikatakan berlaku antara Januari dan Julai 2016, Najib dalam salah satu rakaman didengar meminta bantuan seorang putera Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk melindungi anak tirinya Riza Aziz daripada siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) terhadap 1MDB. Dalam rakaman lain, bekas ketua pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad didengar membincangkan siasatan 1MDB dengan Najib, isterinya Rosmah Mansor dan bekas pengerusi Tabung Haji Abdul Azeez Rahim. Ketika itu Dzulkifli masih merupakan timbalan pendakwa raya. Pendedahan ketiga daripada perbualan antara Najib dan Rosmah, di mana Rosmah didengar meninggikan suaranya ketika memberi nasihat kepada Najib berkenaan isu 1MDB |
|
|
Jan 15 2020, 08:25 AM
Show posts by this member only | Post
#2
|
![]() ![]() ![]()
Junior Member
462 posts Joined: Oct 2006 |
|
|
|
Jan 15 2020, 08:27 AM
Show posts by this member only | IPv6 | Post
#3
|
![]() ![]()
Junior Member
145 posts Joined: Jul 2011 |
A bunch of local rempits cant possibly organize all these on their own.
The more this shit develops, the more I believe that Rosmah employed an internet savvy person to orchestrate a bunch of forced memes and spread misinformation within internet forums. Of course, free speech rights must be upheld but if there are any evidence of collusion and organized attempt at misinformation, I hope criminal charges can be made so that the 'internet savvy' person can be arrested. |
|
|
Jan 15 2020, 08:29 AM
Show posts by this member only | IPv6 | Post
#4
|
![]() ![]()
Junior Member
51 posts Joined: Jan 2003 From: KL |
This is uturn/backfire? Or dmg control
|
| Bump Topic Add ReplyOptions New Topic |
| Change to: | 0.0118sec
0.66
5 queries
GZIP Disabled
Time is now: 13th December 2025 - 09:31 PM |