Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

> Tindakan perundangan terhadap Muhammed Yusoff News

views
     
TSred1982
post Jan 14 2020, 09:28 PM, updated 6y ago

Casual
***
Junior Member
488 posts

Joined: Jun 2017
KUALA LUMPUR: Tindakan undang-undang terhadap bekas penyelidik PKR, Muhammed Yusoff Rawther, akan diteruskan, tegas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berpendirian, beliau tidak dapat memaafkan tuduhan yang dilemparkan Muhammad Yusoff kerana ia bersifat menghina dirinya.

“Meski dakwaan yang sah tidak boleh diketepikan dan harus disiasat sesuai dengan proses hukum, namun saya tidak dapat memaafkan tuduhan yang jelek, semberono dan menghina saya.

“Untuk memastikan keadilan ditegakkan, tindakan undang-undang yang dimulakan sebelum ini akan diteruskan,” katanya dalam ciapan menerusi akaun Twitter beliau, hari ini.

Jabatan Peguam Negara hari ini memutuskan tiada cukup bukti untuk mendakwa Anwar berhubung dakwaan perlakuan tidak senonoh terhadap Muhammed Yusoff.

Peguam Cara Negara, Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek, berkata wujud percanggahan fakta material yang tidak dapat menyokong sebarang pendakwaan terhadap mana-mana individu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, atau mana-mana seksyen lain mengikut kanun sama.

Muhammed Yusoff sebelum ini membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, 7 Disember lalu, meminta polis menyiasat akuan berkanunnya yang antara lain mendakwa diperlakukan secara tidak senonoh oleh Anwar.

Anwar bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan dan turut membuat aduan polis.

Presiden PKR itu turut mengalu-alukan keputusan Jabatan Peguam Negara dan pihak berkuasa hari ini yang menunjukkan tahap profesionalisme ketika menyiasat kes dikaitkan dirinya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/...iteruskan-anwar
Lyu
post Jan 14 2020, 10:26 PM

Enthusiast
*****
Junior Member
772 posts

Joined: Jan 2015


Ape dia hina
ikankering
post Jan 15 2020, 10:49 AM

New Member
*
Newbie
42 posts

Joined: Jan 2017
i believe future pm. hidup anwar!

Bump Topic Add ReplyOptions New Topic
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0128sec    0.77    5 queries    GZIP Disabled
Time is now: 14th December 2025 - 12:34 AM