Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

> Menteri: Pengawasan elektronik sah di sisi undang-

views
     
SUSwadepak
post Jan 13 2020, 09:57 AM, updated 6y ago

New Member
*
Junior Member
10 posts

Joined: Aug 2019
UtamaTerkiniParlimenPilihan EditorSukanSeni & HiburanGlobalKolumSuratLaporan KhasUlasanWawancaraLensakiniKiniTVMakmal Berita

Menteri: Pengawasan elektronik sah di sisi undang-undang

8:20 pagi (Dikemaskini 8:20 pagi)

Bernama  |  Berita

A A

Pengawasan elektronik oleh agensi penguatkuasaan undang-undang di Malaysia adalah sah di sisi undang-undang namun tertakluk kepada perlindungan yang mencukupi untuk mencegah sebarang penyalahgunaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong.

Beliau berkata undang-undang Malaysia berhubung pengawasan elektronik selaras dengan piawaian antarabangsa dan agensi penguatkuasaan undang-undang tidak memulakan pengawasan elektronik mengikut kehendak mereka.

"Terdapat parameter yang diperuntukkan bagi pengawasan elektronik dalam undang-undang serta perlindungan yang mencukupi untuk mencegah sebarang penyalahgunaan pengawasan ini.

"Agensi mesti terlebih dahulu membentangkan kes mereka kepada pendakwa raya. Sekiranya pendakwa raya yakin bahawa sesuatu pengawasan itu benar-benar diperlukan untuk mendapatkan maklumat berkenaan sesuatu kesalahan jenayah, maka hanya dia boleh menghendakkan pengawasan tersebut dijalankan. Tidak ada sesiapa yang lain," katanya dalam kenyataan semalam.

Kenyataan ini susulan pertanyaan berhubung sama ada pengawasan elektronik di negara ini sah di sisi undang-undang, pada majlis sumbangan Tahun Baharu Cina 2020 kepada warga emas dan sumbangan ‘kepala singa’ kepada persatuan dan kelab di Batu Sapi hari ini.

Liew berkata Parlimen telah meluluskan beberapa peruntukan undang-undang bagi membenarkan pengawasan elektronik dengan Seksyen 116C Kanun Tatacara Jenayah sebagai peruntukan am.

“Pengawasan elektronik merupakan satu langkah yang dipraktikkan oleh hampir setiap negara bagi memastikan keselamatan rakyat mereka,” katanya.

Berkenaan beberapa kebimbangan hak asasi manusia melibatkan hak privasi, Liew menjelaskan ia merupakan satu hak yang penting tanpa keraguan, tetapi tiada hak asasi manusia yang mutlak.

“Sentiasa wujudnya beberapa pengecualian bagi mengimbangkan antara kepentingan individu dan negara yang kadang kala bercanggah. Salah satu pengecualian dalam kes ini ialah pengawasan elektronik yang diperlukan untuk melindungi keselamatan negara dan memerangi jenayah yang semakin kompleks pada hari ini,” katanya.

- Bernama


Satori 14118a
post Jan 13 2020, 10:06 AM

Regular
******
Senior Member
1,006 posts

Joined: Sep 2014


user posted image
Ayer
post Jan 13 2020, 10:07 AM

Getting Started
**
Junior Member
206 posts

Joined: Mar 2012
What a no news
saikia2046
post Jan 13 2020, 10:32 AM

Casual
***
Junior Member
414 posts

Joined: May 2013


Malaysia is not USA, enough said.
Rusty Nail
post Jan 13 2020, 10:38 AM

Why am I still here?
*******
Senior Member
4,883 posts

Joined: Jan 2003
From: Petaling Jaya



lol, the irony
https://forum.lowyat.net/topic/4890906
LTZ
post Jan 13 2020, 10:39 AM

New Member
*
Newbie
36 posts

Joined: Sep 2013
Aku pun buat pengawasan elektronik jgk 🤗
lagista
post Jan 13 2020, 10:48 AM

New Member
*
Newbie
25 posts

Joined: Oct 2018


QUOTE(saikia2046 @ Jan 13 2020, 10:32 AM)
Malaysia is not USA, enough said.
*
9/11 militant Yazid Sufaat released today
Al-Qaeda militant to stay at Ampang
21 Nov 2019
https://forum.lowyat.net/topic/4867602
https://forum.lowyat.net/topic/4867801

Bump Topic Add ReplyOptions New Topic
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0140sec    0.59    5 queries    GZIP Disabled
Time is now: 7th December 2025 - 11:17 PM