Welcome Guest ( Log In | Register )

8 Pages  1 2 3 > » Bottom

Outline · [ Standard ] · Linear+

> local awek kena sailang by thaiboys now News

views
     
TSreed90
post Dec 5 2019, 08:58 AM, updated 7y ago

Road to the End
******
Senior Member
1,552 posts

Joined: Sep 2010
From: Grand Line



LAMBAKAN restoran tomyam di bandar raya ini dipercayai dimiliki warga Thailand dikesan beroperasi di sebalik lesen perniagaan warga tempatan mahupun tiada lesen perniagaan langsung.

Namun, jumlah itu dikatakan berkurangan apabila kebanyakan peniaga terbabit mengubah taktik dengan mula bernikah dengan warga tempatan, sekali gus menggunakan nama isteri atau keluarga isteri bagi mendapatkan lesen.

Seorang peniaga restoran tomyam di Skudai yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 36, berkata, sejak restoran tomyam mula bertapak di bandar raya ini hampir 20 tahun lalu, ia dimonopoli peniaga dari Thailand dan bukan warga tempatan.

“Bermula sebagai tukang masak, mereka mengumpul wang untuk menyewa tapak di dalam restoran bukan saja disebabkan lebih murah berbanding menyewa kedai, malah tidak perlukan lesen perniagaan.

“Dengan cara ini, kebanyakan pelanggan mahupun pihak berkuasa tempatan (PBT) berpendapat tukang masak itu pekerja restoran berkenaan walaupun mereka sebenarnya menyewa tapak dan berniaga.

“Formula itu diguna pakai hingga mereka mempunyai kenalan di mana mereka menggunakan nama penduduk tempatan bagi mendapatkan lesen,” katanya.

Menurutnya, buat masa ini, kebanyakan peniaga tomyam dari Thailand mula mencari penduduk tempatan untuk dijadikan isteri bagi mengelak menyewa lesen perniagaan.

Ini kerana, katanya, banyak masalah berlaku apabila menyewa lesen perniagaan kerana pemilik menaikkan harga sewa selepas beberapa tahun.

Katanya, keadaan itu menyebabkan mereka kini lebih cenderung untuk berkahwin dengan warga tempatan bagi membolehkan mereka mengambil lesen perniagaan menggunakan nama isteri atau keluarga isteri masing-masing.



“Sikap penduduk tempatan yang menyewakan lesen, malah ada yang menekan peniaga itu (naikkan harga) menyebabkan mereka nekad bernikah dengan warga tempatan.

“Kini, kebanyakan daripada peniaga Thailand tidak lagi bimbang kerana mempunyai penduduk tempatan sebagai keluarga sendiri.

“Mereka boleh berniaga dengan aman tanpa perlu risaukan pihak berkuasa mahupun penduduk tempatan.

“Pesaing terdekat mereka adalah peniaga dari Kelantan kerana mempunyai kemahiran hampir sama untuk menyediakan tomyam, namun jumlah peniaga dari Kelantan tidak banyak disebabkan modal berniaga di Johor Bahru besar dari segi sewa, gaji pekerja dan kos lain,” katanya.

Menurutnya, penduduk tempatan sukar membezakan peniaga dari Kelantan atau Thailand kerana bagi mereka pertuturan kedua-dua peniaga itu hampir sama.

Katanya, mungkin orang Kelantan dapat membezakan, namun penduduk Johor tidak. Sama keadaannya seperti pekerja Tanjung Pinang, Indonesia dan Johor yang bertutur dalam loghat sama.

Sementara itu, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) berkata, syarat memohon lesen perniagaan mesti mengemukakan pendaftaran syarikat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta MyKad atau salinan pasport pemilik.

“Bagaimanapun, di peringkat MBJB, restoran makanan biasanya dimohon pemilik warganegara Malaysia kecuali pemilik restoran premium seperti restoran Korea, Jepun atau Taiwan yang dimiliki warga negara asal.

“Setiap permohonan diterima akan diproses melalui pemeriksaan di premis sebelum diberi kelulusan.

“Jika ada pekerja bukan warganegara, mereka perlu mengemukakan permit kerja dan memenuhi keperluan serta syarat pelesenan,” katanya.

Menurutnya, lesen perniagaan dimiliki tidak boleh dipindah milik kepada pihak ketiga dan jika didapati melanggar syarat pelesenan, lesen perniagaan boleh dibatalkan serta dikenakan tindakan penguatkuasaan.

Buat masa ini, katanya, MBJB tidak menerima sebarang permohonan lesen daripada pemilik restoran tomyam luar negara.


SOM tam masakan Siam berasaskan campuran hirisan betik muda, tomato, cili dan bawang putih.
Untung sewa kedai atas angin RM5,000

Sewa sehingga RM5,000 sebulan. Itu anggaran pendapatan ‘atas angin’ diterima warga tempatan yang mengalibabakan lesen perniagaan kepada warga Thailand untuk membuka restoran tomyam di ibu kota.

Malah, jumlah itu dikatakan boleh meningkat mendadak jika lokasi disewa itu strategik dan berpotensi untuk memberikan keuntungan tinggi apabila beroperasi.

Mendedahkan kegiatan itu, Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia, Mohamed Zamri Mohammed berkata, kegiatan menyewa lesen perniagaan kepada warga Thailand yang mengusahakan restoran tomyam bukan perkara baharu.

Menurutnya, ini kerana ada di antara pemilik lesen yang sanggup bersekongkol dengan pengusaha dari negara Gajah Putih itu semata-mata untuk mendapatkan habuan mudah tanpa perlu berkira untung rugi perniagaan.

“Lesen ini boleh dikatakan ‘panas’ kerana permintaannya yang tinggi daripada warga Thailand yang mencari peluang perniagaan, khususnya di ibu kota.

“Walaupun tahu tindakan itu menyalahi undang-undang, namun mereka sanggup mengambil risiko kerana habuan yang menanti sangat lumayan tanpa perlu mengeluarkan modal besar untuk berniaga,” katanya.

Antara lokasi yang menjadi tumpuan warga Thailand membuka restoran tomyam adalah di sekitar Kampung Baru, Setapak dan Pantai Dalam kerana lokasi yang strategik dan permintaan tinggi.

Tinjauan di Kampung Baru juga mendapati tidak kurang daripada 10 restoran dan gerai tomyam diusahakan warga Thailand sejak beberapa tahun lalu.

Mohamed Zamri berkata, tindakan menyewa lesen kepada warga Thailand juga disebabkan permintaan tinggi warga kota yang lebih cenderung menikmati tomyam dan masakan asli Thailand yang dimasak warganegara berkenaan.



Tiada kompromi. Itu amaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap warga tempatan yang menyewa lesen perniagaan kepada warga Thailand untuk membuka restoran tomyam.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nur Hisham A Dahlan berkata, individu yang melakukan kegiatan itu perlu akur apabila nama mereka disenarai hitamkan daripada memohon mana-mana lesen perniagaan daripada DBKL.

Menurutnya, lesen perniagaan gerai dan restoran hanya diberikan kepada warga tempatan dan menyewakan lesen kepada orang lain terutama warga asing adalah satu kesalahan.

“Mereka yang dikesan menyewakan lesen kepada warga asing boleh ditarik semula lesen perniagaan manakala DBKL boleh merampas peralatan perniagaan.

“DBKL tidak berkompromi dengan kegiatan ini dan mereka yang melakukannya boleh disenarai hitam daripada permohonan lesen daripada DBKL,” katanya.

Penduduk Kampung Baru yang ditemui Harian Metro mengakui wujud warga tempatan yang menyewa lesen perniagaan kepada warga Thailand untuk membuka gerai atau restoran tomyam di kawasan itu.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Khairul Azmir Ahmad berkata, DBKL tidak mengeluarkan lesen atau permit perniagaan kepada warga Thailand untuk perniagaan restoran tomyam.

“DBKL sentiasa memantau kegiatan ini dan tindakan membatalkan lesen boleh dilaksanakan dan warga asing yang ditahan dirujuk kepada Jabatan Imigresen kerana bekerja tanpa permit,” katanya.

sos
JungWoo
post Dec 5 2019, 08:59 AM

Regular
******
Senior Member
1,043 posts

Joined: Feb 2012


U tau Apa maksud sailang x...? Facepalm.jpg
SUSAud power
post Dec 5 2019, 09:00 AM

Getting Started
**
Junior Member
117 posts

Joined: Nov 2018
England 404
ZeaXG
post Dec 5 2019, 09:01 AM

Casual
***
Junior Member
342 posts

Joined: Jan 2013


QUOTE(JungWoo @ Dec 5 2019, 08:59 AM)
U tau Apa maksud sailang x...? Facepalm.jpg
*
sai = shit
lang = people

owai
l4nunm4l4y4
post Dec 5 2019, 09:03 AM

Enthusiast
*****
Junior Member
749 posts

Joined: Aug 2011
QUOTE(JungWoo @ Dec 5 2019, 08:59 AM)
U tau Apa maksud sailang x...? Facepalm.jpg
*
kcchong2000
post Dec 5 2019, 09:03 AM

Getting Started
**
Junior Member
189 posts

Joined: Jan 2009
Lain kali tolong berkawan dengan kawan cina and tanya dia apa maksud sailang. Niabeh ingat ada nampak nip slip on awek when sailang with thaiboy

Mohon mod banned TS
ckseong80
post Dec 5 2019, 09:03 AM

Casual
***
Junior Member
368 posts

Joined: Jan 2006


Ok lah, suka sama suka.

SUSdestiny6
post Dec 5 2019, 09:03 AM

Enthusiast
*****
Senior Member
817 posts

Joined: Oct 2006



Ceh....apa susah, go Thailand marry their women and open business there la...
Asyik bising bising cannot accept competitor je
aeridest
post Dec 5 2019, 09:04 AM

New Member
*
Junior Member
18 posts

Joined: May 2005
From: K.L



QUOTE(ZeaXG @ Dec 5 2019, 09:01 AM)
sai = shit
lang = people

owai
*
if "sai" is shit, then what is "pang"? (pangsai).

Noob here.
police_pipupipu
post Dec 5 2019, 09:05 AM

Getting Started
**
Junior Member
105 posts

Joined: Dec 2016



Sailang haha
police_pipupipu
post Dec 5 2019, 09:06 AM

Getting Started
**
Junior Member
105 posts

Joined: Dec 2016



Dec 5 2019, 09:14 AM
This post has been deleted by reed90 because: sampah

SUStatabun
post Dec 5 2019, 09:06 AM

Getting Started
**
Junior Member
59 posts

Joined: Sep 2009



betul la tu sailang
curi from those eligible bachelors in mareshia who is still looking for waifu
ZeaXG
post Dec 5 2019, 09:06 AM

Casual
***
Junior Member
342 posts

Joined: Jan 2013


QUOTE(aeridest @ Dec 5 2019, 09:04 AM)
if "sai" is shit, then what is "pang"? (pangsai).

Noob here.
*
Pang = fang (Mandarin), English is "let go"
JoeK
post Dec 5 2019, 09:07 AM

Regular
******
Senior Member
1,099 posts

Joined: Jan 2019
Ada thaimoi available or not?

Ayam willing to take the bullet and kongkek them
sakura86
post Dec 5 2019, 09:07 AM

Getting Started
**
Junior Member
95 posts

Joined: Sep 2005
From: here, there, everywhere


if you wanna oust them from the business, be better than them lorrr....

sailing their local people in their country and open up business there... ohwai-
pandah
post Dec 5 2019, 09:08 AM

Enthusiast
*****
Senior Member
719 posts

Joined: Jul 2011

QUOTE(aeridest @ Dec 5 2019, 09:04 AM)
if "sai" is shit, then what is "pang"? (pangsai).

Noob here.
*
Release, release out the shit.



I go to kelantan makcik stall pun dia cakap thai sometimes and play thai song. It is like quite normal there.

Just like bangla marry awek and bukak kedai, how u wanna catch? Ban them from marry?
Gyazo
post Dec 5 2019, 09:10 AM

New Member
*
Junior Member
20 posts

Joined: Aug 2019
They are thai malay
Can speak malay
Muslim

Nothing wrong with that

Just like ohman jilat PRC
Because he’s chinese after all
bug_vengeance
post Dec 5 2019, 09:11 AM

: Juve's Historic Battle :
*******
Senior Member
7,131 posts

Joined: Jan 2003

QUOTE(ZeaXG @ Dec 5 2019, 09:01 AM)
sai = shit
lang = people

owai
*
people = shit : slipknot
smallcrab
post Dec 5 2019, 09:12 AM

Getting Started
**
Junior Member
140 posts

Joined: Jul 2007
From: Puchong


I thought these tom yum stalls are meleis

Didnt know are thais
pr0pofol
post Dec 5 2019, 09:14 AM

Getting Started
**
Junior Member
149 posts

Joined: Oct 2012
local awek takde choice pun
yang rempit2 semua dok minum ketum takde future takkan nak buat laki

8 Pages  1 2 3 > » 
Bump Topic Add ReplyOptions New Topic
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0210sec    0.12    5 queries    GZIP Disabled
Time is now: 15th December 2025 - 07:53 PM