Welcome Guest ( Log In | Register )

 
RSS feedBump TopicClosed TopicStart new topicStart Poll

Outline · [ Standard ] · Linear+

> Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), MOVED to Jobs & career.

yewkhuay
post Jul 12 2007, 01:30 AM


I don't even belong here....
*******
Group: Senior Member
Posts: 6,466

Joined: Jul 2006
May be we can have a topic on KWSP , any issue, news n query pls post it here to share, if possible Pin this topic for future references...MOD pls move it to Jobs and Careers if it is more suitable to be there. icon_rolleyes.gif

KWSP official website :KWSP , i copy some info and paste it here... icon_rolleyes.gif

Latar Belakang KWSP


KWSP merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai. KWSP juga menyediakan sistem yang efisien dan mudah bagi memastikan para majikan memenuhi tanggungjawab undang-undang serta kewajipan moral mereka untuk mencarum kepada KWSP bagi pihak pekerja mereka.

Siapakah Ahli Kami?

Pekerja Sektor Swasta dan Pekerja Tidak Berpencen Sektor Awam. Sehingga 31 Disember 2006, KWSP mempunyai seramai 11.4 juta ahli. Bilangan ahli aktif dan masih mencarum adalah seramai 5.4 juta. Bilangan majikan aktif pula adalah seramai 416,000.

Caruman Wajib

Caruman adalah wang yang dikreditkan ke akaun individu ahli di KWSP. Amaun tersebut terdiri daripada caruman pekerja dan caruman majikan dan dikira berdasarkan gaji bulanan pekerja. Kadar caruman semasa adalah 23% daripada gaji pekerja dimana 11% adalah caruman pekerja yang dipotong daripada gaji bulanan pekerja manakala 12% adalah caruman oleh majikan.

Alokasi Pelaburan
Caruman bulanan anda dilaburkan melalui beberapa instrumen kewangan yang diluluskan untuk menghasilkan pendapatan. Ini termasuklah Sekuriti Kerajaan Malaysia, Instrumen Pasaran Wang, Bon & Pinjaman, Ekuiti dan Hartanah.

Dividen
KWSP memastikan simpanan anda selamat dan mendapat dividen yang berpatutan. KWSP menjamin dividen sebanyak 2.5 peratus setahun. Untuk memastikan bayaran dividen, KWSP melaburkan caruman anda melalui instrumen kewangan yang diluluskan bagi mendapatkan pulangan yang optimum.

Dividen dimasukkan ke dalam akaun anda setiap tahun. Kadar dividen yang diisytiharkan oleh KWSP adalah tertakluk kepada pulangan pelaburan yang dibuat melalui instrumen-instrumen yang diluluskan.

Dividen Tahunan dikira berdasaran baki pembukaan simpanan anda setakat 1hb Januari setiap tahun. Dividen Bulanan pula dikreditkan ke akaun anda berdasarkan jumlah caruman bulanan yang diterima.

Ahli Lembaga Pengarah KWSP (1 Jun 2007 - 31 Mei 2009)

» Click to show Spoiler - click again to hide... «


FAQ from KWSP website : (Full FAQ list at FAQ KWSP)
» Click to show Spoiler - click again to hide... «


Ibupejabat
Bangunan KWSP,
Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur
No. Faks : 03-26948433


Waktu Operasi Pejabat
Hari: Isnin - Jumaat
Masa: 8.15 pg - 5.15 ptg

Waktu Operasi Kaunter
Hari: Isnin - Jumaat
Masa: 8.15 pg - 4.45 ptg

Jika anda memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila lihat Soalan Lazim atau hubungi kami melalui saluran berikut :
E-mel : enquiry@epf.gov.my
Talian Khidmat Pelanggan : 03-87326000
Sistem Pesanan Ringkas (SMS) - Taip KWSP dan hantar ke 36373

Sekiranya anda membuat pertanyaan melalui emel atau membuat panggilan ke Pusat Pengurusan Panggilan, sila sertakan maklumat diri anda seperti berikut:
Nama
No. KWSP
No. Kad Pengenalan
No. Telefon
Nama Syarikat dan No. Majikan (sekiranya perlu)

This post has been edited by yewkhuay: Jul 12 2007, 04:02 PM
User is offlineProfile CardPM
Go to the top of the page
+Quote Post

Bump TopicClosed TopicTopic OptionsStart new topic
 

Switch to:
| Lo-Fi Version
0.0585sec    3.11    5 queries    GZIP Disabled
Time is now: 24th April 2014 - 09:13 PM