Wan Kuzain Yang Saya Kenal
Sejujurnya saya amat sedih dgn beberapa tohmahan & cerita2 tentang Kuzain & keluarganya kebelakangan ini semenjak timbulnya keputusan beliau utk bermain dalam skuad Sea Games
Ada reaction & counter reaction yg saya rasa amat toxic
ini cerita saya...
Walaupun cerita Kuzain di USA telah lama kita dengar, namun saya hanya berinteraksi dgn beliau & keluarga beliau pada tahun 2017 ketika masih menjadi CEO NFDP
Tujuan saya ketika itu hanyalah utk mempelajari pengalaman beliau & keluarga di sana
Tak kenal maka tak cinta.
Saya faham benar betapa sukarnya untuk menjadi seorang atlet pro di USA kerana persaingannya adalah maha hebat. Malah utk menjadi student athlete di NCAA shj begitu susah
FYI saya juga adalah graduan Universiti di USA & sempat bekerja sebentar dlm industri sukan di sana.
Maka career path Kuzain, Kuzri & juga Kuzac dlm industri bsepak di USA adalah hasil penat lelah sekeluarga selama beberapa tahun bermula dari umur muda di sebuah bandar kecil di Carbondale, Illinois
Sejarah ini amat pentinng utk difahami sblm kita mula komen atau bercerita.
Dan kita juga sedang berhadapan denga seorang anak muda yang berdarah 100% Melayu Malaysia tetapi dilahirkan di USA, melalui sistem pembelajaran di sana dan dikelilingi budaya berbeza dgn kita di sini
Kuzain was on his journey to LEARN ABOUT HIS ROOTS
Please understand that!.
Maka pada penghujung 2017, Kuzain buat pertama kalinya menjejak kaki di bumi Malaysia dalam perjalanannya utk mengenali sejarah diri beliau sendiri
Kebetulan saya diberi peluang bersama membantu perjalanan beliau ketika itu.
Yang pastinya saya amat teruja.
Kuzain juga bertukar2 pendapat dgn Menteri KBS pada ketika itu dan juga bercakap tentang kemungkinan dan niat beliau utk menyarung jersi HM.
Tapi anak muda ini juga sedang merancang pembangunan KERJAYA beliau di USA & pasti ada byk pertimbangan2 lain yang harus diutamakan.
PENTING saya sebut di sini bahawa perbincangan tentang Wan Kuzain & adik beliau Wan Kuzri tidak pernah putus di antara saya dengan beberapa jurulatih dan pegawai di Pejabat Menteri KBS, MSN dan FAM
Semua individu2 ini AMAT PEKA & amat faham tentang situasi sebenar & byk membantu.
TANGGAL 28 MEI 2018 AMAT BERSEJARAH BAGI KUZAIN SEKELUARGA
Beliau menjadi anak Malaysia pertama bermain dalam MLS dgn kelab Sporting Kansas City yg ketika itu mengungguli Western Conference
Beliau juga telah berjaya menjaringkan gol utk SKC. Antara homegrown talent yg berjaya.
Dan saya ada sebab tersendiri mengatakan dia anak Malaysia setelah saya memahami isi hati beliau dan keluarga
Dan maksud homegrown talent ialah career path beliau adalah melalui pasukan2 feeder dan akademi yang berada dalam struktur feeder Sporting Kansas City.
Saya juga selalu berbincang dengan ayah Kuzain, Wan Kamal ttg bagaimana untuk membawa bakat2 muda berpotensi dari Malaysia ke USA tidak kira jenis sukan
Saya juga berbincang dgn Wan Kuzac (abg Kuzain) ttg kerjasama dgn SKC. Beliau bertugas di sana.
Pada Ogos 2019, saya menyampaikan hasrat Wan Kuzain kpd ketua jurulatih B23 kebangsaan DOKS, Presiden FAM & Menteri KBS bahawa JIKA DIBERI PELUANG, Kuzain berminat utk bermain dlm skuad Sukan SEA 2019
Ianya disambut baik oleh FAM & semenjak Ogos, FAM berbincang terus dgn Kuzain.
Seharusnya diberi pertimbangan & ruang kepada Kuzain dan keluarga utk memikirkan apakah implikasi2 kpd karier Kuzain di MLS sekiranya status beliau sebagai pemain tempatan di USA ditukar kpd pemain import.
Saya mohon supaya kita cuba dulu dgn permintaan Kuzain ini buat masa ini.
Janganlah kita terus mempersoalkan samada dia rakyat Malaysia sejati dan judge ayah beliau sebagai berlagak seperti superstar & sebagainya.
Ini adalah pertimbangan biasa seorang ayah & juga kadang2 bila membaca komen2 yg panas di socmed, maka reaksi beliau juga akn sedikit emosi.
Semua orang ada pendapat masing2 termasuklah Kuzain dan keluarganya.
Tujuan saya menulis ialah untuk merayu semua supaya lebih memahami semua pihak dan memberi ruang. Sekiranya jalan ini ditakdirkan baik utk negara dan Kuzain, sama2 lah
mendapat manfaat
Allahua'lam.
Tulisan dari Safirul Abu Bakar.
@arena Football official
nice... tq for the post... aku tak rasa isu ni isu kacang lupa kulit ke apa.. itu isu pilihan peribadi.. secara peribadi juga aku nak tgk dia bersaing dgn pemain2 dari liga malaysia dalam skuad sea games.. nak juga tgk apa impak yg dpt diberikan kuzain dlm skuad remaja ni berbanding pemain2 dari liga malaysia...
cuma rasanya tak perlu la sampai saman menyaman ni... cuba berbincang elok2 dgn penulis semuanyabola dll portal media ni utk berikan gambaran sebenar... pnting juga sbnrnya perbincangan antara kedua2 pihak supaya tak berlaku salah faham mcm ni... tak ada isu pun bagi aku kalau kuzain pilih USA utk senior team nanti kalau dia dipanggil... itu pilihan dia... cuma aku tak yakin dgn rate skrg dia dpt tembus senior team USA...
btw.. kelab dia masa kalah dgn LA Galaxy 7-2 baru ni dia ada main x? zlatan score hattrik dlm game tu...