Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

> What is the meaning of "Akhir Zaman"

views
     
Protoculture
post Aug 16 2019, 01:25 AM

Enthusiast
*****
Senior Member
903 posts

Joined: Oct 2004
From: MARS BASE


QUOTE(whyamiblack @ Aug 16 2019, 01:14 AM)
Or at this rate, the return of the dark ages. That would be a big deal to everyone.
*
Depends. Akhirul Zaman ni ada selang seli Dark Age Golden Age.

Dark Age for Muslims and Golden Age for Nons before Al Mahdi.

Golden Age for Muslims and Dark Age for Nons after Al Mahdi appeared as Caliphate re-established.

Dark Age for ALL as Ad-Dajjal appeared. Golden Age for Jews as Ad Dajjal is their Messiah.

Golden Age for ALL as Jesus descended from Heaven and slew Ad Dajjal. Dark Age for Jews. Jesus will replace Al Mahdi as second Caliph.

Dark Age for ALL as Gog Magog overran the world. Golden Age re-established after Gog Magog got wiped out.

Dark Age slowly returned after the death of Jesus and world return to barbarism until no one is no longer Muslim and the entire world become nons and thus the destruction of the entire Universe will begun.




Protoculture
post Aug 16 2019, 02:57 AM

Enthusiast
*****
Senior Member
903 posts

Joined: Oct 2004
From: MARS BASE


QUOTE(whyamiblack @ Aug 16 2019, 01:28 AM)
I think you have the wrong idea of what, who non-believers are and how they live lives. It's as if secular states are doomed to fail by your way of description, in fact many secular states are among world leading countries.
I meant dark age as in non-questioning loyalty towards scripture (abuse of power by the religious leaders etcetc. It's in the history)

As for the rest of the bolded ones, I'd rather not be rude but let me remind you that is a belief. Not fact.
*
Ini tered bincang Akhirul Zaman dalam konteks Islam. Samada kau nak percaya atau tak itu kau punya pasal. Aku bicara isu Akhirul Zaman sepertimana dalam Islamic Eschatology. Kang aku bawak keluar tafsir Quran dan Al Hadith sepatah haram kau tak paham tak guna jugak sebab kau punya scope dah berbeza.

Sebab itu aku bagi simpler version. Supaya nons yang taktau konsep Akhir Zaman dalam Islam tu apa.
Protoculture
post Aug 17 2019, 11:42 AM

Enthusiast
*****
Senior Member
903 posts

Joined: Oct 2004
From: MARS BASE


QUOTE(KineticKill @ Aug 16 2019, 06:57 AM)
Source?
*
Al-Quran. Hadith.
Protoculture
post Aug 17 2019, 04:13 PM

Enthusiast
*****
Senior Member
903 posts

Joined: Oct 2004
From: MARS BASE


QUOTE(KineticKill @ Aug 17 2019, 03:45 PM)
Give the actual verses in Al-Quran or hadith sahih.
*
Get ready TLDR. Oh, ini post aku compile from tered aku di Forum CARI dan CARIEMAS.


Kisah Akhirul Zaman - Satu Perkongsian Umum

QUOTE
SEBUAH hadis yang diriwayatkan dari Thauban r.a bahawa Rasullullah SAW telah bersabda dengan mafhumnya: “Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”

Maka para sahabat r.a. pun bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?”

Sabda Baginda SAW: “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.”

Sahabat bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?”

Jawab Rasulullah s.a.w.: “Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.”

Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu al-Wahn?”

Rasulullah s.a.w. bersabda:“Cintakan dunia dan takut akan kematian.”
(HR. Ahmad, Al-Baihaqi, Abu Dawud)


QUOTE
Dari Anas bin Malik r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Tanda-tanda kiamat bagaikan manik-manik yang terangkai dalam satu benang. Jika benang itu putus, manik-manik itu akan saling berkejaran.”
(HR. Al-Hakim)


Di tika orang Islam ibarat "buih di lautan", ramai tapi tak bersatu, mengalami penindasan demi penindasan, selainnya hanyut dalam buaian mainan dunia dari mengabdikan diri dengan ibadah kepada Allah, satu demi satu tanda2 besar kiamat akan muncul. Malah kebanyakan ulamak bersepakat bahawa kesemua tanda2 kecil kiamat sudah dizahirkan dan dunia kini bakal menyaksikan zahirnya tanda2 besar kiamat yang akan muncul ibarat biji tasbih yang jatuh satu persatu bertali arus jika tasbih diputuskan benangnya.

QUOTE
Rasulullah saw. bersabda, “Pada akhirnya umat Islam akan menjadi pasukan perang: satu pasukan di Syam, satu pasukan di Yaman, dan satu pasukan lagi di Iraq. Ibnu Hawalah bertanya: Wahai Rasulullah, pilihkan untukku jika aku mengalaminya.

Nabi saw: Hendaklah kalian memilih Syam, kerana ia adalah negeri pilihan Allah, yang Allah kumpulkan di sana hamba-hamba pilihan-Nya, jika tak bisa hendaklah kalian memilih Yaman dan berilah minum (haiwan kalian) dari kolam-kolam (di lembahnya), kerana Allah menjamin untukku negeri Syam dan penduduknya.”
(HR. Abu Dawud, Imam Ahmad, Al-Hakim, dan Ibnu Hibban)


Di akhir zaman, umat Islam muncul sebagai pasukan perang yang berada di As-Sham (Syria / Lubnan / Jordan / Palestin), Iraq dan Yaman.Terbentuknya pasukan perang / mujahidin di tiga tempat itu akibat konflik setempat dimana umat Islam di sana tertindas.

QUOTE
Ummu Salamah RA melaporkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Manusia akan berbalah setelah kewafatan seorang Khalifah. Seorang lelaki dari Madinah akan melarikan dirinya ke Mekah. Beberapa orang Mekah akan memaksa beliau agar menerima bai’ah (taat setia) mereka kepada beliau di antara Rukn dan al-Maqam. Satu pasukan tentera dari Sham akan dihantar menentang beliau dan mereka akan ditelan bumi di Baida’ (padang pasir di antara Mekah dan Madinah). Apabila diketahui manusia, mereka datang berbondong dari Sham dan Iraq untuk membai’ah beliau. Kemudian muncul pula seorang dari Kaum Quraish yang ibunya dari suku Kalb, menentang beliau dan akan ditewaskan; peperangan tersebut dinamakan Perang Kalb. Mereka yang tidak menyaksikan ghanimah peperangan itu adalah malang. Al-Mahdi akan membahagi-bahagikannya dan memerintah mengikut Sunnah Baginda SAW. Kemudian beliau wafat dan Kaum Muslimin akan menyembahyangkan beliau.”
(HR Abu Daud)


QUOTE
“Akan berperang tiga orang di sisi perbendaharaan kalian. Mereka semua adalah putra khalifah.Tetapi, tak seorang pun di antara mereka yang berhasil menguasainya. Kemudian muncullah bendera-bendera hitam dari arah Timur, lantas mereka memerangi kamu (orang Arab) dengan suatu peperangan yang belum pernah dialami oleh kaum sebelum kalian. Maka jika kamu melihatnya, berbaiatlah walaupun dengan merangkak di atas salji, kerana dia adalah khalifah Allah Al-Mahdi.”
(HR Tsauban)


QUOTE
Dari Abdullah bin Amru RA daripada Nabi SAW bersabda, “Pada bulan Zulkaedah akan mula berlaku huru-hara, kemudian para jemaah haji dirompak (dan dibunuh). Berlaku pertempuran yang dahsyat di Mina sehingga sebahagiannya melarikan diri, dan dia akan dibaiat antara Rukun dengan Maqam sedangkan dia tidak menyukainya. Pembaiatan itu dilakukan oleh sejumlah yang sama dengan tentera Badar, penduduk langit dan bumi meredhai (pemerintahannya).”
(HR Al-Hakim & Nuaim bin Hammad)


QUOTE
Sabda Nabi SAW “Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salju. Sesungguhnya di tengah- tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk”. Maksudnya ialah al-Mahdi.
(HR Ibn Majah, Abu Nuaim & Al- Hakim)


QUOTE
Sabda Nabi SAW, “Apabila keluar Panji-panji Hitam dari arah Khurasan, tidak akan ada sesuatu apa pun yang dapat menolaknya hinggalah dipacakkan di Ilya.”
(HR At- Tarmizi)


QUOTE
Abu Hurairah telah meriwayatkan bahawa Nabi bersabda: "Akan muncul seorang lelaki dari dalam Damsyik. Dia akan dipanggil Sufyani. Kebanyakan orang yang mengikutinya adalah dari suku Kalb. Dia akan membunuh dengan merobek perut wanita dan malah membunuh kanak-kanak. Seorang lelaki dari keluarga ku akan muncul di Masjidil Haram, berita kedatangan beliau akan sampai kepada Sufyani dan dia akan menghantar kepadanya salah satu daripada tenteranya. Dia (merujuk kepada Imam Mahdi) akan mengalahkan mereka. Mereka kemudian akan melakukan perjalanan dengan sesiapa yang masih hidup sehingga mereka sampai ke padang pasir dan mereka adalah ditelan. Tiada akan terselamat kecuali seorang yang telah memberitahu orang lain tentang mereka."
(Mustadrak Al-Hakim)


Kemudian, seorang khalifah di Tanah Arab akan mangkat menyebabkan perebutan kuasa dikalangan warisnya (3 orang putera) bertelingkah melibatkan pertumpahan darah hingga ke tempat simpanan Kaabah. Dalam tahun itu juga, dalam akan berlaku gerhana bulan dan gerhana matahari serentak dalam bulan Ramadhan. Akibat kekacauan, musim haji pada tahun itu akan menyaksikan perompakan dan pembunuhan berdarah jemaah haji hingga darah2 mengalir ke Jamrah.

Tahun berikutnya, seorang lelaki berasal dari Madinah bernama Muhammad ibn Abdullah akan dibaiah di Makkah antara Rukun dan al Maqam di Kaabah. Perisytiharan Imam Mahdi di Makkah akan diikuti pula dengan pencerobohan satu angkatan tentera dari as-Sham yang dihantar pemerintah Sham yang bernama as-Sufyani untuk menghapuskan al Mahdi. Angkatan tentera ini akan tiba di satu daerah bernama al Baida di antara Madinah dan Makkah dan akan ditelan oleh bumi. Sejurus berita kemusnahan angkatan tentera Sham itu di al Baida diketahui umat Islam seluruh dunia maka berbondong2lah umat Islam Sham dan Iraq datang membaiah Imam Mahdi dan kemunculan panji2 hitam dari Timur, iaitu wilayah Khorasan.

Imam Mahdi akan berperang dengan seorang lelaki berketurunan Quraish bersuku Kalb disebelah ibunya dan ianya dikalahkan dalam perang Kalb dan banyaknya harta rampasan ghanimah dibahagikan. Imam Mahdi dan pasukan Islam akan memerangi setiap pemimpin Islam yang batil dan membebaskan umat Islam dari kezaliman dan menyatukan kesatuan bagi ummah.

QUOTE
Rasulullah SAW telah bersabda: “Kalian akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rum dalam keadaan aman. Lalu kalian akan berperang bersama mereka melawan suatu musuh dari belakang mereka. Maka kalian akan selamat dan mendapatkan harta rampasan perang. Kemudian kalian akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit. Maka berdirilah seorang laki-laki dari kaum Rum lalu ia mengangkat tanda salib dan berkata, ‘Salib telah menang’.

Maka datanglah kepadanya seorang lelaki dari kaum muslimin, lalu ia membunuh laki-laki Rum tersebut. Lalu kaum Rum berkhianat dan terjadilah peperangan, dimana mereka akan bersatu menghadapi kalian di bawah 80 bendera, dan di bawah tiap-tiap bendera terdapat dua belas ribu tentara.”
(HR. Imam Ahmad,  Imam Abu Dawud, dan imam  Ibnu Majah)


QUOTE
Rasulullah SAW telah bersabda: “Kiamat takkan terjadi sehingga bangsa Romawi singgah di Al-A’maq atau di Dabiq. Lalu mereka diserbu oleh balatentara dari Madinah, yang merupakan penduduk dunia yang terbaik waktu itu."
(HR. Imam Muslim bin Hajjaj dari Abu Hurairah RA)


QUOTE
Rasulullah SAW telah bersabda: “Kamu sekalian akan menyerbu jazirah Arab, sampai ditaklukkan Allah. Kemudian (kamu menyerbu) Persia sampai negeri itu ditaklukkan Allah. Kemudian (kamu menyerbu pula) Romawi, sampai negeri itu ditaklukkan Allah. Kemudian kamu menyerbu Dajjal, sampai ia ditaklukkan Allah.”
(HR. Muslim)


QUOTE
Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesungguhnya khemah besar kaum muslimin di hari pertempuran sengit ada di Ghoutah, disebelah kota bernama Damsyik, salah satu kota terbaik di Syam.”
(HR. Imam Abu Daud dari Abu Darda’)


Sampai masanya, umat Islam bersekutu dengan Rum melawan satu musuh yang sama dalam satu siri peperangan yang besar sehinggalah musuh itu dikalahkan oleh pakatan Muslim + Rum di as-Sham. Setelah mencapai kemenangan, tentera Rum menaikkan Salib menyatakan Salib mencapai kemenangan dan terjadi pertumpahan darah apabila tentera Islam mematahkan salib itu.

QUOTE
Diriwayatkan oleh Muslim bin Hajjaj dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu, bahwa Rasulullah bersabda,“Kiamat takkan terjadi sehingga bangsa romawi singgah di Al-A’maq atau di Dabiq (keduanya nama dua tempat di Syria dekat kota Halab (Alepo)). Lalu mereka diserbu oleh bala tentara dari Madinah, yang merupakan penduduk dunia yang terbaik waktu itu. Apabila mereka telah berbaris rapi, maka berkatalah orang-orang Romawi : ‘Biarkan kami berperang melawan orang-orang yang telah menawan orang-orang kami’. (Menurut penafsiran Ibnu KAtsir bahwa salah satu alasan pengkhianatan Bani Ashfar kepada kaum muslimin adalah sebagian Bani Ashfar ada yang masuk Islam di zaman Al-Mahdi, sehingga membuat kawan-kawan yang setanah air dengan mereka menjadi marah dan menginginkan agar kaum muslimin menyerahkan mereka kembali. Namun kaum muslimin tidak menyerahkan sebagian Bani Asfar yang masuk Islam itu kepada bangsa Rum).

Jawab kaum muslimin, “Demi Allah, kami takkan membiarkan kalian memerangi saudara-saudara kami”. Maka kaum muslimin pun menyerbu mereka, lalu diantara mereka ada 1/3nya mundur (kaum muslimin yang surut/lari dari perang). Mereka itu takkan diterima taubatnya oleh Allah selama-lamanya. Dan ada 1/3 lagi yang terbunuh, mereka adalah para syuhada yang terbaik disisi Allah. Sedang 1/3 lainnya mendapat kemenangan. Mereka (yang menang ini)  takkan mendapat bencana selama-lamanya. Mereka inilah (kaum muslimin yang selamat dan menang perang) yang dapat menaklukkan Konstantinopel. Namun ketika mereka membagi-bagi harta rampasan perang, sementara pedang-pedang mereka digantungkan di pohon zaitun, tiba-tiba syaitan berteriak kepada mereka, bahwa Dajjal telah membokong dan menyerang keluarga mereka. Oleh kerana itu mereka pun keluar lah, padahal semua itu tidak benar.

Rasul kemudian bertanya kepada kami, “Sudahkan kalian mendengar sebuah kota, yang sebelah daripadanya ada didarat dan sebelah lainnya ada di laut (Konstantinopel)?”. Para Sahabat menjawab, “Sudah, ya Rasul Allah.”

Rasul kemudian bersabda, “Kiamat takkan terjadi sebelum kota itu diserbu oleh 70.000 tentara dari anak keturunan Ishaq . Apabila mereka telah datang ke kota itu, mereka singgah, tetapi tidak berperang dengan satu senjatapun, dan tidak melemparkan satu anak panah pun. Mereka hanya mengucapkan, “Laa Ilaaha Illallaah dan Allaahu Akbar”, maka jatuhlahsalah satu dari kedua belahan kota itu – Tsaur (sang perawi) mengatakan, “saya tidak tahu kecuali Rasul bersabda, ‘Belahan yang ada di laut’ –. Kemudian mereka mengucapkan untuk kedua kalinya, “Laa Ilaaha Illallaah dan Allaahu Akbar”, maka jatuh lah belahan yang lain dari kota itu. Sesudah itu mereka mengucapkan pula untuk yang ketiga kalinya, “Laa Ilaaha Illallaah dan Allaahu Akbar”, maka terbuka lah kota itu bagi mereka, sehingga mereka dapat memasukinya, lalu mendapat harta rampasan perang.

Tatkala mereka tengah membagi-bagikan harta rampasan perang, tiba-tiba terdengarlah teriakan meminta tolong yang mengatakan “Sesungguhnya Dajjal benar-benar telah muncul.” Oleh karena itu mereka pun meninggalkan apa saja, lalu pulang. Lalu tatkala mereka memasuki negeri Syam (menuju kemah besar kaum muslimin yang berada di Ghouthah, disebelah kota bernama Damaskus, salah satu kota terbaik di Syam), ternyata Dajjal telah keluar (telah pergi dari negeri itu).

Syahdan, tatkala mereka bersiap-siap untuk berperang dan merapikan barisan, tiba-tiba dikumandangkan iqamatus-shalat. Maka mereka segera mengerjakan shalat (subuh). Maka saat itu turunlah Nabi ‘Isa bin Maryam dan mengerjakan shalat bersama-sama mereka.

Apabila musuh Allah itu (Dajjal) melihat Nabi ‘Isa, maka dia meleleh seperti lelehnya garam dalam air. Andaikata dia dibiarkan, tentu akan benar-benar meleleh sampai mati. Akan tetapi Allah membunuh dia dengan tangan Nabi ‘Isa. Lalu Nabi Allah itu memperlihatkan kepada kaum muslimin darah Dajjal pada tombak yang dipegangnya.”
– Ibnu Katsir, 70-73.


Tentera Rum akan berundur dan kemudian akan kembali semula dengan pakatan 80 panji-panji bani Al-Asfar (bangsa Eropah) dimana setiap panji terdapat 12,000 tentera ke as-Sham. Ketika itu tentera Islam dibawah Imam Mahdi akan bertempur dgn tentera2 pakatan Rum dalam perang terbesar dan terakhir di dunia, iaitu perang Almalhamah Kubra (aka Armageddon sbgmana kitab samawi Injil / Taurat) di al-A'maq / Dabiq. Perang yang berlanjutan selama 3 hari akan menyaksikan pada hari pertama 1/3 tentera Muslim akan lari dari medan perang dan dosa mereka takkan diampunkan Allah sampai bila2, hari kedua menyaksikan 1/3 tentera Islam syahid dan merupakan sebaik2 syuhada, manakala hari ketiga baki 1/3 tentera Islam akan mencapai kemenangan. Setelah itu Imam Mahdi dan tentera Muslim akan menakluk Constantinople (Istanbul) tanpa menumpahkan darah hanya menggunakan laungan azan sahaja.

QUOTE
Dari Mu’adz bin Jabal, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda: Al Malhamah Al Kubra, penaklukan Konstantinopel dan keluarnya Dajjal terjadi selama tujuh bulan.
(HR Abu Dawud)


QUOTE
Abdullah bin Busr berkata Rasulullah (صلى الله عليه و سلم) bersabda "Jarak antara Al-Malhamah dan penaklukan Konstantinopal adalah enam tahun dan Dajjal akan keluar pada tahun ketujuh".
(Abu Daud dalam Al-Malahim, no 4128).


QUOTE
“Anas Bin Malik mengatakan bahwa Rasulullah saw berkata: ‘Dajjal akan diikuti 70 ribu Yahudi dari Isfahan mengenakan selendang Parsi.”
(HR Muslim)


QUOTE
Nabi bersabda “Dajjal akan diikuti oleh 70.000 yahudi dari kota Isfahan , mereka memakai Al-Tayalisah”.
(HR Muslim)


QUOTE
Kami bertanya: “Wahai Rasulullah SAW! Berapa lamakah ia (dajjal) akan tinggal di muka  bumi ini? Nabi SAW menjawab: Ia (dajjal) akan tinggal selama 40 (empat puluh) hari. Hari yang pertama seperti setahun dan hari  berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yang masih tinggal lagi (yaitu 37 hari) adalah sama  seperti hari kamu yang biasa."
(HR Muslim)


QUOTE
Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya tidak ada satu fitnah (ujian) Allah di atas muka bumi ini sejak ia menciptakan zuriat Nabi Adam AS (sampai ke hari kiamat nanti) yang lebih dahsyat daripada fitnah Dajjal. Dan sesungguhnya Allah tidak mengutus seorang nabi jugapun kecuali nabi itu mengingat kaumnya akan ujian Dajjal ini: Aku (Rasulullah SAW) adalah Nabi yang terakhir sekali dan kamu adalah juga umat yang terakhir sekali, maka sudah pasti Dajjal itu akan keluar pada zaman kamu. Seandainya ia keluar dan aku masih berada di kalangan kamu, maka akulah yang akan berhujjah dengannya bagi mewakili setiap orang Islam. Dan jika ia keluar selepas kematianku, maka kamu semua bertanggung jawab untuk melawannya dan Allah SWT sebagai penolong kamu sekalian".
(HR Ibnu Majah)


QUOTE
Rasulullah S.A.W bersabda, ‘Tidak ada satu negeri pun, melainkan semua diinjak oleh Dajjal, kecuali Makkah dan Madinah. Semua jalan yang menuju kesana dijaga dengan malaikat dengan berbaris. Maka berhentilah Dajjal disebuah kebun (di pinggir kota Madinah). Madinah berguncang tiga kali. Lalu - keluarlah semua orang-orang kafir dan munafik – Dari kota Madinah menemui Dajjal.’
(HR. Al-Bukhari dan Muslim)


QUOTE
Rasulullah S.A.W bersabda, “Sesungguhnya Isa Bin Maryam Akan Membunuh Dajjal Di Bab Lud (Gerbang Lud).” 
(HR Ahmad, Tirmidzi, dan Nu’Aim Bin Hamad)


QUOTE
Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, “Demi Allah yang menggenggam jiwaku, tidak lama lagi Isa putra Maryam akan turun kepadamu sebagai hakim yang adil. Dia akan mematahkan salib, membunuh babi dan membatalkan ufti. Dan waktu itu harta melimpah ruah, sehingga tidak ada seorangpun yang menerima (zakat)-nya, dan sehingga satu kali sujud (nilainya) lebih baik daripada dunia dan seisinya.”
(HR Al-Bukhari)


Ketika itulah fitnah Dajjal mula menjelma, Iblis Laknatullah akan menyamar sebagai mujahidin menyeru kaum Muslimin pulang ke kampung halaman dgn perkhabaran Dajjal sudah tiba ke pintu rumah mereka. Di saat pejuang Islam berduyun2 pulang ke kampung halaman, maka barulah Dajjal muncul bersama 70,000 pengikutnya berbangsa Yahudi yang bertayalisah dari kota Isfahan. Munculnya Dajjal adalah selama 40 hari, hari pertama tempohnya panjang seperti setahun, hari kedua panjangnya selama sebulan, hari ketiga panjangnya seminggu, hari keempat dan baki 36 hari lainnya sama tempoh dengan hari biasa (24 jam). Dalam tempoh itu Dajjal berjaya menyesatkan umat manusia dari golongan kafir, ahlul kitab dan juga org Islam sendiri. Dajjal menjelajahi seluruh pelusuk bumi tapi gagal memasuki Makkah dan Madinah. Kedua2 kota itu akan dilanda gempa sehingga umat2 Islam yang fasiq / munafiq / kufur keluar lari bertempiaran dari kota2 itu dan merekalah tergolong antara pengikut Dajjal. Di saat itu juga Dajjal bersama bala tenteranya akan memerangi Imam Mahdi dan pengikutnya, Nabi Isa al-Masih AS akan diturunkan di menara putih di timur Damsyik (Damascus). Nabi Isa akan membunuh Dajjal di kota Lod dan pejuang Islam dan Imam Mahdi akan memerangi sakibaki pengikut Dajjal dan semua Yahudi akan dibunuh. Salib akan dipatahkan dan semua babi/khinzir akan dibunuh.

QUOTE
"Hingga apabila dibukakan (dinding) Ya’juj dan Ma’juj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan telah dekatlah datangnya janji yang benar (hari berbangkit), maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang-orang yang kafir. (Mereka berkata): “Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami dalam kelalaian tentang ini, bahkan kami adalah orang-orang yang dzalim.”
(Al-Qur’an: surah Al-Anbiya’ ayat 96-97)


QUOTE
Rasulullah SAW berkhutbah dalam keadaan jarinya tersengat kalajengking. Baginda bersabda: “Kalian mengatakan tidak ada musuh. Padahal sesungguhnya kalian akan terus memerangi musuh sampai datangnya Ya’juj wa Ma’juj, lebar mukanya, kecil (sepet) matanya, dan ada warna putih di rambut atas. Mereka mengalir dari tempat-tempat yang tinggi, seakan-akan wajah-wajah mereka seperti perisai.”
(HR. Ahmad)


QUOTE
“Kemudian mereka berjalan dan berakhir di gunung Khumar, yaitu salah satu gunung di Baitul Maqdis. Kemudian mereka berkata: “Kita telah membantai penduduk bumi, mari kita membantai penduduk langit.” Maka mereka melemparkan panah-panah dan tombak-tombak mereka ke langit. Maka Allah subhanahuwata’ala kembalikan panah dan tombak-tombak mereka dalam keadaan berlumuran darah.”
(HR. Muslim dalam kitab Al-Fitan wa Asyrathus Sa’ah)


QUOTE
Ketika Allah subhanahuwata’ala mewahyukan kepada Isa ‘alaihissalam: Sesungguhnya aku mengeluarkan hamba-hamba-Ku yang tidak ada kemampuan bagi seorang pun untuk memeranginya. Maka biarkanlah mereka hamba-hamba-Ku menuju Thuur. Lalu Allah subhanahuwata’ala keluarkan Ya’juj wa Ma’juj dan mereka mengalir dari tiap-tiap tempat yang tinggi. Kemudian mereka melewati danau Thabariyah, dan meminum seluruh air yang ada padanya. Hingga ketika barisan paling belakang mereka sampai di danau tersebut mereka berkata: “Sungguh dahulu di sini masih ada airnya.” Ketika itu terkepunglah Nabiyullah Isa ‘alaihissallam dan para sahabatnya.

Hingga kepala sapi ketika itu lebih berharga untuk mereka daripada seratus dinar kalian sekarang ini. Maka Isa dan para sahabatnya berharap kepada Allah subhanahuwata’ala. Maka Allah subhanahuwata’ala pun mengirim sejenis ulat yang muncul di leher mereka. Maka pagi harinya mereka seluruhnya binasa menjadi bangkai-bangkai dalam waktu yang hampir bersamaan. Kemudian turunlah (dari gunung Thuur) Nabiyullah Isa dan para sahabatnya, maka tidak didapati satu jengkal pun tempat kecuali dipenuhi oleh bangkai dan bau busuk mereka. Maka Nabi Isa ‘alaihissallam pun berharap (berdoa) kepada Allah subhanahuwata’ala. Maka Allah subhanahuwata’ala mengirimkan burung-burung yang lehernya seperti unta, membawa bangkai-bangkai mereka dan kemudian dilemparkan di tempat yang Allah subhanahuwata’ala kehendaki2. Kemudian Allah kirimkan hujan yang tidak menyisakan satu pun rumah maupun khemah, lalu membasahi bumi hingga menjadi licin. Kemudian dikatakan kepada bumi itu: ‘Tumbuhkanlah buah-buahanmu dan kembalilah berkahmu.”
(HR. Muslim)


Setelah itu, Ya'juj wal Ma'juj akan muncul melakukan kerosakan di muka bumi sehinggakan orang beriman terpaksa berlindung di gunung2. Ramainya Ya'juj wal Ma'juj hinggakan kering Tasik Tabariyyah (Tasik Galilee) diminum kaum itu. Di tika itu umat Islam yang bersama Nabi Isa terkepung di sebuah bukit hampir kebuluran hinggakan harga satu kepala lembu lebih bernilai dari seratus dinar menunjukkan kesempitan dan penderitaan umat Islam. Ya'juj wal Ma'juj akan dibinasakan menerusi ulat ditengkuk mereka, dan setiap inci mukabumi dipenuhi bangkai mereka hingga Allah mengirimkan burung2 sebesar unta mengangkat bangkai2 itu dan hujan lebat akan diturunkan membersihkan bumi sehingga bersih seperti cermin (kaca).

QUOTE
Abu Sa'id al-Khudri r.a berkata, Nabi s.a.w bersabda: Al-Mahdi adalah keturunanku, dahinya luas dan hidungnya panjang. Beliau akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kebaikan sebagaimana (sebelum itu) ia telah dipenuhi kezaliman serta penindasan dan beliau akan memerintah selama 7 tahun."
(Riwayat Abu Daud)


QUOTE
Sabda Nabi Muhammad SAW: “Adalah Kenabian (nubuwwah) itu ada di tengah-tengah kamu sekalian, yang ada atas kehendak Allah. Kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada Khilafah yang menempuh jejak kenabian (Khilafah ‘ala minhajin nubuwwah), yang ada atas kehendak Allah. Kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada kekuasaan yang menggigit (Mulkan ‘Aadhdhon), yang ada atas kehendak Allah. Kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada kekuasaan yang memaksa (diktator) (Mulkan Jabariyah), yang ada atas kehendak Allah. Kemudian Allah mengangkatnya, apabila Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada Khilafah yang menempuh jejak Kenabian (Khilafah ‘ala minhajin nubuwwah). Kemudian baginda (Nabi) diam.”
[HR. Imam Ahmad]


QUOTE
“Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, kami akan mengeluarkan seekor binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka bahwa sesungguhnya manusia sudah tidak yakin kepada ayat-ayat kami.”
(Al-Quran, surah An Naml ayat 82)


QUOTE
Rasulullah SAW bersabda: “Binatang bumi itu akan keluar dengan membawa Tongkat Musa dan Cincin Sulaiman, maka ia akan mencap hidung orang kafir dengan tongkat dan akan membuat terang wajah orang Mu’min dengan cincin, sehingga dengan demikian apabila telah berkumpul beberapa orang-orang yang makan di suatu meja hidangan, maka salah seorang dari mereka akan berkata: “Makanlah ini wahai orang Mu’min” dan “makanlah ini wahai orang kafir.”
(HR Abu Dawud, Ahmad dan Ibn Majah)


Bermulalah fasa Khilafah ala Minhajin Nubuwwah (di atas manhaj Kenabian) dengan Imam Mahdi memerintah, setelah wafat diganti pula dengan nabi Isa ibn Maryam. Dalam era itu akan muncul Dabbatul-Ardh (binatang melata) yang akan menandai manusia antara yang beriman (akan ke syurga) dan yang kafir (akan ke neraka). Mereka yang beriman akan cerah wajahnya dan yang kafir akan gelap wajahnya ditandakan Dabbatul Ardh. Pada masa itu orang beriman akan memanggil sang kafir dengan perkataan, "Wahai sang kafir" dan orang kafir pula juga menjawab, "wahai orang beriman". Pemerintahan Imam Mahdi hingga Nabi Isa penuh keberkahan, sehinggakan tiada lagi yang fakir miskin, hatta harta yang ingin diinfakkan / disedekahkan tiada lagi penerima. Haiwan buas dan haiwan ternak hidup damai, hatta haiwan pemangsa boleh duduk sekali dengan haiwan mangsa.

QUOTE
Telah menceritakan kepada kami Ali bin Muhammad telah menceritakan kepada kami Waki' telah menceritakan kepada kami Sufyan dari Abu Hayyan At Taimi dari Abu Zur'ah bin 'Amru bin Jarir dari Abdullah bin 'Amru dia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Tanda-tanda yang pertama kali keluar adalah terbitnya matahari dari barat, keluarnya binatang melata kepada manusia pada waktu pagi." Abdullah berkata, "Tidaklah salah satu dari keduanya muncul lebih awal kecuali yang lain akan menyusul keluar secepatnya." Berkata Abdullah, "Aku tidak mengira kecuali terbitnya matahari dari barat."
(HR Ibnu Majah)


Maka matahari akan terbit di sebelah Barat, dan pintu taubat telah tertutup.

QUOTE
"Kemudian Allah akan mengutus angin yang dingin dari arah Syam, maka tidak ada seorang pun di Bumi yang di dalam hatinya ada kebaikan atau iman meski sebesar biji sawi, kecuali akan dicabut nyawanya oleh angin tersebut. Sampai seandainya salah seorang dari mereka masuk ke dalam gunung, niscaya angin tersebut akan masuk bersamanya dan mencabut nyawanya. Maka tersisalah sejelek-jeleknya manusia yang ringan berbuat kerusakan, seperti ringannya burung dan mereka ganas dalam berbuat kezaliman satu dengan yang lain, seperti ganasnya haiwan buas. Mereka tidak mengenal kebaikan dan tidak mengingkari kemungkaran. "
(HR. Muslim)


QUOTE
Dari Abdullah ibn Umar bahwa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Dzussuwaiqatain dari Habasyah akan menghancurkan Ka’bah, pengikutnya akan merampasnya, dan menganggalkan kain kiswahnya. Seakan-akan saya melihatnya botak dan ditinggalkan.”
(HR Ahmad)


QUOTE
Dari Ibn Abbas bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Seakan-akan saya melihat Ka’bah sedang diturunkan batu demi batu.”
(HR al Bukhari dan Ahmad)


QUOTE
Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Dzussuwaiqatain dari Habasyah akan menghancurkan Ka’bah.”
“Saat ini saya seperti melihatnya sedang menghancurkan Ka`bah sedikit demi sedikit, satu persatu batu ia hancurkan, ia adalah seorang hitam yang salah satu matanya tidak normal.”
(HR. Al-Bukhari dan Muslim)


Setelah kematian Nabi Isa, Allah akan menghantarkan angin sepoi dari As-Sham yang akan mengambil nyawa setiap orang beriman di muka bumi. Setelah matinya semua orang2 yang beriman, Kaabah pula nantinya akan dimusnahkan oleh Zul al-Suwaiqatain (lelaki berkaki kurus) tempang serta hitam dari Habsyah dengan cangkulnya. Dunia akan hanya tinggal orang2 kafir dan semua akan berbuat kerosakan sehinggakan ada yang berzina dikhalayak umum seperti haiwan tak berakal.

QUOTE
Dari Abu Hudzaifah bin Asid ra berkata: Rasulullah saw bersabda: “Dan yang terakhir adalah api yang keluar dari Yaman, yang menggiring manusia ke tempat berkumpul mereka (mahsyar mereka).” Dalam riwayat lain: “Dan api yang keluar dari lembah ‘And yang menggiring manusia.”
(HR Muslim)


QUOTE
Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw bersabda: “Akan keluar api dari Hadramaut atau dari laut Hadramaaut sebelum datangnya hari kiamat yang mengumpulkan manusia.”
(HR Ahmad dan Tirmidzi)


Akan muncul api besar marak dari Yaman yang menyambar mengumpulkan manusia2 akhir zaman, dan berlakulah kiamat yang menghancurkan segala2nya makhluk dan ciptaan.

Wallahu A'lam.
Protoculture
post Aug 17 2019, 09:43 PM

Enthusiast
*****
Senior Member
903 posts

Joined: Oct 2004
From: MARS BASE


QUOTE(KineticKill @ Aug 17 2019, 03:45 PM)
Give the actual verses in Al-Quran or hadith sahih.
*
Now I've given you all the verse of Quran and authentic hadiths on Akhirul Zaman, ada apa2 kau nak komen?

Come on, kau mintak aku dah bagi. Aku nak tahu jugak kau punya opinion. Letih aku korek balik post2 lama aku kat forum CARI dan CARI EMAS.

This post has been edited by Protoculture: Aug 17 2019, 09:48 PM
Protoculture
post Aug 18 2019, 01:13 AM

Enthusiast
*****
Senior Member
903 posts

Joined: Oct 2004
From: MARS BASE


QUOTE(KineticKill @ Aug 18 2019, 01:02 AM)
There are several things I can comment on, but let’s start with three:
1.

I thought in Islam, destroying places of worship and killing livestock in war are forbidden?

2. Where is Malaysia in all these? Why all these events and the safe places only in Arabian peninsular and the surrounding areas? If all these events would come to pass, then all of humankind should move to Mecca and Medina?

3. How about the people who live on Mars? Eventually humans are going to settle down there. Do dajjal and the 70k army need to hire SpaceX to go there as well?
*
Ok sebelum aku kupas, kau muslim ke non? As simple as that. Kalau kau non, aku cerita pun tak guna sebab pegangan dan fahaman berbeza.

Kalau kau muslim, apa masalahnya dengan penerimaan kau pada kronologi akhir zaman? Kebanyakan hadis akhir zaman berstatus hasan, sahih dan mutawattir. Naratifnya tersusun. Akhirul Zaman adalah berkait rapat Yaumul Qiyamah, salah satu Rukun Iman.

Ini sebab kau dok petik suruh aku provide authentic Quranic dan Hadith sources.

Protoculture
post Aug 18 2019, 01:28 AM

Enthusiast
*****
Senior Member
903 posts

Joined: Oct 2004
From: MARS BASE


QUOTE(Maja Helmi @ Aug 18 2019, 01:16 AM)
Ada tiga soalan.
Tidak ada satu pun jawapan.
*
Sebab aku perlu tau dulu dia non ke atau muslim. Jika non, aku takde justifikasi bagi penerangan sebab bukan kepercayaan dia. Jika muslim, aku open table boleh bincang naratif Yaumul Qiyamah.

Aku tunggu reply dia.
Protoculture
post Aug 18 2019, 01:41 AM

Enthusiast
*****
Senior Member
903 posts

Joined: Oct 2004
From: MARS BASE


QUOTE(humanisterz4804 @ Aug 18 2019, 01:34 AM)
and here you go with non vs you know who arguments. Anguish and self-centric paradigm.  Been there done that
*
Kalau ada telur, post guna real account kau la mangkuk.
Protoculture
post Aug 18 2019, 01:46 AM

Enthusiast
*****
Senior Member
903 posts

Joined: Oct 2004
From: MARS BASE


QUOTE(KineticKill @ Aug 18 2019, 01:41 AM)
Let’s just say, for the sake of argument, I’m a non with an in-depth knowledge of Islam. I want to see how you’d answer my questions.

I understand the hadith status. Even though the sanad is sound, the matan can be taken into question as well. And also, yes, one of the pillars of faith is belief in the day of judgment, but nowhere in that belief specify a course of events as you mentioned. Furthermore, yaumul qiyamah literally means day of resurrection, not akhirul zaman. Two different topics there.

However, that is not the topic of this discussion. And do answer my questions. And please, if you want to bring clarity to the issue, it’s preferable to use layman terms so that our fellow nons can understand better.
*
I just go through a buncha of your post history that concluded kau tu Melayu Islam. So I'll entertain your 3 questions separately.

OTOH, jika ada non betul2 curious dengan naratif End of Days versi Islam dan nak buat comparative study let's say Biblical version of Armageddon, kita boleh bincang gentleman basis dan agree to disagree mode. Kalau ada mangkuk ayun sekadar nak sarkastik nak provoke chances are aku malas nak layan, especially dupes.
Protoculture
post Aug 18 2019, 02:00 AM

Enthusiast
*****
Senior Member
903 posts

Joined: Oct 2004
From: MARS BASE


QUOTE(KineticKill @ Aug 18 2019, 01:02 AM)
There are several things I can comment on, but let’s start with three:
1. I thought in Islam, destroying places of worship and killing livestock in war are forbidden?
*
1. Turunnya Nabi Isa AS kemudian membunuh Dajjal di Lodd setelah itu menguasai semula Baitul Muqaddis dan Masjidil Aqsa. Ini cukup simbolik kerana Dajjal dibunuh di sebuah wilayah dalam Israel. Baitul Muqaddis dan Al-Aqsa kembali menjadi milik orang Islam. Orang2 Nasrani akan menyedari bahawa selama ini kepercayaan mereka Nabi Isa Anak Tuhan dan mati disalib akan musnah sama sekali bila Nabi Isa AS mematahkan salib lambang Nasrani sekaligus menyaksikan doktrin2 Nasrani tidak lagi munasabah dan takde sebab orang Nasrani kekal dengan agama mereka. BTW, tak disebut gereja dimusnahkan dalam hadis, hanya salib sahaja dipatahkan so celah mana pemahaman kau tu pun dari hadis yang kita bicara? Pasal babi, Nabi Isa AS membunuh binatang tu atas perintah Allah Taala. Orang Islam dan Ahlul Kitab mana boleh makan babi in the first place dan ada je domestic livestocks ganti babi.

OTOH, Nabi Isa memerangi Dajjal dan pengikutnya, malah setelah memenangi perang, SELEPAS perang barulah Salib dipatahkan dan babi dibunuh.

Protoculture
post Aug 18 2019, 02:28 AM

Enthusiast
*****
Senior Member
903 posts

Joined: Oct 2004
From: MARS BASE


QUOTE(KineticKill @ Aug 18 2019, 01:02 AM)
2. Where is Malaysia in all these? Why all these events and the safe places only in Arabian peninsular and the surrounding areas? If all these events would come to pass, then all of humankind should move to Mecca and Medina?
*
Ini kerana kawasan sekitar As Shams memainkan peranan penting dalam Yaumul Qiyamah. Apabila Imamul Mahdi dibaiah di Makkah, tentera yang bakal memerangi Mahdi berasal dari As-Shams. Kemudian panji hitam dari Khurasan bangkit untuk membentuk pasukan tentera Mahdi mara ke Hejaz.

Mahdi dan tenteranya akan memerangi pemimpin Islam yang taghut, dan menyatupadukan umat Islam seluruh dunia. Umat Islam pada setelah umat Islam bersatu padu di bawah Imamul Mahdi ibarat superpower sehinggakan Rum satu superpower pada era itu bersekutu dengan Imam Mahdi menghadapi musuh yang sama sehinggalah musuh berkenaan dikalahkan.

Namun pengkhianatan Rum di Ash Sham akan menyaksikan perang besar Al Malhamah Kubro dimana setiap inci bumi Ash Sham jadi medan perang dalam tempoh 3 hari. Dahsyatnya perang itu sampaikan dalam sepertiga sahaja mujahidin yang survived dan menang pada hari terakhir akan mendapati mereka hilang segala2nya, jika ada 100 orang dalam satu kabilah, hanya tinggal seorang sahaja dari kabilah tu. Itu gambaran diberikan para ulamak dahsyatnya kesan Al Malhamah Kubra.

Kau baca tak naratif hadis? Seluruh Semenanjung Tanah Arab kacau bilau peperangan saudara dalam setahun sebelum Imam Mahdi dibaiah. In between Mahdi memerangi pemimpin Islam Taghut. Then kena lead tentera Islam bersekutu dengan Rum untuk fight against one common enemy. Kemudian followed by Al Malhamah Kubra vs Rum and its allies di Ash Sham.

Kau nak tahu mana peranan Malaysia? Simple. Jika pemerintah Malaysia taknak baiah Imam Mahdi padahal perintah Allah Taala suruh baiah, kau rasa macamana? Semua umat Islam setelah Imam Mahdi dibaiah dan diisytihar Khalifah akan merentas benua dan lautan untuk jadi tentera dia dan dekat dengan Imam Mahdi.

Mari aku bagitau engkau, tiada tempat yang selamat di dunia ni selepas Dajjal datang, walaupun Laknatullah tu tak boleh masuk Makkah dan Madinah. Itupun pada masa zaman Dajjal, Makkah dan Madinah akan dilanda gegaran gempabumi sehingga semua umat Islam fasik, munafiq lari meninggalkan kedua2 kota dan join Dajjal.

Imamul Mahdi pun tak mampu kalahkan Dajjal sehinggakan sakibaki umat Islam yang taat dengan Imam Mahdi terkepung di Damsyik, As Sham sehinggalah Nabi Isa diturunkan untuk membunuh Dajjal.

Kau sibuk fikir pasal Malaysia padahal by the time Imam Mahdi muncul, tiada lagi konsep negara2 Islam pelbagai batas sempadan, kebangsaan, nasionalis dan ras bangsa melainkan kita semua satu umat bernaung bawah Khilafah Ala Minhajin Nubuwwah. Masa Dajjal muncul, setakat mana kau boleh pikir sangat tanahair melainkan nak menyelamatkan keluarga kau dari fitnah Dajjal. Kang aku petik Yakjuj Makjuj menguasai dunia sampaikan Nabi Isa dan semua umat Islam pun terpaksa angkat kaki berlindung di pergunungan kau rasa kau boleh pikir bab Malaysia bila fate satu dunia at stake?
Protoculture
post Aug 18 2019, 02:49 AM

Enthusiast
*****
Senior Member
903 posts

Joined: Oct 2004
From: MARS BASE


QUOTE(KineticKill @ Aug 18 2019, 01:02 AM)
3. How about the people who live on Mars? Eventually humans are going to settle down there. Do dajjal and the 70k army need to hire SpaceX to go there as well?
*
Ini subject to interpretation. Tapi aku malas lah sebab ini subjektif.

Dia macam ni. Antara tanda besar Akhir Zaman adalah Ad Dukhan, iaitu berlaku asap / jerebu/ kabus berdebu besar menyelubungi dunia samada sebelum atau selepas kemunculan Imamul Mahdi. Kemungkinan besar akan affect teknologi however itu boleh dibahaskan lagi.

Ini rujukan Al-Quran:

QUOTE
“(Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat),

Yang akan menimpa seluruh keadaan manusia (yang kafir itu, sehingga mereka akan berkata: "Ini adalah azab yang sungguh menyakitkan".

(Surah Ad-Dukhan: 10-11)


Ada ilmuwan Islam yang mengkaji Yaumul Qiyamah mengatakan Ad Dukhan ni kesan hentaman meteor atau asteroid ada juga bagi pandangan mungkin supervolcano dan ada juga mengatakan ini mungkin awan radioaktif kesan peperangan nuklear. Wallahuallam.

Apa yang pasti, kesan Ad Dukhan ni menjejaskan ketamadunan manusia.

Jika ada koloni bulan dan Marikh sekalipun, berapa kerat umat Islam bermastautin kat sana. Cuba kau bayangkan jika human colonists cut off from direct commo and supplies from Earth and whatsoever Space Age tech become totally useless? Mati kering diorang kat sana.

Dajjal ada bantuan Jin Syaitan dan Master Fitna, menguasai sihir dan bila dia muncul, dia akan dianggap Saviour even Messiah oleh sebahagian besar umat manusia. Jika Imam Mahdi tak mampu menghalang fitnah Dajjal menguasai setiap inci Bumi, kau rasa halangan teknologi akan stop Dajjal?
Protoculture
post Aug 18 2019, 03:14 AM

Enthusiast
*****
Senior Member
903 posts

Joined: Oct 2004
From: MARS BASE


QUOTE(KineticKill @ Aug 18 2019, 02:10 AM)
Think about this logically. There’s a man appearing in Middle East, participating in a war and starting to break crosses. Furthermore, is it ok to break crosses? How does that look? Do I need to remind you that Christians live all over the globe? How are they convinced that their religion is wrong by the appearance of this man? No one knows how Jesus look like.
*
Kalau kau pakai logiklah, kau yakin Rukun Iman tentang Hari Kiamat? Ikut logik engkau juga boleh pakai ke Rukun Iman percaya kepada Malaikat? Qada' Qadar lagi?

Yaumul Qiyamah juga sama. Kita ni Rasulullah dah sampaikan macam mana nak waspada kemunculan tanda2 kecil dan tanda2 besar Kiamat itu semua open for all since 1500 years ago dan dibahas dikupas para sahabat, Imam2 besar, alim ulamak hingga ilmuwan Islam hingga sekarang.

Sebab itu kita kena mengaji. Aku bukan specialist agama, tapi aku make sure aku study bab Akhirul Zaman atleast aku boleh mengajar anak2 atau keturunan aku mempersiapkan diri untuk menghadapi fitnah Dajjal. Sebab bila Al Mahdi muncul, ramai umat Islam ada yang jahil dan ragu2 sebab itu aku takmau anak2 keturunan aku antara yang jahil era tu.

Aku berani konfirm kau sendiri belum betul2 tahu naratif dan kronologi Akhirul Zaman. Sebab tu soalan kau bersepah sana sini.

OTOH menguasai ilmu Akhirul Zaman juga membolehkan aku mematahkan hujah para simpatisan Daish aka ISIS yang hijack naratif Akhirul Zaman utk kepentingan ideologi mereka.

Back to the pernyataan ala2 logik tu, kau pun confuse ... kau maksudkan sapa, Imam Mahdi ke atau Nabi Isa?

Jika Imam Mahdi, dia bukan start perang, tapi dia muncul ketika peperangan saudara di Tanah Arab sedang berlangsung, disebalik kekacauan ketika musim haji dan tatkala umat Islam dianiayai orang kafir dan sesama Islam sendiri. Ya, dari perbahasan ulamak, era Imam Mahdi dipenuhi peperangan. Cuma kali ni dia lead umat Islam bawah satu panji kekhalifahan. Dari naratif juga kita tahu Imam Mahdi akan bersekutu dengan Rum, superpower Nasrani menentang musuh yang sama sehinggalah Rum mengkhianati umat Islam dan natijahnya perang Al Malhamah Kubra.

Nabi Isa pula turun akhir zaman untuk bunuh Dajjal dan sekaligus mematahkan Salib yang jadi tunjang kepercayaan Nasrani. Umat Nasrani dan agamawan mereka akan meninggalkan kepercayaan lama dan kembali ke jalan yang benar. Apalagi depa mau, Nabi Isa dah depan mata. Yang taknak ikut kekal kafir Nasrani as simple as that.
Protoculture
post Aug 18 2019, 03:25 AM

Enthusiast
*****
Senior Member
903 posts

Joined: Oct 2004
From: MARS BASE


QUOTE(KineticKill @ Aug 18 2019, 02:10 AM)
I’m not going to argue with you on the “perintah Allah” part. I don’t know what He’s planning or doing, but if you claim to have an idea, then you do you. However, killing all pigs because Muslims and Ahlul Kitab are forbidden from eating it is frankly, very strange. How about the buddhists in the area? Or atheists? Do they deserve to have their pigs killed?
*
Kan senang kau cakap tak tahu. Jika tak tahu pi tanya Ustaz yang pakar Akhirul Zaman kenapa Allah perintahkan Nabi Isa patahkan Salib dan bunuh semua babi.

Ini lebih kurang persoalkan kenapa Allah perintah semua umat Islam baiah Imam Mahdi. Atau kenapa Allah perintahkan Nabi Ibrahim untuk mengorbankan Nabi Ismail.

Dalam era Akhirul Zaman selepas kematian Dajjal di mana bila umat Islam dan orang kafir directly acknowledged each other as hi orang beriman dan hi orang kafir, ini zaman dah dekat sangat nak Kiamat. Tunggu masa pintu taubat tertutup.

Frankly speaking, I suggest kau cari pakar pi ngaji balik bab Akhirul Zaman.
Protoculture
post Aug 18 2019, 03:30 AM

Enthusiast
*****
Senior Member
903 posts

Joined: Oct 2004
From: MARS BASE


QUOTE(KineticKill @ Aug 18 2019, 02:16 AM)
Thing is, we don’t even know when is the akhirul zaman. Could it be when we become a truly spacefaring species? Could it be when the sun runs out of fuel and starts to engulf earth? And the technological advancement at such time could be very well unimaginable to us at the moment.
*
Padahal hadis dan Al Quran terang2an bagitau semua perkara Akhirul Zaman berlaku smack dab on Earth.

Nak cerita bab space faring padahal dan technological advancement padahal ada je setback ke atas ketamadunan manusia dari mula civilisation sampai sekarang from natural disasters to dark ages to geopolitical events that stunted both tech and knowledge.

Kau ni ngaji history dak?

Protoculture
post Aug 18 2019, 03:42 AM

Enthusiast
*****
Senior Member
903 posts

Joined: Oct 2004
From: MARS BASE


QUOTE(KineticKill @ Aug 18 2019, 03:01 AM)
See, the reason I asked you about Malaysia during this akhirul zaman is to obtain a tangible outcome or plan of action, or at least a logical one during that time. You can tell me a long-winded story of Imam Mahdi dibaiahkan (the description seems strangely close to how ISIS was formed, but we’re gonna gloss over that), then allying with Rum (which is a dead empire), then so much killing, but how does that translate into what we are, here and now? And I asked you, do we need to all move to Mecca and Medina?
*
Apa tangible outcome? Kau baca naratif Akhirul Zaman. Kau tapayana gloss over ISIS.

Kejahilan kau menunjukkan kau tak faham naratif Akhirul Zaman. Aku ni kira layman je pun but still aku boleh patahkan hujah ISIS wannabes

ISIS mengharapkan kejahilan umat Islam so depa manipulate End of Days narrative.

Kekhalifahan ISIS kononnya Khilafah Ala Minhanjin Nubuwwah. NOPE WRONG. Sebab naratif Akhirul Zaman jelas bahawa Khilafah Ala Minhajin Nubuwwah ditubuhkan oleh Imam Mahdi sehingga diteruskan Nabi Isa. So awal2 hilang legitimacy Abu Bakr AlBaghdadi.

ISIS adalah tentera panji hitam. NOPE WRONG. Tentera Panji Hitam muncul di Khurasan, bukan Iraq atau Syria.

ISIS pusat pemerintahan di Syria (As Shams )/ Iraq. Padahal As Sufyani penguasa As Shams di era Mahdi memerangi Al Mahdi.

Itu baru sikit je. Yep aku gunakan every freaking hujah berdasar hadis dan ayat Quran mematahkan naratif songsang ISIS memanipulasi Akhirul Zaman ikut interpretasi kepala lutut depa.
Protoculture
post Aug 18 2019, 03:56 AM

Enthusiast
*****
Senior Member
903 posts

Joined: Oct 2004
From: MARS BASE


QUOTE(KineticKill @ Aug 18 2019, 03:08 AM)
This is not subjective. Technology moves forward. It doesn’t care about dajjal nor Imam Mahdi nor akhirul zaman. These people who plan to go to Mars don’t stop themselves and think that it is undoable. They don’t have such limitations in their thought process.

You are assuming a lot here. Assuming that akhirul zaman will come before space tech and colonies are fully matured. Assuming that only a few muslims will live there (btw, number doesn’t matter). Assuming that we’d only go to moon and Mars. Have you ever stop and consider that human might one day traverse through the galaxy, making our home at other solar systems? What then?
*
History tends to repeat itself. Apa kau ingat technology tak become stagnant? Apa kau ingat technology will not become useless following worldwide disaster, terrestials or otherwise? Kau rasa what will happen following 3rd WWW with full nuke arsenals? Atau what will happen if a major solar flare hits Earth and other Sol-planetary bodies?

Benda penamat teknologi ketamadunan manusia pun di kaji dibahas oleh saintis moden.

Anything could go haywire or ended up southways subject to whatever terrestial events up to cosmological event that could shake up humanity upside down.

Dan kau ingat human by far too enlightened in Space Age? LOLZ. Bhai, era satelit baru conquer sub-orbital Earth pun sibuk major superpowers create arms race dengan sub orbital armed military satts, kau ingat humanity will not being in war over territorial expansion, fuel source, resources and ideologies to space?

Be realist la. Whatever fucuked things we do on Earth, we will repeat in space. Paling simple, sampah kat mukabumi tak terurus, sampah kat sub orbital pun dah bertimbun dengan debris from various old satts etc. Duh.
Protoculture
post Aug 18 2019, 04:12 AM

Enthusiast
*****
Senior Member
903 posts

Joined: Oct 2004
From: MARS BASE


QUOTE(KineticKill @ Aug 18 2019, 03:35 AM)
There are things called sam’iyyat, of which we have to have faith on, i.e angels, soul, heaven, hell etc. I have no problem believing those because I do believe there are things beyond the comprehension of our senses. But these stories you’re telling me is supposedly real, tangible events, yet the stories are illogical. It is akin to forcing me to let go of my sense and reason to things that are literally, supposedly occurring in front of my eyes.


Begitu juga Yaumul Qiyamah. Cer terangkan logik kenapa Nabi Isa turun ke Bumi after long time semata2 nak bunuh Dajjal?

QUOTE
You can assume whatever you want to assume about me, but I can tell you this: I didn’t enter this discussion blind. I did learn about all these stuff. And I believe that religion must withstand the test of fact and evidence, logic and reason. Sure, there’s faith involved, but if everything you want to put on faith whilst logic is standing in front of you, that just feels off.


Aku tak mau kisah nak assume kau tu apa. Kau nak evidence logic dan reason, aku tepek sebutir2 ayat Quran dan Al Hadith. Tugas kau pegi kaji pegi belajar dan bertanya dengan pakar. Oh BTW, tak semua Ustaz pakar Yaumul Qiyamah. Kat Malaysia ni pun berapa kerat sangat. Pandai2 la kau mencari.

QUOTE
And yes, I was talking about Jesus. You’re assuming Christians will leave their belief because Jesus is standing in front of them. I asked you, do they know how Jesus looks like? Do you know? How are they convinced that that guy who appeared in Middle East and breaking crosses is Jesus?
*
Ada will renounce ada will continue their old faiths. Benda terang jelas dalam naratif hadis bila kau ignore apa aku dah letak. Kan ada je orang kafir tak kisah apa agama diorang sebelum, semasa dan selepas Al Mahdi /Nabi Isa.

Even orang kafir akan jadi majoriti by the last stages of the Hour.

Aku will end discussion here as I'll not be around to login in /k for a foreseeable future due to work life commitments. Kau boleh pegi tered Muslim kat Serious Kopitiam dan bincanglah ngan member kat sana.

/k bukan sesuai pub discuss Islamic Eschatology.

Kesimpulan, we can agree to disagree. Thank you for making me korek balik ilmu yang aku pelajari selama ni utk dikongsi.


Bump Topic Add ReplyOptions New Topic
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0266sec    1.74    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 23rd December 2025 - 12:14 PM