Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

> Najib: Saya Sudi Bantu Lim Kit Siang Mengesan, Cybertrooper Dikatakan Diupah Oleh Saya News

views
     
TSironmaid89
post Jul 15 2019, 09:41 AM, updated 7y ago

New Member
*
Newbie
3 posts

Joined: Aug 2012


Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sudi untuk membantu Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang untuk mengesan laskar siber atau 'cybertrooper' yang dikatakan diupah oleh beliau.

Ini susulan Penasihat DAP itu dilaporkan memberi cadangan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis untuk menyiasat pembiaya laskar siber seperti yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Najib Razak.

"Hari ini, MenHEN kata dia nak tangkap cybertooper yang sering kecam dia. Dia tuduh sayalah yang bayar 'cybertooper-cybertrooper' ini.

"Ok. Saya sudi tolong MenHEN. Kat link ini mungkin ada banyak cybertrooper yang dicari-cari dia:
https://www.facebook.com/Malaysiakini/posts...22990906," tulis Najib dalam satu hantaran di Facebook.

Najib berkata, beliau tidak faham mengapa ramai yang meluahkan kemarahan terhadap Kit Siang di Facebook, "Tapi saya ucapkan selamat menangkap kepada MenHEN."

Memetik laporan Malaysiakini, Kit Siang dalam satu kenyataan media semalam berkata, Najib mempunyai rekod menyebarkan pembohongan dan merupakan 'bapa' kepada laskar siber yang digunakan untuk menyerang pembangkang.

Kit Siang berkata, beliau menganggarkan Najib telah menghabiskan puluhan atau bahkan ratusan juta ringgit untuk projek (cybertrooper) ini yang antara lain, memberi keyakinan kepadanya bahawa dia akan menang besar dalam PRU14, malah memperoleh semula majoriti dua pertiga parlimen.


"Selama beberapa bulan selepas kekalahan Umno-BN yang tidak dijangka pada 9 Mei 2018, cybertroopers berkenaan tidak muncul di media sosial.

"Tetapi kini mereka telah kembali ke media sosial Malaysia untuk membalas dendam, yang bermaksud bahawa dana untuk tentera cybertroopers penyebar kepalsuan ini telah disusun semula dan dilengkapkan.

"Mungkin ini tip bagi SKMM dan polis, untuk menyiasat pembiaya cybertroopers dalam media sosial dalam kempen untuk memerangi mesej palsu," kata Kit Siang.

Kit Siang berkata demikian sebagai respon kepada ucapan Najib baru-baru ini di mesyuarat agung Umno Bahagian Pendang yang mana beliau mendakwa pemimpin DAP mencadangkan penubuhan Bersatu untuk memecah belahkan politik orang Melayu.-UTUSAN ONLINE

http://m.utusan.com.my/berita/politik/baya...-siang-1.936936
TSironmaid89
post Jul 15 2019, 10:11 AM

New Member
*
Newbie
3 posts

Joined: Aug 2012
QUOTE(drug5 @ Jul 15 2019, 10:06 AM)
Wat is menHen btw?
*
Menteri Hal Ehwal Najib

DATUK Seri Najib Tun Razak sekali lagi memberikan komen sinis terhadap penasihat DAP, Lim Kit Siang dengan mengatakan bahawa beliau patut melantik dirinya sebagai 'Menteri Hal Ehwal Najib'.

Bekas perdana menteri itu membuat kenyataan tersebut di Facebook, sebagai tindak balas kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Kit Siang mengenai dirinya.

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2019/...B6c51ysG42vO.99

Bump Topic Add ReplyOptions New Topic
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0160sec    0.48    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 4th December 2025 - 06:29 AM