Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

> LHDN seeking RM 1.7 Billion from Najib

views
     
periuk_api1209
post Jul 5 2019, 06:08 PM

New Member
*
Newbie
3 posts

Joined: Feb 2012
https://nthqibord.com/2019/07/04/najib-jawa...-rm1-69-bilion/

Najib tampil memberi penjelasan melalui Facebook beliau.

Terlebih dahulu, saya tegaskan sekali lagi bahawa affidavit kerajaan PH sendiri telah membuktikan bahawa saya telah melaporkan dan membayar cukai LHDN setiap tahun tanpa gagal.

Laporan media hari ini juga memberi pecahan denda RM1.69 bilion.

Jika diperhatikan, ia jelas menunjukkan bahawa cukai ini dikenakan ke atas apa yang diterima dari derma dan sumbangan luar negara dalam akaun beliau.

Ini termasuk sumbangan dari Menteri Kewangan Arab Saudi dan putera Arab yang telahpun disahkan oleh pegawai bank dalam perbicaraan kes SRC.

“Wang yang diterima sebagai derma sebenarnya tidak dikenakan cukai. Begitu juga wang dari sumber asing dan dana politik. Tapi PH masih mahu denda saya,” kata Najib.


Kalau diperhatikan juga, nilai denda cukai terbesar adalah untuk tahun 2013 di mana akaun beliau menerima dana yang disebut RM2.6 bilion itu.

Pegawai bank juga telahpun sahkan dalam mahkamah bahawa dana ini telah dipulang kepada penghantar selepas empat bulan diterima.

Anehnya menurut Najib, wang diterima dari luar negara dan dihantar balik empat bulan kemudian dalam tahun yang sama pun dikatakan oleh kerajaan PH adalah pendapatan (income).

Menurut Najib lagi, sejak PRU14 , sudah ada banyak bukti di mahkamah dan dari penjelasan penerima dana bahawa semua dana yang diterima telah digunakan untuk projek kebajikan sama ada terus kepada rakyat atau program kebajikan melalui NGO dan parti politik.

Beliau memberi contoh, Jakel baru-baru ini menjawab iaitu bayaran kepada mereka dari akaunnya adalah untuk membekalkan kain jubah bagi semua program-program amal (untuk imam, tahfiz dan termasuk 7 ribu masjid-masjid di seluruh negara dan untuk bekalan kain untuk mangsa-mangsa banjir antara tahun 2011 dan 2014).

“Sepatutnya penggunaan dana untuk CSR boleh ditolak dari cukai tapi mereka tetap mahu denda saya.”

“Lagi menakjubkan ialah kerajaan PH telah dakwa saya di Mahkamah bahawa dana-dana yang saya terima itu adalah wang haram,” kata Najib.

Yang peliknya, LHDN bawah kerajaan PH pula anggap ini bukan wang haram tetapi “pendapatan sah” yang perlu dicukai pula.

Takkan wang yang haram pun kerajaan PH mahu cukai?

Namun, Najib mengakui bahawa kuasa kini di tangan PH dan mereka boleh buat apa sahaja yang mereka suka. – 4 Julai 2019

This post has been edited by periuk_api1209: Jul 5 2019, 06:10 PM

Bump Topic Add ReplyOptions New Topic
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0148sec    0.81    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 13th December 2025 - 02:28 AM