https://www.parlimen.gov.my/files/jindex/pdf/JDR26072022.pdf
» Click to show Spoiler - click again to hide... «
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Secara amnya, skim “Cash Trust” dipromosikan oleh syarikat-
syarikat amanah (cash trust companies) yang ditubuhkan di bawah Akta
Syarikat Amanah 1949 [Akta 100] yang ditadbir oleh Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM). Dalam hal ini, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah
menerima aduan-aduan dan pertanyaan-pertanyaan tentang status skim
“Cash Trust” yang ditawarkan kepada masyarakat Malaysia. Aduan serta
pertanyaan yang diterima oleh SC akan dianalisis serta disiasat untuk
memperoleh maklumat dan bukti terperinci bagi menentukan sama ada
terdapat sebarang pelanggaran undang-undang sekuriti dan garis
panduan SC. Siasatan yang dilaksanakan termasuklah temuduga dengan
individu-individu yang relevan untuk memahami dan mengesahkan fakta-
fakta kes tersebut.
Tindakan yang sewajarnya akan di ambil oleh SC sekiranya
pelanggaran dapat dibuktikan selepas siasatan serta proses sewajarnya
(“due process”) telah dilaksanakan. Ini kebiasaannya akan mengambil
masa yang lama.
Oleh kerana syarikat-syarikat amanah adalah dalam bidang kuasa
SSM, SC juga telah menasihatkan pengadu dan penanya supaya turut
mengemukakan aduan dan pertanyaan mereka kepada SSM. Untuk
tujuan mempertingkatkan keberkesanan siasatannya, SC juga akan
bekerjasama dengan pihak berkuasa lain yang berkaitan.
Sekian, terima kasih.

SSM mengawal selia dan menguatkuasa Akta - Akta ini dan akan
menjalankan siasatan sekiranya terdapat perlanggaran atau kesalahan
yang dilakukan di bawah Akta - Akta ini. Akta Syarikat Amanah 1949
adalah Akta yang mentadbir syarikat amanah di Malaysia dan setakat 30
Jun 2022 terdapat 41 syarikat amanah yang berdaftar dengan SSM.
SSM mendapati ‘Cash Trust’ adalah satu skim pelaburan di mana
syarikat amanah atau syarikat mengutip deposit daripada orang awam
dan perkara ini adalah di luar bidang kuasa undang - undang yang
ditadbir oleh SSM. Pengambilan deposit tanpa memiliki lesen adalah
merupakan satu kesalahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan
2013 yang ditadbir oleh Bank Negara Malaysia.
SSM tidak mempunyai kuasa bagi menjalankan siasatan melibatkan
syarikat - syarikat amanah dan syarikat - syarikat sendirian berhad yang
berpakat mengutip deposit awam secara haram dengan skim ‘Cash
Trust’
. SSM telah merujuk isu ‘Cash Trust’ ini kepada Bank Negara
Malaysia sekiranya terdapat perlanggaran di bawah Akta Perkhidmatan
Kewangan 2013. Selain itu, SSM juga telah merujuk kepada
Suruhanjaya Sekuriti sekiranya skim pelaburan tersebut melanggar
peraturan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.
Sekian, terima kasih.
Jul 30 2022, 11:15 PM
Quote
0.0286sec
0.38
7 queries
GZIP Disabled