Analisis Pasaran untuk Solarvest
Sistem solar PV di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu sistem luar grid dan sistem sambungan grid. Solarvest menjalankan aktiviti yang melibatkan sistem sambungan grid, maka ia akan menjadi fokus kita untuk bacaan ini.
Sistem sambungan grid adalah penetapan sistem yang membolehkan kuasa yang dijana melalui panel PV dibekalkan ke dalam rangkaian tenaga. Kuasa yang dibekalkan ke dalam rangkaian tenaga ini dibeli oleh syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional. Polisi pembelian kuasa yang dijana oleh pihak ketiga ini adalah dinamakan Feed-in Tariff. Di samping sebagai teknologi hijau, polisi inilah yang juga menarik perhatian pelbagai sektor termasuk orang awam untuk membeli atau melabur dalam sistem solar PV. Polisi ini telah pun digantikan dengan NEM yang membenarkan penjualan tenaga dengan pengiraan yang berlainan.
industri solar CAGR CAGR untuk industri solar 2018-2023
Protégé Associates menjangka masa depan yang baik untuk industri solar PV di Malaysia dengan CAGR sebanyak 50% untuk jangka masa 2018 hingga 2023. Faktor yang menjadi tunjang pengembangan sektor ini adalah polisi atau program kerajaan untuk penjualan tarif tenaga.
Syarikat lain yang bersaing dengan Solarvest dalam industri yang sama adalah seperti di bawah. Antara syarikat tersenarai yang boleh dibandingkan ialah CYPARK. Selain itu semuanya adalah syarikat sendirian berhad. PE ratio untuk CYPARK berada pada angka 8.2 manakala Solarvest pada 12.5, yang masih dikira tak terlalu mahal.
Dana pembangunan bisnes akan digunakan untuk melebarkan tapak ke luar negara seperti Vietnam dan Taiwan. Mereka merancang untuk membentuk JV dengan syarikat tempatan untuk projek solar PV di masa akan datang. Dana akan digunakan untuk membuka pejabat, peralatan dan penggajian pekerja tempatan Taiwan dan Vietnam. Perbelanjaan modal akan digunakan untuk pelbagai peralatan, modal projek dan operasi harian. Bayaran bank pula adalah RM5 juta yang merupakan 14.5% daripada keseluruhan dana IPO.
Perkara yang positif untuk saham ini adalah ia berada dalah sektor yang diberi perhatian oleh kerajaan. Polisi kerajaan untuk bayaran tarif juga memainkan peranan untuk menjadikan sektor ini menarik kepada umum. Tambahan pula, pelbagai pelepasan cukai diperuntukkan dalam sektor ini dalam perbentangan belanjawan 2020. Ini sedikit sebanyak dapat memberi galakan kepada kegiatan perniagaan sektor tenaga hijau ini.
why is always IPO company have higher PE than already listed company...