Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

> Teksi serah Warkah ke Istana Negara, Masih tak puas hati dengan Grab

views
     
TSBoy96
post Mar 11 2019, 06:27 PM, updated 7y ago

That's a tripod.
*******
Senior Member
3,848 posts

Joined: Dec 2009
From: Ampang


user posted image

Alhamdullilah dan terima kasih kepada diucapkan kepada pihak Istana Negara yang telah bersiap sedia menerima kunjungan kami.

Tidak lupa ucapan terima kasih turut diucapkan kepada sahabat-sahabat yang sanggup berkorban masa dan tenaga untuk bersama-sama kami bagi sisi penyerahan Warkah kepada Istana Negara untuk di persembahkan kepada KDYMM Agung. Semoga apa yang diusahakan diberkati Allah hendaknya.


user posted image


Kami terpaksa memohon perkenan KBYMM Agung untuk masuk campur dan membantu kami setelah Kerajaan Pakatan Harapan menerusi Menteri Pangangkutan YB Anthony Loke bersikap dingin dan enggan mengadakan sebarang rundingan dengan pihak kami (GTSM) sekalipun kami telah berkali-kali menghantar surat rasmi kepada Kementerian beliau.

user posted image

Sekalipun YB Anthony Loke telah berjanji akan mewajibkan semua pemandu-pemandu kereta sapu e-hailing khusunya Grab mematuhui peraturan yang sama dengan teksi pada 12 Julai 2019, namun kami mendapati peraturan yang bakal diwajibkan kepada pemandu-pemandu kereta sapu e-hailing itu masih tidak menyerupai peraturan yang telah dikenakan kepada pemandu teksi selama ini.


user posted image

Terdapat kecurangan yang jelas di dalam peraturan yang bakal diwajibkan kepada pemandu-pemandu kereta sapu e-hailing pada Jun 2019. Aspek keselamatan yang dahulunya amat dititik beratkan kini telah dikompromi demi menjaga kepentingan syarikat e-hailing yang sebahagian besarnya dimiliki oleh individu perseorangan yang berbangsa cina, sedangkan seluruh warga pemandu teksi mahupun pemandu-pemandu kereta sapu e-hailing yang menjoritinya berbangsa melayu diwajibkan dan diarah mematuhi undang-undang.

Bukan kami ingin meniupkan isu perkauman, tetapi itulah hakikatnya, kami tidak membantah e-hailing diberi tempat di dalam industri kami, tetapi kami hanya menuntut kesamarataan yang benar-benar adil diberikann kepada kami dan mereka yang terlibat dengan aktiviti kereta sapu e-hailing.

Kesimpulannya :
Sekalipun pencabulan undang-undang yang dilakukan oleh Grab tanpa dikenakan tindakan undang-undang kini mencecah usia 5 Tahun, namun sehingga kini Grab tidak mampu membantu Agensi Kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan untuk menaiktaraf mutu perkhidmatan teksi di Negara ini, melainkan turut menyumbang kepada peningkatan kes jenayah di dalam industri teksi Negara.

Persoalanya :
Sampai bilakah Kerajaan akan mengamalkan budaya mengadai kebajikan warga pemandu kepada syarikat..?



http://kamalpersim.blogspot.com/2019/03/pe...-negara_11.html

This post has been edited by Boy96: Mar 11 2019, 06:29 PM

Bump Topic Add ReplyOptions New Topic
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0142sec    0.45    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 7th December 2025 - 10:37 AM