Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

> Peniaga: Piza Sambal Hitam Dan Petai Di Jerantut, Mampu Jual 300 Keping Piza Sehari News

views
     
TSironmaid89
post Feb 6 2019, 03:15 PM, updated 7y ago

New Member
*
Newbie
3 posts

Joined: Aug 2012
user posted image
Nor Rosidah menunjukkan piza yang siap ditempah

PIZA sambal hitam dan petai, itu menu unik dihidangkan di Restoran Pizza Anak Dol di Kampung Bukit Dinding, Jerantut, yang kini mendapat sambutan menggalakkan di daerah berkenaan.

Pemilik restoran itu, Nor Rosidah Osman, 30, berkata walaupun pada mulanya ada pelanggan pelik mendengar menu menggabungkan unsur barat dan tempatan itu, namun ia mendapat maklum balas positif selepas mereka mencubanya.

Menurutnya, idea menghasilkan piza itu tercetus apabila menyedari makanan barat seperti piza tidak begitu popular di daerah berkenaan.

“Sambal hitam sememangnya popular kerana ia tradisi masakan Pahang dan dari situ saya terfikir untuk menyediakan ‘topping’ berkenaan bersama satu lagi menu, sambal petai.

“Kedua-dua menu ini tiada di restoran lain, ada pelanggan dari luar Pahang datang ke Jerantut semata-mata untuk menikmati dua menu berkenaan,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
user posted image

Nor Rosidah berkata, penduduk tempatan lebih menggemari makanan pedas berbanding manis dan keunikan piza hidangannya dilihat menarik minat orang ramai, khususnya di luar bandar untuk mencuba makanan berasal dari Itali itu.

Katanya, dia mampu menjual sehingga 300 keping pizza sehari pada hari biasa dan jumlah berkenaan meningkat sehingga 500 keping pada hujung minggu atau cuti umum.


“Saya mempunyai kilang mini yang menyediakan piza sejuk beku di Kampung Tebing Tinggi dan dibantu seramai 13 pekerja,” katanya.

Nor Rosidah yang memulakan perniagaan sejak Oktober lalu bersama suaminya, Mohd Johari Abdul Mutalib, 41, berkata, restorannya juga menyediakan sembilan menu piza lain, antaranya Ayam Aloha, Thousand Island dan Chezzy Lover.

Menariknya, restoran milik pasangan suami isteri ini turut memberikan piza secara percuma kepada ibu mengandung pada setiap Rabu.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/02/...m-petai-meletop

Bump Topic Add ReplyOptions New Topic
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0137sec    0.74    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 15th December 2025 - 09:40 PM