#TMNews
Hari ini, kami menerusi anak syarikat kami, TM Multimedia (TMM), mengumumkan kerjasama dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), yang menjadikan kami sebagai Penaja Utama untuk Piala Malaysia yang akan dikenali sebagai ‘TM Piala Malaysia’. Kerjasama ini juga menjadikan kami sebagai penaja bersama untuk Liga Super Malaysia, Piala FA, Liga Perdana dan Piala Cabaran Malaysia. ⚽
Penajaan ini meliputi hak penyiaran eksklusif, mudah alih dan penstriman secara online untuk Piala Sumbangsih, Liga Super, Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia, di kesemua platform unifi TV. Perjanjian selama tiga tahun ini juga membuktikan sokongan dan komitmen berterusan kami dalam membangunkan arena bola sepak tempatan dan meningkatkan prestij sukan Malaysia untuk negara.
Menerusi perkhidmatan TV langsung dan penstriman video kami, unifi TV, SEMUA perlawanan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia akan dibawa secara eksklusif dan LANGSUNG bermula dengan perlawanan Piala Sumbangsih pada 28 Februari 2020 yang akan ditayangkan menerusi lima saluran sukan unifi (unifi TV saluran 701-705) dan juga kesemua perlawanan mingguan secara serentak.
Kami sesungguhnya amat teruja untuk menjalin kembali kerjasama dengan MFL, seterusnya menjadikan TM sebagai penaja paling lama untuk sebuah acara bola sepak di Asia Tenggara. Menerusi kerjasama ini, para peminat bola sepak tempatan di seluruh negara dapat menikmati Liga Malaysia dan menonton pasukan kegemaran mereka beraksi secara eksklusif di platform unifi TV dan aplikasi unifi PlayTV pada bila-bila masa dan di mana sahaja bertepatan dengan visi kami, menjadikan #HidupLebihMudah demi kesejahteraan Malaysia dan ke arah merealisasikan aspirasi #NegaraDigital. 🇲🇾
Lagi berita:
http://bit.ly/TMNews7Feb20----
Today, via our subsidiary TM Multimedia (TMM), we announced our collaboration with Malaysian Football League (MFL), which elevates TM as the Title Sponsor for Piala Malaysia, and as a co-sponsor for Liga Super Malaysia, Piala FA, Liga Premier and Challenge Cup. âš½
This partnership will cover exclusive broadcast, mobile and online streaming rights for Piala Sumbangsih, Liga Super, Liga Premier, Piala FA and Piala Malaysia on all unifi TV platforms. The three-year agreement stands as a testament to our continuous support and commitment in developing the local football scene and raising the prestige of Malaysian sport for the nation.
Through our Live TV and video streaming service, unifi TV will exclusively carry ALL the LIVE matches for Liga Super, Piala FA and Piala Malaysia from 28 February 2020 starting with Piala Sumbangsih through five unifi sports channels (unifi TV Ch 701-705) to feature all weekly matches concurrently.
We are thrilled to rekindle our partnership with MFL, making TM the longest-running sponsor for a football event in Southeast Asia. Through our partnership, football fans across the nation can now enjoy Liga Malaysia and watch their favourite teams in action exclusively on unifi TV platforms and via unifi PlayTV app anytime and anywhere, true to our vision of making life easier for a better Malaysia and towards realising the nation’s #DigitalNation aspirations. 🇲🇾
More news:
http://bit.ly/TMNews7Feb20#KamiTeamMalaysia
#DigitalMalaysia
#LifeMadeEasier