Untuk:
Kementerian Jabatan & Agensi Kerajaan
Institusi Pendidikan & Sekolah
Individu & Keluarga
KARISMA DISCOVERY CENTER SDN. BHD.
LATAR BELAKANG
Diwujudkan sebagai syarikat persendirian pada tahun 1993 dan menjadi syarikat Sendirian Berhad pada tahun 1997. Dibangunkan sebagai syarikat perundingan dan latihan milik penuh Bumiputera melalui pengalaman keusahawanan, perundingan dan latihan di peringkat multi-nasional dengan syarikat bersekutu Paximej (M) Sdn. Bhd.
Pada masa ini, syarikat ini dibina di atas kekuatan utamanya dalam bidang latihan kepada agensi-agensi kerajaan melalui program yang berbentuk motivasi dan pengalamanpembelanjaran (experential learning).Karisma Discovery Center Sdn. Bhd. mempunyai perniagaan utama yang meliputi bidang yang luas mengenai industri ini, dan mempunyai pasukan pakar yang hebat dan kakitangan sokongan teknikal. Karisma Discovery Center Sdn. Bhd. mengemukakan lingkungan teknikal dalam Pengurusan,
Perkhidmatan Kualiti, Pembuatan, Kawalan Pengeluaran TQM, ISO 9000, Motivasi,
Pembangunan Potensi Diri, Pengeluaran Pasukan Kerja, dan Anugerah Insentif Kakitangan.
FALSAFAH SYARIKAT
"Kami percaya bahawa ada satu cara sahaja untuk berjaya iaitu meletakkan nilai yang tinggi terhadap modal insan. Izinkan kami membantu kakitangan organisasi anda mengubah diri mereka menjadi insan yang mampu menghadapi segunung cabaran di masa hadapan."
Syarikat kami percaya bahawa dalam persekitaran yang dinamik hari ini, kita memerlukan kefahaman yang lebih meluas perihal bagaimana kita boleh berjaya dalam kehidupan. Tempat kerja atau tempat belajar hari ini penuh dengan maklumat dan interaksi antara insan. Ia adalah dunia di mana pengetahuan, kemahiran, sikap dan perilaku anggotanya akan mencorak budaya organisasi, menentukan puncak kejayaan dan prestasi organisasi tersebut di masa hadapan. Maka, untuk berjaya, adalah penting setiap ahli organisasi dilatih untuk menemui idea yang bernas untuk memahami potensi diri dan tempat kerja mereka. Matlamat organisasi ialah menghasilkan individu yang sihat, membina martabat dan harga diri yang baik dan berfikiran kreatif. Seseorang yang mengetahui mekanisme dirinya dan realiti di sekelilingnya serta bertanggungjawab dalam pembinaan diri dan dunianya. Di Karisma, kami menggabungkan kemahiran teknikal dan pengetahuan terkini untuk membimbing bagaimana menyiapkan individu yang unggul untuk pembinaan modal insan yang unggul di ambang abad 21.
AKTIVITI PERNIAGAAN
1. PROGRAM LATIHAN
Kami menyediakan program latihan kepada semua peringkat pekerja di syarikat anda
seperti:
a. PROGRAM LATIHAN AWAM
Kami tawarkan 10 hingga 12 seminar untuk individu dan kumpulan kecil setiap
tahun.
b. PROGRAM LATIHAN MENGIKUT TEMPAHAN
Kami menyediakan program latihan mengikut tempahan dan kehendak spesifikasi
pelanggan untuk jangkamasa 1 hingga 5 hari.
c. SISTEM LATIHAN LENGKAP STEP (STEP COMPLETE TRAINING SYSTEM)
Pakej latihan yang lengkap untuk Pengurusan, Eksekutif, Penyelia, tenaga Pekerja
Pejabat dan Pekerja Am, sistem yang berkesan untuk keseluruhan pembangunan
pekerja.
2. PROGRAM BERBENTUK KEM
Dengan adanya perhubungan dengan Malaysia Summer Camps Association, kami
tawarkan pelbagai konsep kem untuk mereka yang berumur 12-65 tahun.
a. SUMMER CAMP
Semenjak 1993, syarikat kami telah menjalankan program summer camp untuk
para remaja, pelajar sekolah, belia dan penuntut kolej atau universiti. Kem ini
bertujuan untuk membantu remaja dan pelajar menguasai pelbagai kemahiran
seperti kepimpinan, pengurusan organisasi perhubungan, kemahiran iktiar hidup,
pengalaman pembelajaran dan kerjasama berpasukan.
b. KEM KEMBARA LUAR
Dengan berkonsepkan keseronokan, kemeriahan dan kesihatan, kami akan
membimbing anda untuk menghayati segala kegiatan lasak yang terdapat di sini.
3. ADVENTURE COMMUNITY
Melalui syarikat bersekutu kami, iaitu Paximej (M) Sdn. Bhd. pihak syarikat telah
menyediakan pelbagai ruang untuk menyertai aktiviti luaran kepada golongan dewasa dan
pelajar. Antara pakej yang diperkenalkan adalah meneroka hutan, mendaki gunung, berakit,
memancing dan "orienteering". Juga menyediakan e-group adventure community.
AKTIVITI PERNIAGAAN
4. PENGURUSAN PROJEK
Di dalam usaha untuk mengekalkan kedudukan syarikat sebagai penyedia utama program
latihan luaran, pihak syarikat telah terlibat dalam menerbitkan buku direktori, The Malaysia
Sports & Recreation Tourism Guide 1998, yang merupakan buku direktori pertama di negara
ini. Buku ini bertujuan untuk membentuk kesedaran orang ramai terhadap peluang untuk
menyertai aktiviti luar dan rekreasi. Pihak syarikat juga telah menyediakan pusat maklumat
untuk Malaysia Sports & Recreation Information Resource Centre untuk mengumpul dan
mengedarkan informasi mengenai semua jenis dan peluang rekreasi di dalam negara ini.
Sila layari www.adventurecommunity.com
5. PENGURUSAN ACARA
Pihak syarikat telah terbabit secara aktif dalam menjayakan projek-projek yang memberi
faedah kepada negara. Pada Julai 1999, pihak syarikat telah menganjurkan 2nd Asian Sports
Tourism Conference di Kuala Lumpur. Juga menganjurkan "Adventure Community Carnival
& Exhibition 2002" dan Majlis Pengiktirafan Acara-acara Sukan Pelancongan Malaysia 2003.
[b]RASIONAL MENGGUNAKAN KHIDMAT KARISMA DISCOVERY CENTER SDN. BHD.
[/b]
1. Perunding Karisma Discovery Center Sdn. Bhd. adalah pakar dalam bidang pembangunan
sumber manusia tidak kira pekerja, belia, pelajar, pesara dan surirumah dalam semua sektor
organisasi atau institusi.
2. Dengan menggunakan khidmat Perunding Karisma Discovery Sdn. Bhd. organisasi anda
boleh menjimatkan sumber dalaman, masa dan memaksimakan guna tenaga untuk
berfungsi lebih berkesan, maka memaksimakan manfaat kos terlepas untuk organisasi anda.
3. Para peserta akan lebih bermotivasi dan terbuka dalam meraih ilmu dan kemahiran apabila
mereka mengetahui penglibatan perunding luar bebas.
4. Perunding Karisma Discovery Center Sdn. Bhd. mempunyai kawalan yang lebih baik
berhubung program dan jadual latihan serta tiada penangguhan.
5. Perunding Karisma Discovery Center Sdn. Bhd. lebih sistematik dalam pendekatan
mereka dan mampu untuk menyatukan kakitangan atau peserta tanpa sebarang perasaan
berat sebelah terhadap sesuatu kelompok.
6. Karisma Discovery Center Sdn. Bhd. mempunyai gabungan perunding latihan
tempatan dan luar negara yang berpengalaman luas dan memberikan kualiti
perkhidmatan yang tertinggi.
7. Perunding Karisma Discovery Center Sdn. Bhd. melaksanakan latihan dengan
pendekatan yang sistematik di setiap peringkat dan melintasi setiap jabatan, serta
menyediakan taraf latihan, pelaksanaan, pemeriksaan, dan persijilan yang tetap.
8. Perunding latihan Karisma Discovery Center Sdn. Bhd. juga mesra dalam pergaulan dan amat
profesional dari sudut teknik latihan mereka.
9. Semua program boleh dilaksanakan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
10. Izinkan Perunding Karisma Discovery Center Sdn. Bhd. menjadi rakan latihan
sumber manusia organisasi anda dan lepaskan semua bebanan pengurusan dan
pengendaliannya kepada kami.
11. Dengan menggunakan khidmat Perunding Karisma Discovery Center Sdn. Bhd. saksikan
kelompok sumber manusia organisasi anda bertukar menjadi pasukan yang bermotivasi,
bermahiran, berkeyakinan dan profesional.
12. Pakej Sistem Karisma Discovery Center Sdn. Bhd. yang lengkap bermakna anda tidak perlu
lagi menghabiskan masa dan tenaga untuk mencari berbagai jenis perunding yang
berbeza kerana kami menawarkan perkhidmatan latihan setempat (one-stop training
service center).
13. Capailah kejayaan untuk diri anda sendiri dan kecemerlangan untuk organisasi anda.
ORGANISASI YANG MENGGUNAKAN KHIDMAT KARISMA DISCOVERY CENTER SDN. BHD
SEKTOR KERAJAAN
Angkatan Tentera Malaysia
Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor
Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi
Kementerian Hal-Ehwal Dalam Negeri
Jabatan Pengairan & Saliran
Majlis Bandaraya Shah Alam
Jabatan Penerangan Malaysia
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Jabatan Pertanian
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan
Kementerian Pendidikan Malaysia
SEKTOR KORPORAT
Maybank Sports Club
Hume Fibreboard (M) Sdn. Bhd.
Multi-Media Development Corporation Sdn. Bhd.
Sri Sekamat Enterprise Sdn. Bhd.
Tabacco Distributors Sdn. Bhd.
Malaysian National Insurance Bhd.
Pro Servis Electrical Appliances Sdn. Bhd.
Impiana Hotels
Daya Urus Sdn. Bhd.
Mansfield Hotels
MBF Academy
Keystone (Valve) (M) Sdn. Bhd.
SP Setia Foundation
Talasco Insurance Berhad
INSTITUSI PENDIDIKAN
Universiti Putra Malaysia
Sek. Pend. Khas Shah Alam
Sek. Keb. Negeri Sembilan
Garden International School
UiTM (EMBA Students)
UiTM (Sports & Recreation Students)
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
DIREKTORI PROGRAM
PROGRAM UTAMA YANG DIKENDALIKAN
Peak Performance Team Building
Peak Performance Super Team
Peak Performance Quality Team
PEMBANGUNAN DIRI
Effective Time Management and Organisation Skills Development
Effective Communication and Interpersonal Skills
Professional Telephone Skills, Courtesis and Uses
Creative Thinking, Problem Solving and Decision
Outdoor Motivation and Team Building Program
Jungle Corporate War Games
Technical & Office English Language Skills K/tgn pej
Letter, Memo & General Office English Writing Skills K/tgn pej
Proffesional Customer Service Program K/tgn CS
Clerical Development Program
Effective Office and Interpersonal Skills
MOTIVATION
Outdoor Discovery & Motivation Camp
Staff Incentive Award Scheme
SUMMER CAMP/KEM KEMBARA/KEM MOTIVASI/KEM KELUARGA
Adventure Discovery Camp Belia/Pelajar
Kem Sains Pelajar
Kem Motivasi dan Kepimpinan Belia/Pelajar
Kem Kesedaran Alam Sekitar Pelajar
Kem Belia Wawasan Belia
Kem Keluarga Harmoni (Family Camp Extravaganza) Suami/Isteri
Kem Motivasi Pembelanjaran Cemerlang Pelajar
Kem Kesarjanaan Berpasukan Cemerlang Pelajar Universiti
Kem Penghayatan Model Pengalaman Pembelajaran Guru-guru Sekolah
Kem Guru Sebagai Komunikator Berwibawa Guru-guru Sekolah
Kem Pengenalan Rekreasi Luar Belia/Pelajar
Kem Pembangunan Potensi Diri dan Pasukan Belia/Pelajar
English Camp Pelajar
BUDAYA KERJA BERPASUKAN CEMERLANG
PENGENALAN
Di bawah konsep ini, Karisma Discovery Center Sdn. Bhd. telah membangunkan program
penghayatan kembara luar secara unik dan kreatif yang akan menekankan aspek kepimpinan,
peningkatan martabat diri dan kerjasama berpasukan. Aktiviti luar yang mengambil masa selama
3 hari ini akan membantu untuk membangunkan kemahiran kepimpinan dan kerjasama berpasukan di kalangan pekerja.
RANGKA KERJA
Melalui "Puncak Prestasi Pasukan", kami percaya bahawa sebelum seseorang itu berupaya untuk
menguruskan perniagaan seseorang yang lain, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah untuk memastikan keupayaan potensi diri, falsafah pasukan dan semangat berpasukan. Program latihan kembara luar ini akan membantu untuk membangunkan potensi diri seseorang melalui
pengalaman dan kembara.
FALSAFAH PROGRAM
Program pembangunan diri untuk pemimpin dan ahlinya dibentuk secara unik untuk mencapai
matlamat berikut supaya mereka berupaya untuk:
1. Berubah pada pelbagai peringkat umur.
2. Berpeluang untuk memenuhi minat dan kecenderungan (pengalaman kembara luar boleh
menjadi asas untuk mencapai aspirasi diri)
3. Mencapai kepuasan dan menghindarkan kekecewaan kecuali mereka diberi peluang untuk
berusaha dengan sendiri.
4. Membentuk budaya berfikir yang berasaskan kepada pengalaman lampau yang menjadikan
seseorang itu berupaya untuk bertindak dalam apa jua situasi.
5. Berupaya untuk bertindak daripada pengalaman peribadi tetapi memerlukan
pertolongan dalam usaha menterjemahkan sesuatu yang perlu dianalisis secara logikal.
6. Waktu tertentu di dalam kehidupan yang membuatkan mereka mudah menerima sesuatu
perkara atau menentang perkara yang lain sehingga sesuatu masalah dapat diselesaikan.
7. Manusia berbeza berdasarkan matlamat, harga diri, perwatakan dan pengalaman, di mana
setiap pelatih hendaklah dilayan secara tertib dan terhormat.
PENDEKATAN
Kursus Luar Kemahiran Berpasukan Karisma Discovery Center Sdn. Bhd. adalah satu pendekatan keseluruhan untuk meningkatkan potensi diri pasukan dan kerja yang perlu dilaksanakan. Program ini boleh dilakukan di mana sahaja sama ada di dalam Malaysia atau luar negara. Para peserta akan mempelajari teori dan berpeluang untuk menyertai pelbagai latihan permainan yang menarik, pelbagai tugas dan cabaran.
ADVENTURE IN BEHAVIOR MODIFICATION
Prison Experiential Learning
LATAR BELAKANG
Penjara Johor Bahru telah dikosongkan pada 9 Disember 2005. Koperasi Penjara melalui anak
syarikatnya "NATURAL INTERVENTION CENTRE (NICE)" telah memohon kepada kerajaan negeri Johor untuk mentadbir bekas penjara tersebut agar dijadikan pusat pameran. Tujuannya memberi peluang kepada masyarakat melawat untuk menambahkan pengetahuan dan pendedahan
terhadap aspek kepenjaraan serta Sistem Keadilan Jenayah. Berdasarkan kepada pemerhatian, catitan dan maklumbalas pelawat-pelawat yang hadir, maka beberapa pakej Program Pembangunan Modal Insan berbentuk pencegahan jenayah dan keruntuhan moral diwujudkan
supaya pembelajaran melalui pengalaman dipenjara membawa impak yang lebih berkesan kepada
peserta program. Maka NICE telah merangka beberapa modul latihan pembelajaran mengikut keperluan dan kesesuaian kelompok sasaran. Ianya meliputi Penjawat Awam, Pekerja Korporat, NGO, Pemimpin Masyarakat, Belia, Remaja dan Pelajar Universiti, Kolej dan Sekolah. Program ini adalah bertujuan untuk melengkapkan keseluruhan Program Pembanguan Modal Insan secara bersepadu yang dijalankan oleh lain-lain agensi.
OBJEKTIF
1. Memperkenalkan peserta kepada Sistem Keadilan Jenayah di Malaysia.
2. Menimbulkan kesedaran akibat perbuatan jenayah (penyalahgunaan dadah, rogol, kegiatan
tidak bermoral, buli, gangsterism, mat rempit, ragut, ugutan, rasuah dan lain-lain).
3. Menyuntik kekuatan semangat jati diri dari aspek psikologi, spiritual dan "coping skill" peserta
bagi menangani serta menghidari perlakuan jenayah.
4. Memberi kesedaran tentang erti dan Nilai Kebebasan.
5. Menimbulkan keinsafan terhadap penghayatan perasaan akibat kongkongan dalam sel
kurungan yang memberi kesan kepada tekanan emosi, kesunyian, kebosanan, stres, kesepian,
kehilangan kawan, kehilangan keluarga, individu yang disayang, ketiadaan makanan kegemaran,
pergerakan yang terbatas, pergaulan yang terhad dan sebagainya.
6. Membentuk personaliti peserta melalui slot muhasabah diri supaya menjauhi jenayah.
7. Membangunkan Modal Insan melalui gerak kerja dalam modul "Modifikasi Tingkah Laku"
PAKEJ MODUL LATIHAN MODAL INSAN
1. Pencegahan Jenayah
2. Integriti
3. Harga Kebebasan (Price of Freedom)
4. Penderitaan Dalam Kurungan (Pain in
Confinement)
5. Modifikasi Tingkah Laku
6. Pencegahan Dadah Dan HIV/Aids
7. Aftercare Treatment
8. Relapse Prevention
9. Recovery Treatment Program
10. Half Way House/Transit Home
PENDEKATAN
Melalui realiti pengalaman pembelajaran dalam dimensi kurungan
PROGRAM PEMBANGUNAN YANG DITAWARKAN
PROGRAM PEMBANGUNAN PENGURUSAN
Kursus Memimpin Pasukan Yang Unggul.
Pengurusan Diri Ke Puncak Prestasi Yang Unggul.
12 Prinsip Kepimpinan, Pembangunan Organisasi & Budaya Korporat.
Pengurusan Strategik Melalui TQM
Pengurusan Kumpulan Efektif & Kemahiran Organisasi.
Persembahan Multimedia Berkeupayaan Tinggi & Pengucapan Umum.
Menangani Masalah, Krisis Situasi & Ciri-ciri Organisasi Cemerlang.
Menangani Ledakan Informasi Pengurusan Maklumat
Pengurusan Manusia: Autoriti, Melatih & Kaunseling Pekerja Anda.
Pengurusan Manusia 2: Penguatkuasaan Disiplin & Kaunseling Pekerja Anda.
Keusahawanan & Kemahiran Pembangunan Perniagaan.
Alternatif Pembangunan Untuk Kejayaan Peribadi.
Pengurusan Prestasi Audit.
Perhubungan Korporat, Awam & Pelanggan.
Kursus Pengurusan Sistem.
Hari Penggunaan.
PROGRAM PEMBANGUNAN PENYELIAAN
Pembinaan Pasukan & Kepimpinan
12 Prinsip Kepimpinan Penyeliaan
Penyeliaan Dalam Abad 21.
Membina Kemahiran Komunikasi Antara Perseorangan.
Kemahiran Pengurusan Pasukan & Organisasi
Kemahiran Membuat Penyampaian & Mengendalikan Mesyuarat.
Kemahiran Kemanusiaan: "Coaching" & Motivasi.
Kemahiran Kemanusiaan: Pemantauan, Delegasi & Kawalan Kakitangan.
Kualiti Di Tempat Kerja
Pemikiran Kreatif & Penyelesaian Masalah.
Kemahiran Menulis Laporan Teknikal
Penafsiran Kakitangan & Penilaian Kemahiran
Pengurusan Ketegangan
Mendahulukan Pelanggan
Percakapan Teknikal Bahasa Melayu/Inggeris.
Hari Keluarga
PROGRAM PEMBANGUNAN YANG DITAWARKAN
PROGRAM PEMBANGUNAN KAKITANGAN PEJABAT
Pembinaan Pasukan & Kepimpinan
Pengurusan Diri Untuk Peningkatan Prestasi
12 Prinsip Untuk Operasi Pejabat Yang Berkesan
Membina Kemahiran Komunikasi Antara Perseorangan.
Pengurusan Pasukan & Organisasi Pejabat Berkesan
Teknik Telefon Profesional & Kesopanan
Perkhidmatan Pelanggan Proaktif
Kemahiran Penulisan Perniagaan Berkesan
Pembinaan Kemahiran Percakapan Bahasa Inggeris dalam Perniagaan
Menggunakan Teknologi Untuk Automasi Pejabat
Perkhidmatan Kualiti Sepenuhnya
Pengurusan Ketegangan
Tatacara & Sistem Pejabat
Kemahiran Mesyuarat Berkesan
Mengendali Rungutan & Pelanggan Yang Rumit
Hari Keluarga
PROGRAM PEMBANGUNAN KAKITANGAN
Pembinaan Pasukan & Kepimpinan
Pengurusan Diri Untuk Peningkatan Prestasi (Meliputi Pengurusan Waktu) Kemahiran Organisasi
12 Prinsip Kemajuan Diri
Pembinaan Kemahiran Komunikasi Antara Perseorangan
Pelaksanaan Kerja Kualiti Sepenuhnya
Meningkatkan Kewibawaan Diri.
Sains & Seni Jaya Diri
Budaya Kerja Cemerlang
Bina Insan
Telefon
012-3385895- MOHD FIRDAUS HASSAN
Fax
03-55106414
E-mail
Firdaus_23914@yahoo.com
Web site
http//www.adventurecommunity.com
http//www.adventurecommunity.com.my
Ditubuhkan Di
Malaysia
Penubuhan Syarikat Sendirian Berhad
1997
(Karisma Discovery Center Sdn. Bhd)
Alamat
No. 87A, Jalan Snuker 13/28, Tadisma Business Park, Seksyen 13,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
MAKLUMAT SYARIKAT
Tarikh Bermula Syarikat Persendirian
1993
(Karisma Discovery Camp)
PERKHIDMATAN LATIHAN DAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN U
Jun 13 2007, 02:20 PM, updated 19y ago
Quote
0.0149sec
0.27
5 queries
GZIP Disabled