Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

> Cara Mudah Hilangkan Wap Di Cermin Kereta

views
     
TSlangatian
post Oct 11 2018, 10:57 AM, updated 8y ago

Getting Started
**
Junior Member
270 posts

Joined: May 2011
user posted image

Sudah menjadi kebiasaan pengguna kereta akan membuka alat penghawa dingin apabila memandu di dalam hujan kerana mahu mengelakkan cermin berkabus namun sebenarnya cara itu salah.

Terdapat beberapa cara yang hanya memakan masa 20 minit untuk menghilangkan wap air pada cermin dan pastikan anda semua mempelajari cara ini.

Setiap orang yang sedang memandu pasti akan menjadi panik sekiranya cermin di dalam kereta menjadi kabus kerana ia akan mengganggu pemandangan dan boleh membahayakan pemanduan.

Artikel ini akan mengongsikan teknik yang boleh diamalkan sekiranya cermin hadapan atau cermin di sisi kiri dan kanan menjadi kabus yang mengganggu pemanduan seseorang.

Semua orang harus tahu tips ini kerana sekiranya anda tidak memandu pastinya anda kan menjadi penumpang di kenderaan tersebut.

Kebiasaannya, orang akan membuka penghawa dingin dan berapa minit kemudian kabus itu akan hilang namun dalam keadaan cuaca yang sejuk cara itu tidak sesuai.

Pada musim hujan atau cuaca sejuk, suhu di luar menjadi lebih rendah dari suhu kereta membuatkan suhu pada cermin kereta berada di bawah titik terendah dan juga apabila penumpang di dalam kereta menghembuskan nafas ianya membuatkan suhu kereta menjadi lembab.

Apabila suhu kereta menjadi lembab bertemu dengan cermin kaca yang bersuhu rendah, maka akan timbullah titisan wap air yang menjadi kabus.

Kebiasaannya semakin ramai penumpang di dalam kereta masalah kabus menjadi semakin serius namun sekiranya penghawa dingin telah dibuka sebelum pemanduan bermula ianya dapat mengelakkan kabus kerana penghawa dingin mempunyai kesan yang boleh mengurangkan kelembaban udara pada kereta.

Namun setelah membuka penghawa dingin, tetapi masalah ini masih tidak dapat diselesaikan mungkin kerana kebocoran bahan penyejuk yang menyebabkan penurunan prestasi udara kereta.

Berikut adalah beberapa teknik yang boleh diamalkan untuk mengelakkam cermin menjadi kabus ketika memandu di dalam hujan.

user posted image

Langkah pertama adalah hidupkan pemanas kereta hingga ke tahap maksima kerana pemanas kereta mempunyai haba untuk mencairkan ais ditingkap dan keluar mengikut lubang dan seterusnya membuat udara di dalam kereta menjadi panas.

user posted image

Seterusnya, hidupkan penghawa dingin.

user posted image

Selepas itu, matikan tombol pengaliran udara pada kereta untuk menghalang udara luar masuk ke dalam kereta.

user posted image

Setelah lakukan tiga langkah tersebut bukalah tingkap kenderaan dan lihat hasilnya.

Wap air pada cermin tingkap kereka akan hilang perlahan-lahan.

Sekiranya artikel ini bermanfaat kongsilah supaya orang ramai mengetahui teknik ini kerana kabus pada cermin kenderaan sangat berbahaya.
TSlangatian
post Oct 11 2018, 11:55 AM

Getting Started
**
Junior Member
270 posts

Joined: May 2011
QUOTE(azbro @ Oct 11 2018, 11:44 AM)
Not all car got heater function.
*
Why? I think manufacturer should include heater as standard. Honda on the other hand lied to us with this auto aircon.

user posted image

Red should indicate heater but no heater at all. Temperature max at 28 instead of 31. bangwall.gif
TSlangatian
post Oct 11 2018, 09:05 PM

Getting Started
**
Junior Member
270 posts

Joined: May 2011
QUOTE(bereev @ Oct 11 2018, 07:04 PM)
doh.gif  doh.gif  doh.gif

red arrow telling u increase temperature , blue are lower temperature , where got say heater in the car
*
Usually car fitted with heater indicate aircon temperature as below;

Red indicate hot (high temperature)
Blue indicate cool (low temperature)

Compare this BR-V aircon control from Malaysia and Indonesia. Indonesia spec indicate white sign as less cool whilst Malaysia spec indicate red as hot.

user posted image

user posted image

TSlangatian
post Oct 11 2018, 10:58 PM

Getting Started
**
Junior Member
270 posts

Joined: May 2011
QUOTE(ihavenoidea @ Oct 11 2018, 10:32 PM)
exora cps dont have that. not sure the cfe or bold model
*
user posted image

Got lah. Got heater summore.

Bump Topic Add ReplyOptions New Topic
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0182sec    0.53    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 16th December 2025 - 08:19 PM