Saya berada di Federal Court semasa kejadian ini berlaku. Sedih yang amat sangat...
Perayu merupakan anak muda yang telah dijatuhkan hukuman gantung bagi kesalahan di bawah s.302 Kanun Keseksaan. Lebih berat lagi apabila peguambelanya menarik diri di saat rayuannya ingin didengar oleh para hakim di Federal Court.
Ketika itu Tan Sri Shafee (TSS) tanpa rasa segan, malu dan berperikemanusian telah memaklumkan mahkamah bahawa beliau menarik diri dari mengendalikan rayuan Perayu.
Fee beliau adalah RM1Juta. Bapa Perayu hanya mampu membayar RM800Ribu. Baki RM200Ribu masih belum mampu dijelaskan. Atas sebab itu TSS menarik diri.
Lebih malang lagi, TSS telah menghantar ugutan melalui pesanan ringkas di telefon bimbit bapa Perayu ingin menyaman beliau bagi baki fee RM200Ribu itu.
Beliau juga akhirnya menghantar surat saman kepada bapa Perayu.
Apa pun Perayu masih di penjara menghadapi reality menunggu hukuman gantung yang dijatuhkan dengan harapan ada pengampunan oleh Sultan.
Juga pernah berlaku kepada keluarga seorang pesalah bagi kes s.302 Kanun Keseksaan di mana TSS memaklumkan kakak pesalah agar melantik beliau kerana beliau boleh menguruskan hakim yang mengendalikan kes itu. Tetapi atas sebab pegangan agama yg kuat dan percaya dengan qada qadar dari Allah, kakak pesalah hanya mampu menolak dengan kata2 di dalam hati pasti suatu hari kamu akan mendapat kafarahnya. Juga diugutnya dengan ugutan pesalah pasti akan kalah dan dijatuhkan hukuman gantung! Saya rasa TSS pasti ingat kata2nya jika muka ini datang mengadap beliau ketika beliau berada di kandang OKT kan???
Apa pun tahniah pihak pendakwaan kerana berjaya membawa seorang yang zalim ke muka pengadilan. Semoga roh bapa dan nenek saya aman di sana.
Ps: hanya peguambela yang pernah mengalami situasi mereka yang menderita sahaja akan faham. Sy bersyukur kepada Allah memberikan saya dugaan yang bukan calang2 orang mampu menghadapinya setiap hari!
By Prominent Criminal Lawyer
Stay tune For more update!
2nd UPDATE!
Mungkin sudah masanya saya berkongsi cerita adik saya.
Ramai yang beranggapan sihir yang dibuat ke atas seseorang OKT itu hanya rekaan semata2 untuk melepaskan diri dari segala kesalahan jenayah. Hakikatnya ianya benar2 berlaku kepada adik saya dan kami sekeluarga.
Adik saya dituduh dibawah s.302 KK atas sebab sihir yang dibuat ke atasnya. Dulu sy tidak percaya adanya unsur sihir tetapi sehinggalah majistret yang mendengar permohonan reman dan pertuduhan kali pertama menyuruh saya mencari penawar untuk adik saya.
Walaupun adik saya kini menunggu pengampunan sultan, saya lega kerana isteri mangsa telah memaafkan dia kerana tahu ianya bukan atas kerelaan dan kesedaran minda adik saya.
Semasa proses kes berjalan, bapa dan nenek saya sakit akibat sihir dan kerana Allah sayangkan mereka, diangkatnya sakit tersebut dengan mengambil nyawa mereka. Saya juga menderita kerana sihir tetapi saya kuatkan diri dan senyum pada semua orang.
Tiada siapa tahu rahsia dan kesedihan dalam hati saya. Dia satu2nya adik saya kerana kami berdua beradik. Adik saya menderita Felty Syndrome sepanjang di penjara dari tahun 2002 sehingga kini. Dia memang sakit dr dulu. Cuma kami tak tahu. Pesakit Felty Syndrome adalah 1 dalam berjuta.
Kerana kes dia viral ketika itu, tiada siapa ingin mengambil saya bekerja. Kawan2 uia ramai yang melabel saya dan tidak mahu berkawan dengan sy. Tetapi sekarang muka2 tu dengan tiada rasa malu seolah2 lupa akan perbuatan mereka.
Apapun, setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. Adik sy telah qatam quran beribu kali, solat tak tinggal etc. Ada yang menghina mengatakan dah kena tangkap baru nak insaf. Tapi bagi saya alhamdulillah itu lebih baik dari kita yang berada bebas di luar tetapi masih melakukan dosa setiap masa termasuk mengumpat adik saya.
Allah juga Maha Kaya bila saya dijadikan peguambela bagi kes2 jenayah. Sy faham setiap inci perasaan clients dan keluarga mereka. Itu lah kelebihan saya dari peguam2 sedia ada. Kerana itu juga saya ditakuti oleh para pegawai tangkapan dan pegawai penyiasat rata2nya kerana sy akui saya memang garang sewaktu bicara.
Sungguh Allah itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana
3rd UPDATE!
http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/02...ng-sampai-mati/
Kes ini kes adik saya. Adik sy OKT1. Mula2 ditangkap seramai 6 orang tetapi 2 dilepaskan menjadi saksi. IO kes cakap seorang dilepaskan kerana bapanya seorang polis. Tetapi IO terkejut bila waktu perbicaraan, GRO bernama Siti Rahmah yang terlibat dilepaskan menjadi saksi kerana dia prime suspect kes tersebut.
Adik saya hanya kenal GRO ini selama 3 minggu dan itupun kerana sihir. Waktu itu saya ingat lagi sewaktu kami makan bersama, GRO ini datang dan cakap, "patut la u x nak layan i, rupanya u ada betina ni". Adik saya marah dan campak putung rokok ke arah tepi GRO ni. Adik saya cakap "betina yang ko cakap ni kakak aku". Lps tu sy lihat GRO tu ambil putung rokok adik saya dan katakan "ko akan melutut kat aku nanti".
Lepas beberapa hari memang betul adik saya tergila2kan dia. Rupa2nya dia gunakan adik saya untuk hapuskan lecturer uitm yang adik saya langsung x kenal.
Kes adik saya sangat pelik. Penat nak tulis. Tetapi OKT ke 4 yang lantik Dato Shafee telah lepas bebas. Hanya adik saya dan 2 lagi digantung mati.
Mak OkT ke 4 mengaku dapan saya, mak saya dan makbapak OKT ke 2 bahawa dia disuruh oleh TSS utk bayar hakim mahkamah tinggi ketika itu. Katanya dia bayar juga walau terpaksa jual rumah.
Masa tu saya bagitau mak jangan buat begitu kerana sekiranya adik saya bersalah, takkan kita juga nak buat salah dan dosa. Untuk hapuskan dosa adik, saya kuatkan diri berjumpa isteri mangsa dan saya beritahu adik saya dan kami sekeluarga meminta maaf atas semua dosa dan kami tawarkan bantuan kepada keluarga arwah sebagai balasan. Dia maafkan kami tetapi tidak yang lain. Dia kata dia tahu adik saya adalah mangsa seperti suaminya. Jadi sy bersyukur sekurang2nya dosa adik saya pada isteri dan anak2 arwah telah dimaafkan oleh mereka.
Apa yang saya sedih, bukti dan keterangan menunjukkan OKT4 melakukannya tetapi lepas bebas. Terbukti memang rasuh berjaya melepaskan mereka yang kaya raya dan melalui peguam yang kaki rasuah.
Banyak lagi kisah yang tersimpan. Bagaimana adik saya dipukul oleh polis dan warder penjara sehingga saya tak dapat kenal muka dia dan bagaimana tangan dan kaki dia dipukul dengan chota 60 kali setiap satunya. Pelbagai lagi penderitaan dia hadapi dan kami semua.
Sewaktu dia dijatuhkan hukuman gantung, di lokap dia muntah hijau keluar jarum, rambut dan mcm2 yg kotor. Masa tu baru dia ingat semua yg terjadi. Sepanjang kes, ada masa dia x berapa ingat kami tetapi sb nak jaga hati mak saya, dia layan juga kami bersembang dan senyum. Dia juga langsung x ingat apa jadi. Lepas kes selesai baru dia ingat GRO tu ada bagi minum air dan dia terus ikut je arahan.
Adik saya sebenarnya tak merancang apa2 kerana hari kejadian kami sepatutnya balik ke perak. Baju semua dah siap masuk kereta. Tapi bila GRO tu call dia, terus dia tinggalkan kami. Rupanya itu kali terakhir kami lihat dia bebas di luar ini.
Kes ini mendapat liputan meluas dr semua media. Banyak laporan yang tidak benar spt okt2 pemandu forklift sedangkan okt2 adalah seorang yang lembab dan mudah digunakan.
This post has been edited by airtawarian: Sep 13 2018, 10:47 PM
Attached thumbnail(s)
Sep 13 2018, 07:56 PM, updated 8y ago
Quote
0.0220sec
0.54
7 queries
GZIP Disabled