Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

> Beli Mercedes sebab keperluan – Nik Amar, maintenance murah dari toyota & honda

views
     
kllonely1
post Sep 13 2018, 11:33 AM

Casual
***
Junior Member
321 posts

Joined: Oct 2004
QUOTE(soowky @ Sep 12 2018, 05:12 PM)
user posted image

KOTA BHARU 12 Sept. – Keputusan Kerajaan Pas Kelantan membeli kereta kenderaan mewah jenama Mercedes-Benz bagi kegunaan pegawai tertinggi adalah satu keperluan.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, kos penyelenggaraan kenderaan itu juga jauh lebih murah berbanding kenderaan jenama lain.

Menurutnya, setakat ini sebuah kereta jenama itu sudah dibeli bagi kegunaan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Nazran Muhammad.

“Kita beli ini (Mercedes-Benz) sebab keperluan kerana kereta sedia ada sudah melebihi tempoh. Kalau dikira daripada segi peraturan, selepas tempoh lima tahun boleh ditukar, itupun ada kereta yang sudah mencecah 10 hingga 12 tahun.

“Beli Mercedes ini juga bukan isu sebab sejak zaman arwah Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) lagi kita sudah beli. Kita beli juga sekadar kemampuan bukan semua tukar, baru sebuah kereta sahaja. Malah, kos penyelenggaraan jauh lebih murah berbanding jenama Toyota dan Honda,” katanya di sini hari ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri, Husam Musa semalam mendakwa Kerajaan Pas Kelantan membuat pembelian sekurang-kurangnya sebuah kenderaan mewah jenama Mercedes-Benz untuk kegunaan pegawai tertingginya.

Menurut Husam, pembelian kenderaan tersebut dipercayai dibuat pada tahun ini dan perkara itu menimbulkan persoalan memandangkan keadaan kewangan kerajaan negeri ini adalah tidak begitu memberangsangkan. –UTUSAN ONLINEsos
*
Attached Image

Bump Topic Add ReplyOptions New Topic
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0213sec    0.41    7 queries    GZIP Disabled
Time is now: 27th November 2025 - 03:50 AM