Welcome Guest ( Log In | Register )

Bump Topic Topic Closed RSS Feed

Outline · [ Standard ] · Linear+

Discussion AFC ASIAN CUP 2007 (7/7/2007 ~ 29/7/2007 ), Congratulation to Iraq soccer team!!!!!

views
     
HangPC2
post Jul 11 2007, 02:07 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



user posted image

user posted image

user posted image




Credit

gicks79 (cari.com.my)
HangPC2
post Jul 11 2007, 05:35 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



user posted image

user posted image

user posted image

user posted image

user posted image

user posted image



Credit

gicks79 (cari.com.my)
HangPC2
post Jul 12 2007, 10:55 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا





PROJEK MENYEDARKAN FAM !!

Jadi Jom Kita Pakat Mai !!!

Tarikh : 14 Julai 2007 ( Sabtu )

Tempat : Stadium Bukit Jalil ( Sempena Piala Asia : Malaysia vs Uzbekistan )

Masa : bermula 6.00 petang

Pakaian : Serba HITAM

Penganjur : www.hijaukuning.com / www.selangorfc.com


Banner !!! - akan dipasang di Stadium

Flyer !!! - akan diedarkan kepada penonton di stadium


sila lawati utk lebih lanjut : http://www.my-infomedia.com/v2/index.php?showtopic=599&st=40

...
kita tak akan berjaya 100% jika sudah berpuas hati pada tahap 99%
...




Credit

Dari fakhzan (HKC)



This post has been edited by HangPC2: Jul 12 2007, 10:55 PM
HangPC2
post Jul 13 2007, 12:17 AM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



QUOTE(aiyish @ Jul 12 2007, 11:23 PM)
My fren Syed Adney plays for the notional Olympic team.
*
adik Sharifah ...??? kan tongue.gif
HangPC2
post Jul 13 2007, 11:48 AM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



Penyokong mahu tunjuk Protes

"Bukan niat untuk memalukan negara di mata dunia tetapi sekadar mahu menunjukkan bahawa kami sebagai pencinta bola sepak negara sememangnya dahaga dan inginkan perubahan drastik dalam pentadbiran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)."

Demikian tegas seorang penyokong setia bola sepak negara, Amir Shariffuddin Samat berhubung tindakan segelintir penyokong negara yang dikatakan mahu berpakaian BAJU HITAM pada perlawanan Malaysia menentang Uzbekistan petang esok.

Skuad negara akan turun dalam aksi kedua Kejohanan Bola Sepak Piala Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang esok selepas tewas 1-5 kepada China selasa lalu.

Jelas Amir yang juga merupakan pemilik laman web kelab penyokong SelangorFC.com, bagi pihak penyokong sepertinya, memakai BAJU HITAM itu merupakan satu bentuk protes dan rasa tidak puas hati.

"Kami bukan bencikan skuad kebangsaan. Kami tetap akan membanjiri stadium kerana mahu pasukan negara menang, cuma tindakan memakai BAJU HITAM ini sebagai tanda protes kepada kecelaruan pentadbiran FAM," jelasnya kepada KOSMO! semalam.

Tindakan memakai BAJU HITAM ke stadium dilaporkan turut akan disertai oleh ahli komuniti-komuniti peyokong bola sepak dari negeri lain.

Antaranya www.hijaukuning.com (Kedah), www.yob4ever.com (Perak), www.tokgajah.com (Pahang) dan www.ganusoccer.net (Terengganu) yang tinggal di sekitar Lembah Kelang.

"Untuk menyedarkan FAM bahawa kami penonton juga ada hak bersuara, jadi kami mengenepikan perbezaan sokongan pasukan negeri masing-masing dan bersatu demi mendesak perubahan dilakukan dalam FAM demi kemajuan bola sepak Malaysia," ujar Amir.

Sementara itu wakil dari www.hijaukuning.com yang hanya mahu dikenali sebagai Fakhzan berkata, satu banner besar akan dipasang mereka pada perlawanan petang esok.

"Selain itu, kami juga akan mengedarkan flyers kepada para penyokong Malaysia yang hadir ke stadium esok. Kami bukan mahu buat rusuhan, tapi protes ini adalah secara aman tanpa kekerasan fizikal," jelasnya.

Fakhzan turut mengalu-alukan peminat negara yang akan ke stadium petang esok untuk turut sama-sama mengenakan BAJU HITAM bagi menjayakan protes secara senyap terhadap FAM itu.

-Kosmo-



This post has been edited by HangPC2: Jul 13 2007, 12:32 PM
HangPC2
post Jul 14 2007, 12:03 AM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



utk warga selangorfc yg mahu turut serta berbaju hitam sila berkumpul dahulu di kawasan berhampiran foodcourt di hadapan pintu masuk hijau jam 5pm bg memudahkan keseragaman dan lain lain
HangPC2
post Jul 14 2007, 02:15 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



user posted image
HangPC2
post Jul 15 2007, 12:08 AM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا




user posted image

user posted image

user posted image

user posted image

user posted image


Credit

gettyimages.com
HangPC2
post Jul 15 2007, 12:24 AM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



QUOTE(NasiLemakMan @ Jul 15 2007, 12:22 AM)
who's that mat salleh??
*
macam Robert Albert jer...???
HangPC2
post Jul 15 2007, 09:52 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



Tengku Abdullah Resigns As Deputy President Of FAM


July 15, 2007 15:21 PM


KUALA LUMPUR, July 15 (Bernama) -- The Tengku Mahkota of Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, announced his resignation as deputy president of the Football Association of Malaysia (FAM) effective Sunday.

He made the announcement in a statement to Bernama in Kuala Lumpur. He did not give any reasons.

-- BERNAMA


HangPC2
post Jul 15 2007, 11:38 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



user posted image
HangPC2
post Jul 16 2007, 10:19 AM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



QUOTE(aimleeds @ Jul 16 2007, 12:39 AM)
ATTENTION!!!!

To all malaysia fans that will be going to bukit jalil to watch malaysia vs iran, i want to request from u all to wear baju hitam or black shirt to support the protest to FAM. BLACK PARADE!! the protest started during the malaysia uzbeks match which the result is quiet decent since we got coverage from tv3 before the match, and from RTM after the match, again tv3 show our banner and flyers in their news. the star also put a picture of our banner in the sportsection sunday newspaper. there were about 3 or 4 banners that were hang during the game against uzbeks. so, i hope we as the fans who still love our national football deep own in our heart to come and support the black parade this tuesday. hopefully, our little protest will be the pioneer to a revolution of football in our country for the future. dont forget to tell ur mate and family who r going to wear black shirt alright. thanks for reading.

Lets REVIVE the football in our country...
*
user posted image
HangPC2
post Jul 16 2007, 07:16 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



Sila Join


---- > http://www.blackparadeunited.com/
HangPC2
post Jul 18 2007, 11:30 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



'' Black Parade United '' terus lancar protes

Oleh WAN FAKHRUL WAN BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my

SEMANGAT pemain negara mungkin sudah pudar menjelang aksi terakhir Kumpulan C menentang Iran di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini selepas mereka dibelasah China 1-5 dan Uzbekistan 0-5.

Namun, bagi sekumpulan penyokong tempatan yang dikenali sebagai 'Black Parade United', mereka tetap bersemangat untuk ke stadium malam ini selagi misi menyelamatkan bola sepak negara belum selesai.

Salah seorang daripada mereka, Mohd. Firdaus Mutalib, 32, berkata, mereka akan hadir ke stadium dengan memakai baju hitam, sama seperti yang dilakukan Sabtu lalu ketika bertemu Uzbekistan, sebagai tanda protes secara senyap terhadap pentadbiran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Kami sokong tindakan Tengku Abdullah kerana baginda menunjukkan rasa tanggungjawab di atas apa yang menimpa skuad negara. Tapi kalau hanya baginda seorang yang berundur sedangkan pegawai tertinggi FAM lain kekal, saya rasa FAM tetap di takuk lama," katanya kepada KOSMO! semalam.

Justeru, Firdaus menganggap individu utama yang perlu berundur daripada FAM ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar yang juga Naib Presiden FAM.

"Memang orang kata pemain dan jurulatih negara yang patut dipersalahkan. Tapi, kalau difikirkan balik, siapa yang sering mengubah polisi pertandingan liga tempatan, sering ubah format pertandingan serta membuat keputusan-keputusan yang sentiasa berubah.

"Sudah tentu Raja Ahmad Zainuddin yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap kegagalan skuad negara ketika ini. Tapi dia tetap kata, selagi dia tak dapat kembalikan maruah bola sepak negara, dia tidak akan lepaskan jawatan.

"Jadi, sampai bila kita semua kena tunggu dan bersabar? Sampai tahun 2020 ke?," jelas Firdaus yang merupakan wakil daripada komuniti www.selangorFC.com.

'Black Parade United' merupakan gabungan ahli-ahli komuniti penyokong negeri-negeri iaitu www.selangorFC.com (Selangor), www.HijauKuning.com (Kedah) dan www.seladang.net (Perak) yang tinggal di sekitar Lembah Klang.

Para peminat bola sepak tempatan lain yang mahu sama menyertai kempen menyedarkan FAM dengan mengenakan baju hitam ke stadium malam ini turut dialu-alukan dan maklumat lanjut mengenainya boleh diperolehi di laman web www.blackparadeunited.com.

Sementara itu, wakil daripada komuniti www.HijauKuning.com, Muhamad Fakhzan Abidin, 26, pula berkata, protes secara senyap dengan mengenakan baju hitam ke stadium itu tidak akan berakhir setakat malam ini.

"Kalau pemimpin-pemimpin tertinggi FAM yang dah lama membawa kepada kegelapan bola sepak negara ini masih enggan berundur, kami akan teruskan usaha ini dengan memakai baju hitam dalam baki setiap perlawanan liga tempatan.

"Kita masih ada dua perlawanan Liga Super, saingan kalah mati Piala Malaysia, Piala Juara-Juara Belia (CYC), Pestabola Merdeka dan yang terakhir ialah perlawanan MyTeam2 menentang Indonesia Oktober nanti," jelasnya.

Fakhzan turut menggesa barisan kepimpinan tertinggi FAM mengikut jejak Tengku Abdullah supaya dapat memberi peluang kepada muka-muka baru mengambil alih teraju badan induk bola sepak negara itu.

"Saya rasa, kalau Tengku Abdullah seorang yang letak jawatan dan yang lain buat tak tahu saja, tiada apa-apa kesan positif yang kita dapat untuk mengembalikan maruah bola sepak negara.

"Tindakan letak jawatan tetap perlu dicontohi pemimpin FAM yang lain terutama Raja Ahmad Zainuddin," tegas Fakhzan yang berharap semua penyokong yang hadir ke stadium malam ini turut memakai baju hitam sebagai tanda sokongan.


HangPC2
post Jul 19 2007, 12:14 AM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



user posted image

user posted image

user posted image

user posted image

user posted image

user posted image

user posted image

user posted image

user posted image


Credit

razlan (y4e)

Topic ClosedOptions
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0391sec    0.81    7 queries    GZIP Disabled
Time is now: 21st December 2025 - 07:47 AM