Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

> Perogol bersiri Bentong gagal batal hukuman mati

views
     
TSohman
post Aug 16 2018, 05:51 PM, updated 6y ago

Regular
******
Senior Member
1,178 posts

Joined: Aug 2014
user posted image


Rambo Bentong sebelum ini didakwa merogol dan membunuh seorang remaja di Kampung Ketari Bentong, Pahang. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Perogol bersiri yang dikenali sebagai “Rambo Bentong” gagal dalam rayuannya untuk membatalkan hukuman mati kerana membunuh kakitangan Jabatan Perhutanan Bentong, hampir 6 tahun lalu.

Ini adalah hukuman mati ke-2 yang dijatuhi ke atas lelaki berusia 48 tahun itu atau nama sebenarnya Rabidin Satir.

Hukuman mati yang pertama ialah atas sabitan kerana membunuh seorang gadis berusia 17 tahun yang mayatnya ditemukan dengan kesan tetakan di leher dalam sebuah bilik pada 2009.

Dalam kes hari ini, Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum menolak rayuan terakhir Rabidin terhadap sabitan dan hukuman mati kerana membunuh kakitangan Jabatan Perhutanan yang dihentak berkali-kali di kepala dengan pistol ketika dia dan isterinya sedang tidur di ruang tamu rumah mereka.

Dalam keputusan sebulat suara, Hakim Malanjum berkata sabitan dan hukuman mati ke atas Rabidin oleh Mahkamah Tinggi adalah betul berdasarkan bukti yang dikemukakan dalam perbicaraan.

Beliau juga mengekalkan sabitan dan hukuman penjara ke atas Rabidin terhadap 4 pertuduhan lain termasuk 2 pertuduhan merogol isteri si mati.

Rabidin yang memakai pakaian penjara berwarna putih dan merah berdiri di kandang tertuduh dan tidak menunjukkan sebarang emosi.

Panel juga disidangi oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk David Wong Dak Wah dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Azahar Mohamed dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Pada 3 Disember 2015, Mahkamah Tinggi Pahang menjatuhi hukuman mati ke atas Rabidin kerana membunuh lelaki berusia 31 tahun di Perumahan Jabatan Perhutanan di Jalan Tras, Bentong, Pahang pada 3 November 2012.

Mahkamah Tinggi juga menjatuhi huikuman penjara dan 2 sebatan ke atas Rabidin kerana mengacukan senjata kepada mangsa; penjara 8 tahun dan 2 sebatan kerana merompak; dan penjara 12 tahun dan 8 sebatan atas 2 pertuduhan merogol isteri mangsa.

Dia melakukan keempat-empat kesalahan tersebut di tempat, tarikh dan masa yang sama.

Rabidin gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman atas semua pertuduhan pada 15 Mac tahun lepas.

Pada 2014, Rabidin dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Temerloh kerana membunuh seorang remaja di sebuah rumah di Kampung Ketari Bentong, Pahang. Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan kemudian menolak rayuannya.

Rabidin juga dituduh merogol gadis itu tetapi Mahkamah Tinggi membebaskannya kerana mahkamah tidak dapat memastikan sama ada rogol dilakukan ketika mangsa masih hidup atau selepas kematiannya. Pihak pendakwaan tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.

Peguam yang dilantik oleh mahkamah Muhammad Rafique Rashid Ali mewakili Rabidin sementara timbalan pendakwa raya K Mangai menjalankan pendakwaan dalam kes hari ini di Mahkamah Persekutuan.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/...l-hukuman-mati/

Rhetoric
post Aug 16 2018, 05:54 PM

On my way
****
Junior Member
514 posts

Joined: Mar 2018
lul padan mukak
l4nunm4l4y4
post Aug 16 2018, 05:57 PM

Enthusiast
*****
Junior Member
749 posts

Joined: Aug 2011
Rabidin Satir?

Sounds Sarawakian/Sabahan?
yeezai
post Aug 16 2018, 05:58 PM

-using no way as way-having no limitation as limitation-
*******
Senior Member
2,531 posts

Joined: Feb 2009
From: Land below the wind
waste so many prison food and accom ...should have just shoot to kill
wongsinyee
post Aug 16 2018, 05:59 PM

Getting Started
**
Junior Member
153 posts

Joined: Feb 2016


good riddance
pandah
post Aug 16 2018, 06:01 PM

On my way
****
Senior Member
668 posts

Joined: Jul 2011

QUOTE(ohman @ Aug 16 2018, 05:51 PM)

Rabidin juga dituduh merogol gadis itu tetapi Mahkamah Tinggi membebaskannya kerana mahkamah tidak dapat memastikan sama ada rogol dilakukan ketika mangsa masih hidup atau selepas kematiannya. Pihak pendakwaan tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.
Why bebas if cannot determined rogol masa hidup atau mati? If mati tak kira rogol?

Why no rayuan?
Aftermaths
post Aug 16 2018, 06:08 PM

On my way
****
Junior Member
575 posts

Joined: Apr 2012


QUOTE(pandah @ Aug 16 2018, 06:01 PM)
Why bebas if cannot determined rogol masa hidup atau mati? If mati tak kira rogol?

Why no rayuan?
*
I also curious on this 1.

Macam guna jari tak kira rogol itu kes. ranting.gif ranting.gif ranting.gif
kevyon6
post Aug 16 2018, 06:11 PM

Getting Started
**
Junior Member
175 posts

Joined: May 2006
From: Kuala Lumpur


should cut off his didi first then only hang him
nintendo86
post Aug 16 2018, 06:12 PM

New Member
*
Junior Member
24 posts

Joined: Sep 2015
QUOTE(pandah @ Aug 16 2018, 06:01 PM)
Why bebas if cannot determined rogol masa hidup atau mati? If mati tak kira rogol?

Why no rayuan?
*
Hakim pon sama nechrophile
s@ni
post Aug 16 2018, 06:14 PM

Gambar Di Lesen Kereta Saya
*******
Senior Member
2,814 posts

Joined: Jun 2005
From: Seasaw



Simpan buat apa..

Sembelih je la
SUSlaoahpek
post Aug 16 2018, 06:17 PM

New Member
*
Junior Member
40 posts

Joined: Feb 2011
why need rayuan

did he approve rayuan for not rogol

kek
roymustang
post Aug 16 2018, 06:24 PM

New Member
*
Junior Member
10 posts

Joined: Oct 2007
From: Province Wellesley



bangsat ni tiap2 hari kena lanyak dalam penjara smile.gif
samuraikacang
post Aug 16 2018, 06:28 PM

You tak suka You Keluar
*****
Senior Member
709 posts

Joined: Jan 2008
From: Kuala Lumpur


QUOTE(Joe Kreutz @ Aug 16 2018, 06:23 PM)
But why call him rambo of bentong? Why rambo?

Why not call him coward of bentong?
*
Because like rambo, he is lawless.
gogocan
post Aug 16 2018, 06:33 PM

Casual
***
Junior Member
450 posts

Joined: Dec 2013
Potong his didi first before hang
MR_alien
post Aug 16 2018, 06:38 PM

Mr.Alien on the loss
*******
Senior Member
3,300 posts

Joined: Oct 2007
From: everywhere in sabah


"rambo"??
he doesn't looks rambo-ish
imin
post Aug 16 2018, 06:48 PM

Enthusiast
*****
Senior Member
814 posts

Joined: Jan 2003
QUOTE(Joe Kreutz @ Aug 16 2018, 06:23 PM)
But why call him rambo of bentong? Why rambo?

Why not call him coward of bentong?
*
QUOTE(MR_alien @ Aug 16 2018, 06:38 PM)
"rambo"??
he doesn't looks rambo-ish
*
IIRC, he is called rambo because he literally lives inside the jungle.. he doesn't have a normal house
ThirdSon
post Aug 16 2018, 06:49 PM

Getting Started
**
Junior Member
67 posts

Joined: Jun 2010
From: kota kinabalu


even a sabahan judge wont save this fucking sabahan rapist
nuvi
post Aug 16 2018, 06:57 PM

10k Club
********
All Stars
15,991 posts

Joined: Aug 2009

QUOTE(pandah @ Aug 16 2018, 06:01 PM)
Why bebas if cannot determined rogol masa hidup atau mati? If mati tak kira rogol?

Why no rayuan?
*

Maybe since already got kes bunuh, lawyer don't want prolog the case with rape.
vearn29
post Aug 16 2018, 09:40 PM

New Member
*
Junior Member
23 posts

Joined: Sep 2010
mana suhakam

Bump Topic Add ReplyOptions New Topic
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0130sec    0.45    5 queries    GZIP Disabled
Time is now: 29th March 2024 - 04:20 PM