(Admin) Hari ini di Dewan Rakyat (8 Ogos 2018):
Potongan Perkhidmatan Jalur Lebar sebanyak 25%.
1. Langkah awal Kerajaan bagi menjayakan ‘Double the Speed, Half the Price’ untuk perkhidmatan jalur lebar adalah dengan potongan harga sehingga 25% menjelang penghujung tahun ini.
2. Inisiatif ini akan dilaksanakan seiring perancangan jaringan infrastruktur yang bakal disiapkan adalah untuk memberi impak ketersediaan.
3. Situasi ‘win-win’ boleh diwujudkan jika syarikat-syarikat telco boleh menjadi lebih kompetitif dan menawarkan pakej-pakej yang lebih baik kepada pelanggan. Keuntungan boleh meningkat jika penggunaan perkhidmatan meningkat dalam sekaligus meluaskan ‘customer base’.
Sekuriti Siber
1. Kementerian mengakui ancaman-ancaman siber boleh berlaku dalam proses mempertingkatkan akses Internet.
2. Kerjasama erat di antara semua negara diperlukan supaya pihak berkuasa boleh bertindak dengan cepat apabila terdapat satu ancaman siber.
3. Satu kaedah yang dipersetujui oleh semua negara khususnya negara-negara serantau juga diperlukan supaya ada persefahaman dalam menangani masalah ancaman keselamatan siber.
This post has been edited by FatalExe: Aug 8 2018, 03:44 PM
Aug 8 2018, 03:43 PM, updated 8y ago
Quote
0.0170sec
0.50
5 queries
GZIP Disabled