QUOTE(Ashadiya @ Sep 1 2020, 02:44 PM)
Anak gajah mati dilanggar Proton Persona
SEEKOR anak gajah jantan mati dilanggar Proton Persona di Batu 19, Jalan Kota Tinggi-Mersing dekat Kota Tinggi, hari ini.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor Salman Saaban berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian jam 7.45 pagi.
"Anggota kami bergegas ke lokasi dan menemui bangkai anak gajah itu di tepi jalan.
"Anak gajah ini dipercayai berumur setahun hingga dua tahun dan seberat kira-kira 300 kilogram," katanya dihubungi.
Menurut beliau, siasatan mendapati, gajah terbabit dilanggar Proton Persona dipandu seorang lelaki dari arah Kota Tinggi ke Mersing.
Pemandu terbabit juga selamat dan tidak mengalami kecederaan.
"Pemantauan di lokasi mendapati, ada dua hingga tiga gajah daripada kumpulan gajah Panti masih berada di sekitar kawasan terbabit.
"Bangkai gajah itu akan ditanam selepas ukiran morfologinya direkodkan," katanya.
Menurut beliau, lokasi kejadian, iaitu antara Batu 4 hingga Batu 14 Jalan Kota Tinggi-Mersing, adalah laluan utama lintasan gajah.
"Untuk rekod, pada 6 Oktober lalu, seekor gajah mati dilanggar di Batu 13 dan seekor lagi mati dilanggar pada 21 Mei 2018 di Batu 14," katanya.
Sejak pagi tadi, tular rakaman video berdurasi 42 saat yang memaparkan seekor gajah dewasa cuba 'mengejut' bangkai anak gajah terbabit.

Sep 1 2020, 05:49 PM

Quote
0.0663sec
0.62
7 queries
GZIP Disabled