Syarat-syarat yang akan dikenakan bagi menjamin perkembangan e-hailing.
1. Bagi memberi jaminan kepada perkembangan e-hailing, SPAD telah merangka perundangan dan syarat-syarat yang akan dikenakan kepada Perniagaan Pengantaraan dan pemandu e-hailing mulai 12 Julai 2018.
2. Tempoh moratorium (Grace Period) selama 1 tahun dari tarikh kuat kuasa akan diberikan.
3. Rungutan pemandu e-hailing berkaitan ketidakadilan oleh syarikat e-hailing yang menekan pemandu dengan mengenakan kadar komisen yang tinggi sehingga 25%. Oleh itu, Kerajaan telah menetapkan dalam syarat lesen perkara-perkara berikut:
i. kadar komisen maksima sebanyak 10% bagi perkhidmatan e-hailing yang dijalankan oleh pemandu teksi untuk mengalakan penggunaan e-hailing oleh warga teksi;
ii. kadar komisen maksima sebanyak 20% bagi perkhidmatan yang dijalankan oleh kenderaan persendirian;
iii. kadar surcaj dihadkan kepada 2 kali ganda dari harga tambang sahaja untuk melindungi penumpang;
4. Antara syarat-syarat yang akan dikenakan kepada industri e-hailing dan selari dengan industri teksi adalah seperti berikut:
a. syarat-syarat kelayakan permohonan lesen
- perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
b. syarat-syarat kenderaan
- terbuka kepada semua jenama yang mempunyai sekurang-kurangnya taraf 3 bintang tahap piawaian ASEAN NCAP atau yang setara dengannya; dan
- menjalani pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) sekali dalam setahun apabila kenderaan tidak usia 3 tahun dikecualikan.
- fi pemerikasaan berkala di PUSPAKOM adalah RM55 setiap kali pemeriksaan dan arahan telah diberi kepada JPJ dan PUSPAKOM agar bersikap aktif dalam pemeriksaan kenderaan.
c. syarat-syarat kelayakan pemandu
- syarat-syarat permohonan adalah sama dengan syarat-syarat permohonan PSV dan ditambahbaik dengan saringan rekod jenayah.
d. syarat-syarat operasi
- perlindungan insurans bagi pemandu, kenderaan, penumpang dan pihak ketiga.
- latihan pemandu menggunakan modul latihan yang mengambil masa selama 6 jam sahaja dengan fi RM200 seorang sahaja.
- Modul latihan ini boleh dilaksanakan oleh mana-mana Perniagaan Pengantaraan(termasuk Grab), syarikat teksi, Institut Memandu atau syarikat penyedia latihan yang ditauliahkan oleh SPAD/ APAD.
5. SPAD telah mengarahkan setiap aplikasi e-hailing sama ada aplikasi pemandu atau penumpang perlu mempunyai fungsi kecemasan SOS/999 bagi melaporkan sebarang kecemasan semasa perkhidmatan diberikan.
6. Bagi melindungi kebajikan pemandu e-hailing, syarat lesen juga akan mengkehendaki syarikat e-hailing menyediakan satu mekanisme untuk menguruskan rungutan pemandu (termasuk tindakan yang tidak wajar kepada pemandu) dan kerajaan akan mengauditnya.
7. Untuk keselamatan pemandu e-hailing, penumpang dikehendaki memuat naik Kad Pengenalan atau Pasport yang sah semasa pendaftaran.
8. Kerajaan ingin memastikan wujudnya industri pengangkutan awam darat yang sihat, di mana syarikat dan pemandu kedua-dua industri dapat menjalankan perniagaan dan menjana pendapatan secara harmoni serta pada masa yang sama memberikan kemudahan pengangkutan yang selamat dan berpatutan kepada rakyat.
Anthony meeting with taxi drivers, and they demanded these and mot will comply to their demands.
Ggwp grab drivers. Grab already take 25% of your commision, dont give a damn about your safety, change insurance to commercial insurance, your car RV drop, later u pay for PSV class then passenger complain no use gps eventho rate is fixed kena ban, habis lah
This post has been edited by Boy96: Jul 12 2018, 11:43 AM
Jul 11 2018, 11:44 AM, updated 8y ago
Quote
0.0196sec
0.25
6 queries
GZIP Disabled