Masa aff aku tny sapa presiden perlis pny team ni.
Harini..dah kena bubar kakakaakaka
Kevin ceo kena game..ucop yang marah2 player perlis komplen ..apa kabar
MFL BATALKAN PENYERTAAN PERLIS DALAM LIGA MALAYSIA
Malaysian Football League (MFL) menerusi Ahli Lembaga Pengarah MFL sebulat suara telah bersetuju untuk membatalkan penyertaan Perlis dalam Liga Malaysia 2019 berkuatkuasa, hari ini.
Keputusan Ahli Lembaga Pengarah MFL untuk membatalkan penyertaan Perlis dibuat selepas meneliti secara terperinci dokumen kewangan yang diserahkan oleh Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) pada tarikh akhir Isnin lalu (18 Februari 2019).
Berdasarkan dokumen kewangan berkenaan, Ahli Lembaga Pengarah MFL mendapati sumber pendapatan PFA termasuk daripada penajaan berdasarkan perancangan kewangan mereka tidak mencukupi untuk menguruskan pasukan bersaing dalam Liga Malaysia musim ini.
MFL sudah memberikan bantuan dan ruang secukupnya untuk Perlis mengatasi masalah kewangan mereka dan akhirnya satu keputusan perlu dibuat bagi memastikan ia tidak memberi kesan lebih buruk kepada pemain-pemain dan Liga Malaysia itu sendiri.
Dengan keputusan pembatalan penyertaan Perlis, kami prihatin dengan kemelut yang bakal dihadapi pemain Perlis. Justeru itu, Ahli Lembaga Pengarah MFL juga bersetuju untuk melanjutkan tempoh pendaftaran pemain-pemain Perlis selama 30 hari bermula hari ini bagi memberikan ruang kepada mereka mencari pasukan baharu memandangkan tempoh pendaftaran pemain akan ditutup pada jam 11.59 malam ini.
Xder yang nak letak jawatan atau kena terminate ke kat MFL dgn FAM tu... Kes piala yang kecik ritu ada dah letak jawatan... kes besar macam ni tak letak jawatan... besar punya daulat.