Welcome Guest ( Log In | Register )

Bump Topic Topic Closed RSS Feed

Outline · [ Standard ] · Linear+

 SnoMed - Solution to Snoring, Respiratory Blend

views
     
TSazmi77
post Jun 4 2018, 09:33 AM

Getting Started
**
Junior Member
291 posts

Joined: Sep 2006
From: Shah Alam

QUOTE(OptimusStar @ Jun 3 2018, 09:45 PM)
Is it KKM certified?
*
in the process of applying. this is not oral medication. you just rub snomed on to you chest, neck and under nose before going to bed. snomed made from the combination of 4 essential oils. lavender, thyme, marjoram and eucalyptus. so no chemical substances added. it is all natural and organic.

thanks
TSazmi77
post Jun 4 2018, 09:36 AM

Getting Started
**
Junior Member
291 posts

Joined: Sep 2006
From: Shah Alam

Bahaya berdengkur

user posted image

Adakah anda ataupun pasangan anda sering mengalami dengkuran ketika tidur pada waktu malam? Keadaan tersebut menyebabkan waktu tidur terganggu akibat selalu terjaga secara mengejut dan kadang-kadang mengalami sesak nafas.

Tambahan, situasi tersebut bukan sahaja memberi kesan kepada anda, malahan ahli keluarga terdekat juga turut terganggu dengan bunyi dengkuran tersebut kerana bunyinya yang kuat dan adakalanya membingitkan telinga yang mendengar.

Lantaran itu, kesan tidur yang terganggu pada malam hari menyebabkan sebahagian rutin harian anda di siang hari terjejas akibat rasa mengantuk yang tidak dapat dikawal, malahan paling bahaya sekiranya anda tertidur semasa memandu.

Jika anda sedang mengalami situasi seperti di atas kemungkinan anda mengalami Obstructive Sleep Apne (OSA).

Berdasarkan kajian, sebanyak 80 peratus individu yang menghidap masalah ini tidak mengetahui mereka mempunyai penyakit tersebut dan menyebabkan tiada sebarang tindakan dilakukan untuk merawatnya.

Menurut Profesor Perubatan dari Fakulti Perubatan, Universiti Colorado Denver, Amerika Syarikat, Dr. Teofilo L.Lee-Chiong Jr. , OSA berlaku apabila laluan udara dari hidung dan mulut ke bahagian paru-paru tersekat . Ia merupakan gangguan tidur biasa yang dialami oleh individu menyebabkan pernafasan mereka terhenti seketika ketika sedang tidur beberapa saat.

“Dianggarkan di Malaysia, sebanyak tiga juta orang mungkin menghidap masalah dengkuran tetapi kebanyakan mereka tidak menyedari masalah ini.Walaupun dianggap perkara lumrah terutama dalam kalangan lelaki dengan purata seorang daripada enam orang menghidapnya, tetapi masalah itu tidak seharusnya dipandang ringan oleh wanita kerana mereka juga terdedah dengan perkara ini.

“Dianggarkan seorang daripada sepuluh orang wanita menghadapi masalah ini dan kebanyakan daripada mereka berada dalam lingkungan umur pertengahan.

“Jika berlarutan tanpa mendapatkan rawatan yang selanjutnya mereka terdedah kepada penyakit yang lebih berbahaya seperti tekanan, sakit jantung, strok, kegagalan fungsi jantung dan kemurungan," katanya

Dr. Chiong Jr. menambah, individu yang mempunyai sejarah keluarga menghidap OSA sama ada ibu atau ayah lebih berisiko mempunyai penyakit ini apabila mereka mencapai usia pertengahan.

Individu tersebut apabila lebih berusia risiko mendapat OSA lebih tinggi juga sekiranya mempunyai sejarah keluarga yang menghidap OSA, mempunyai masalah berat badan berlebihan dan mengambil alkohol.

Mereka yang mempunyai masalah tisu berlebihan di anak tengkak dan kesan pengambilan ubat yang membuatkan seseorang tertidur dan mengalami darah tinggi juga perlu lebih berhati-hati.

“Individu yang muda dan sihat tidak bermakna selamat dan tidak terdedah dengan OSA kerana penyakit ini menyerang secara senyap." jelasnya.

Ujar Dr. Chiong Jr., beliau menyarankan individu yang mempunyai simptom seperti berdengkur dengan ritma yang kuat, sakit kepala terutama waktu pagi, berasa tidak selesa kerana tidak dapat memberikan tumpuan kepada kerja dan mengalami gangguan dan tekanan perasaan digalakkan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan segera.

Antara rawatan yang berkesan membantu individu mengurangkan masalah dengkuran adalah melalui rawatan Continouse Positive Airway Pressure (CPAP) dan juga melakukan pembedahan dengan doktor yang selayaknya.

Dr. Chiong Jr. juga menerangkan, kualiti tidur setiap hari sangat penting bagi seseorang individu kerana waktu tidur yang baik akan memudahkan rutin harian di siang hari.

“Tidur yang baik akan mempengaruhi kesan kepada kesihatan seseorang dalam jangka masa panjang termasuk dalam aspek pertumbuhan sel badan, metabolisme, keseimbangan tenaga dalam badan, fungsi sistem imun dan juga proses perkembangan serta pembelajaran minda.

“Malangnya, sebahagian masyarakat Malaysia tidak menghargai waktu tidur mereka di malam hari. Sebaliknya masa emas itu mereka lebih gemar gunakannya dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti menonton televisyen sehingga lewat malam, melayari internet dan berjumpa dengan rakan-rakan untuk berkongsi cerita.

“Kajian yang dilakukan juga menunjukkan sejak 40 tahun lalu masyarakat di dunia telah mengalami perubahan dari segi waktu tidur yang semakin berkurangan dari satu hingga dua jam. Daripada jumlah tersebut juga sebanyak satu pertiga daripada orang dewasa mempunyai waktu tidur yang tidak baik iaitu kurang daripada enam hingga tujuh jam," katanya.

Tambahnya, individu yang dikesan kurang waktu tidur dan dalam masa yang sama mempunyai masalah OSA berhadapan dengan impak yang bahaya kepada diri dan masyarakat.

Jelas Dr. Chiong Jr., kesan gangguan tidur yang jika tidak mendapatkan rawatan pada peringkat awal akan menyebabkan berlaku insiden yang membahayakan keselamatan diri dan menyebabkan antaranya meningkatkan 10 peratus kemalangan melibatkan motosikal, lebih 50 peratus terlibat dengan kemalangan di tempat kerja, dan 20 peratus juruterbang melakukan kesalahan serius melibatkan pesawat kerana tertidur.

“Mereka yang mengalami gangguan tidur ini juga adalah dalam kalangan pekerja yang bekerja secara shif, gemar menonton television sehingga lewat malam, kesan pengambilan ubat-ubatan dan masalah ketagihan ubatan," jelasnya.

- Siti Aishah Yusof

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/...r#ixzz5HPs2XJOQ
© Utusan Melayu (M) Bhd

TSazmi77
post Jun 4 2018, 06:55 PM

Getting Started
**
Junior Member
291 posts

Joined: Sep 2006
From: Shah Alam

Bagaimana Dengkur Berpotensi Mengancam Nyawa Anda

user posted image

Krohhh! Krohhhhh! Krohhhhh!

Bunyi yang biasa kita dengar bagi mereka yang tidur berdengkur digambarkan seperti hon amaran kabus kapal laut, dengungan gergaji elektrik, guruh berdentum atau bunyinya seakan tercekik. Kedengaran melucukan, namun tidur berdengkur bukanlah suatu gurauan, malah ia merupakan suatu masalah yang boleh membawa penyakit merbahaya pada kesihatan diri.

Walau bagaimanapun, masih ramai dalam kalangan masyarakat tidak sedar bahayanya penyakit dengkur ini disebabkan oleh tanggapan mereka berdengkur adalah perkara biasa akibat keletihan.

Bagaimana Dengkur Terjadi?
Tidur berdengkur terjadi akibat daripada halangan pada bekalan udara ke paru-paru di mana menyebabkan kekurangan oksigen di dalam darah dan otak di samping boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan diri. Dengkur terbahagi kepada 2 jenis iaitu dengkur biasa dan Obstructive Sleep Apnea (OSA).

Menurut kajian yang diterbitkan dalam sebuah jurnal American Academy of Otolaryngology berkaitan hidung, telinga dan tekak, lebih kurang 45% orang dewasa yang normal didapati berdengkur ketika tidur, 25% daripada jumlah itu dianggap berdengkur sebagai situasi yang biasa. Kajian itu turut dipersetujui oleh Dr. Lau Wee Ming, Penasihat Respiratori, Pusat Pakar Alpha.

Secara amnya, dengkur berlaku apabila penyempitan salur udara menyebabkan pergolakan tekanan udara dan getaran palet lembut (lelangit) serta dinding farinks. Oleh sebab itu, getaran tersebut menghasilkan bunyi dengkur. Kebiasaannya, seseorang yang berdengkur akibat daripada berbadan besar. Kekurangan oksigen terutamanya ke otak menyebabkan masalah kesihatan, malah boleh membawa maut sekiranya dibiarkan berterusan.


TSazmi77
post Jun 4 2018, 06:57 PM

Getting Started
**
Junior Member
291 posts

Joined: Sep 2006
From: Shah Alam

Apakah Kesan Bahaya Dengkur?

user posted image

Emosi terganggu – mudah panas baran dan stres
Pening kepala
Lemah daya ingatan
Kualiti tidur kurang baik
Dengkuran boleh menjadi lebih teruk apabila tidur menjadi terganggu sepanjang malam kerana paras oksigen yang tidak cukup untuk sampai ke otak. Berdasarkan kajian, 44% lelaki dan 28% perempuan berumur 30 – 60 tahun berdengkur.
– Dr. Amir Izwan Mohamed Dahan, Konsultan Telinga, Hidung & Tekak, Hospital Pusrawi

Risiko penyakit strok, sakit jantung dan Alzheimer
Mengantuk yang amat sangat pada waktu siang
Berisiko tinggi untuk mengalami angin ahmar kerana saluran darah ke otak tersumbat
Tekanan darah tinggi
Pesakit akan terdedah kepada serangan jantung dan strok. Berdasarkan kajian yang dibuat terhadap pesakit mendapati mereka mengalami obes, kencing manis dan permasalahan status lipid dalam badan yang tinggi.
– Prof. Syed Hassan Ahmad, Presiden Persatuan Permasalahan Tidur Malaysia, Fakulti Perubatan, Universiti Teknologi MARA

Komplikasi jantung dalam masa jangka panjang
Menjejaskan daya ingatan
Gangguan tidur termasuklah dengkur ataupun OSA akan menjejaskan daya ingatan untuk jangka masa panjang akibat daripada halangan pembentukan sel baru di dalam bahagian memori otak (hippocampus).
– Dr. Dennis McGinty, Universiti California, Los Angeles

Boleh membawa maut
Dengkur adalah suatu masalah yang sering dialami oleh 30% – 40% penduduk kerana boleh mengganggu tidur seseorang, malah boleh mengakibatkan masalah penyakit kronik jika tidak diatasi sebaiknya. Orang kurus juga boleh berdengkur. Bunyi dengkur yang kuat tidak bererti masalah dengkur yang teruk, sebaliknya kehadiran apnea yang menentukan bahaya kepada penghidap.
– Dr. Abdul Razak Rahman Hamzah, Pakar Telinga, Hidung & Tekak, Pusat Perubatan Darul Ehsan, Shah Alam
TSazmi77
post Jun 7 2018, 04:46 PM

Getting Started
**
Junior Member
291 posts

Joined: Sep 2006
From: Shah Alam

Berdengkur: Bunyi Amaran Tidur – Dr Ahmad Nordin

user posted image

– Anda perlu hadir mesyuarat pagi ini. Sepatutnya bangun pada 6:00 pagi, tetapi anda mampu beralih dari katil pada 6:30 pagi. Anda memandu ke tempat kerja, tetapi jalan raya sudah mulai sesak apabila anda keluar dari rumah.
– Apabila di lampu isyarat hijau, tiba-tiba anda dikejutkan oleh bunyi hon kereta dari belakang. Pada ketika itu baru anda sedar, anda telah tidur sepanjang masa lampu isyarat masih merah sebelum itu.
– Semasa mesyuarat, ketika bos anda bercakap, anda tertidur. Paling memalukan ialah, bos anda menyindir tabiat anda tidur semasa mesyuarat dan semua yang hadir ketawa besar bila anda berdengkur.
Pernah anda mendengar kisah begini? Anda tahu apa kaitan semua masalah ini? Semuanya tersirat di ayat terakhir perenggan di atas- berdengkur.
Berdengkur ialah bunyi yang dihasilkan oleh salur pernafasan atas yang separa tersumbat semasa tidur. Ia boleh tersumbat di hidung, lelangit lembut, tekak atau lidah. Apabila kita sedar, badan kita biasa tegak dan mempunyai ketegangan otot yang kuat, maka kita tidak berdengkur. Tetapi apabila kita tidur, kita biasanya akan baring dan lidah akan jatuh ke belakang. Kita akan kurang ketegangan otot semasa tidur, dengan ini bunyi dengkuran akan semakin kuat.
Pada ketika ini, paras oksigen yang ada dalam badan semakin rendah. Dalam kes yang teruk, paras ini menjadi terlalu rendah sehingga kita berhenti bernafas (ini dipanggil apnea). Nasib baik untuk semua, otak kita akan bertindak dalam beberapa saat selepas itu dan otak akan mengejutkan badan semula untuk bernafas.
Jika anda melihat seorang yang berdengkur dalam situasi ini, dia akan pada mulanya berdengkur dengan berterusan. Selepas berdengkur berulang kali, anda akan berasa hairan sebentar kerana dia akan berhenti berdengkur buat seketika. Lebih kurang 15 saat selepas itu, dia akan secara tiba-tiba mencungap menyedut nafas Selepas itu, dia kembali menjalani kitaran berdengkur & tercungap-cungap bernafas. Dan episod ini akan berterusan berulang kali semasa tidur.
Bahayanya, paras oksigen dalam badan akan menjadi sangat rendah apabila kita tidur dan berdengkur. Jantung akan perlu mengepam dengan lebih kuat untuk memenuhi keperluan oksigen badan. Jantung yang sepatutnya berehat di waktu malam, terpaksa bekerja dengan lebih kuat sebaliknya. Akhirnya, ini akan menyebabkan penyakit hypertensi (tekanan darah tinggi). Ini dipanggil ‘Obstructive Sleep Apnea’ (OSA).
Tanda & gejala OSA yang lain:

Mengantuk melampau di waktu pagi (seperti cerita di atas)
Kurang daya tumpuan
Sakit kepala di waktu pagi
Tidak lena tidur
Tercungap dan tercekik di waktu malam
Sakit dada di waktu malam
Dengkuran kuat sehingga mengganggu tidur pasangan
Terbangun akibat tercekik dan tercungap
Sakit tekak

Diagnosis ialah melalui sejarah penyakit dan pemeriksaan klinikal. Doktor ENT akan menjalankan pemeriksaan lengkap dan menggunakan skop nasofarinks & larinks fleksibel (flexible nasopharyngolaryngoscopy – FNPLS). Ini dilakukan untuk mencari tempat yang sempit dalam pernafasan. Jika perlu pembedahan, bahagian yang sempit ini perlu dirawat mengikut teknik tertentu.
Bukan semua yang berdengkur ada penyakit OSA. Jika seseorang disyaki menghidap penyakit OSA, beliau perlu menjalani ujian tidur (sleep study). Badan pesakit akan dilengkapkan dengan sistem pemantauan semasa tidur. Data akan direkod untuk mengukur tahap apnea. Ujian ini boleh dijalankan di hospital atau di rumah, bergantung dengan alat yang ada di jabatan yang menjalankan ujian.
Rawatan untuk berdengkur dan OSA termasuk:
Kurangkan berat badan- cara paling efektif dan termurah terutamanya mereka yang lebih berat badan. Disarankan 10% penurunan berat badan sudah cukup untuk menurunkan gejala OSA. Walaupun demikian, ada sebahagian pesakit mengalami tidur yang lebih selesa walaupun berat badan mereka turun dalam beberapa kilogram sahaja. Jangan berputus asa.
Mesin CPAP (Continuous Positive Airway Pressure)- mesin ini menyalurkan tekanan udara ke salur pernafasan melalui topeng untuk mengekalkan salur udara tersebut terbuka. Ini ialah rawatan terbaik setakat ini, tetapi kurang sambutan dari pesakit kerana harganya agak mahal. Ada yang kurang selesa tidur menggunakan topeng dan ada yang mengalami mulut kering pada hari berikutnya.
Posisi tidur- paling baik ialah tidur mengiring di sisi untuk mengurangkan dengkuran. Ada beberapa teknik yang boleh digunakan untuk mengekalkan posisi anda di sisi; antaranya ialah menjahit bola tenis di belakang baju tidur, tidur menggunakan beg sandang belakang (backpack), dan lain-lain.
Alatan di mulut (oral appliances)- ini ialah di antara beberapa alat yang dipasang di dalam mulut semasa tidur untuk mengekalkan salur nafas dari menjadi sempit. Ada yang menolak rahang bawah ke depan, ada yang menarik lidah ke depan, dan beberapa yang lain.
Pembedahan- pelbagai jenis pembedahan boleh dijalankan, ini bergantung kepada struktur dan tempat sempit yang menyebabkan dengkuran. Untuk kanak-kanak, sebab utama berdengkur ialah tonsil yang besar dan kadangkala juga dengan adenoid yang besar. Kebanyakkan kanak-kanak akan hilang berdengkur selepas pembedahan ini (sila rujuk artikel sebelum ini: )
Kesimpulannya, berdengkur tidak sepatutnya dipandang remeh. Ia bukan sekadar masalah sosial, ia juga sebagai tanda amaran untuk kita sedar akan penyakit yang ada di sebaliknya. Ya, ia adalah sebagai siren yang berbunyi semasa tidur, dan ia sedang memanggil kita untuk mendapat pertolongan. Sila lakukannya.
TSazmi77
post Jun 8 2018, 08:17 AM

Getting Started
**
Junior Member
291 posts

Joined: Sep 2006
From: Shah Alam

Apa Punca Tidur Berdengkur? Atasinya Dengan Cara Ini!

user posted image



“Ishh berdengkur pulak si Nadia ni. Ingat lelaki aje yang kuat berdengkur. Ada juga ya perempuan yang tidur berdengkur. Aduhai, tak tidur lena lah aku malam ni!”

Ya, semua orang tidak kira lelaki atau perempuan berpotensi untuk tidur berdengkur. Tapi, ada yang jarang berdengkur melainkan terlalu penat dan stres.

Tahukah anda, berdengkur sebenarnya boleh menjejaskan kualiti tidur si pendengkur itu sendiri dan orang di sekelilingnya.



“Ishh berdengkur pulak si Nadia ni. Ingat lelaki aje yang kuat berdengkur. Ada juga ya perempuan yang tidur berdengkur. Aduhai, tak tidur lena lah aku malam ni!”

Ya, semua orang tidak kira lelaki atau perempuan berpotensi untuk tidur berdengkur. Tapi, ada yang jarang berdengkur melainkan terlalu penat dan stres.

Tahukah anda, berdengkur sebenarnya boleh menjejaskan kualiti tidur si pendengkur itu sendiri dan orang di sekelilingnya.
cara atasi tidur berdengkur

Wanita atau lelaki memang berpotensi tidur berdengkur. Kita saja yang tidak menyedarinya. Foto Kredit: lifeline.de
7 Punca Tidur Berdengkur

Antara sebab utama seseorang itu berdengkur adalah:
1. Badan Yang Berlemak

Apabila bahagian leher disaluti lemak yang banyak, ia menyebabkan udara sukar menembusi hidung serta leher sewaktu tidur.

Itu yang menyebabkan tidur berdengkur.
2. Usia

Semakin meningkat usia, bahagian leher semakin bertambah sempit dan otot di bahagian itu semakin lemah.
tidur berdengkur

3. Rangka Badan Besar

Lelaki semula jadinya mempunyai rangka yang besar namun punya ruang pengaliran yang sempit berbanding wanita.

Sebab itu lelaki lebih banyak berdengkur daripada wanita.
4. Masalah Hidung

Selesema dan hidung tersumbat juga boleh menyebabkan seseorang itu berdengkur.

Dengkuran pada kanak-kanak juga boleh terjadi apabila selesema atau alahan, bengkak tonsil dan ‘adenoid’, iaitu sebuah keadaan di mana seseorang mempunyai daging berlebihan seperti tonsil di belakang hidung.
5. Postur Tidur

Postur berbaring secara menelentang meningkatkan kebarangkalian untuk tidur berdengkur.
6. Mengambil Ubat

Mereka yang mengambil ubat seperti Lorazepam dan Diazepam juga tidur berdengkur disebabkan otot bergerak laju meskipun sewaktu tidur.
7. Merokok

Mereka yang menghisap rokok lebih cenderung tidur berdengkur. Ini kerana ia menyebabkan saluran pernafasan menjadi abnormal, pembengkakan selaput lendir pada hidung, gangguan pada tekak, dan penyumbatan kecil pada paru-paru.

Selain itu, merokok juga adalah punca kepada pelbagai penyakit lain.
sebab tidur berdengkur

5 Cara Atasi Tidur Berdengkur

Jadi bagi yang memang tidur berdengkur,sebelum masuk tidur, pastikan anda lakukan ini:
1. Bersihkan saluran hidung

Jika anda selesema, lapkan cecair saline pada lubang hidung dan keringkan sebelum tidur.
2. Guna ‘nasal strip’
punca tidur berdengkur

Ia boleh dibeli di pasaraya atau farmasi. Tampalkan pada hidung.
3. Suhu bilik dalam keadaan lembap

Bilik yang kering meningkatkan lagi rasa gatal pada selaput di hidung dan tekak, lalu menyebabkan ia membengkak. Apabila bengkak, pernafasan akan terganggu.

Salah satu cara untuk mengelakkannya terjadi ialah dengan memasang ‘humidifier’ dalam bilik.
tidur berdengkur

4. Ubah posisi tidur

Tidur terlentang menggalakkan lagi dengkuran. Letak bantal atau apa sahaja di sisi yang boleh mengelakkan anda daripada tidur terlentang.

Biasakan tidur terlentang sehingga ia menjadi tabiat.
5. Elak makan ubat tidur atau sedatif

Ubat-ubat ini akan menyebabkan otot di sekitar leher relaks dan tidak mengganggu pernafasan.
tips tidur berdengkur

Bagi mereka yang berdengkur dengan kuat,

Perlulah membuat pemeriksaan kerana ia boleh menjejaskan kesihatan. Bukan itu saja, malah perhubungan dengan orang sekeliling juga dapat dipulihkan terutamanya pasangan.
TSazmi77
post Jun 21 2018, 09:43 PM

Getting Started
**
Junior Member
291 posts

Joined: Sep 2006
From: Shah Alam

Gangguan tidur

user posted image

Ramai daripada kita mungkin tidak sedar bahawa tekanan ekonomi memberi impak terhadap usaha mendapatkan tidur yang nyenyak. Bahkan, kajian mendapati tekanan kerja dan kewangan memberi gangguan tidur yang lebih tinggi berbanding ketaksuban terhadap gajet teknologi.

Satu kaji selidik oleh Philips diberi nama Tidur: Satu Prespektif Global yang membabitkan 8,000 responden dari 10 negara di dunia, melihat terdapat peluang bagi mempertingkatkan kualiti tidur seseorang.


Kaji selidik tersebut merupakan laporan pertama dalam satu siri laporan yang mengetengahkan trend dan tabiat tidur.

Diterbitkan sebagai sokongan terhadap sambutan tahunan Hari Tidur Sedunia oleh Persatuan Perubatan Tidur Dunia, laporan itu mendedahkan bahawa kegusaran terhadap kerja, keadaan kewangan dan ekonomi sebagai faktor utama yang memberi impak terhadap tidur.

Sungguhpun tidur diiktiraf global sebagai satu kepentingan kesihatan dan kesejahteraan hidup, kebanyakan individu tidak mengambil langkah untuk meningkatkan kualiti tidur mereka.

Pegawai Perubatan dan Ketua Perhubungan Perubatan Philips, Dr. Teofilo Lee-Chiong, berkata, sejak beberapa tahun lalu, pelbagai kaji selidik yang dijalankan hanya memberi fokus terhadap impak atau kesan negatif teknologi dan peranti mudah alih terhadap tidur.

Namun katanya, laporan oleh pihak penyelidik di Philips mengesahkan bahawa faktor global yang memberi kesan terhadap tidur adalah pelbagai dan kompleks.

“Melihat masyarakat dunia menilai tidur sebagai salah satu faktor penting bagi mendapatkan tahap kesihatan yang baik secara menyeluruh memang sesuatu yang memberangsangkan,

“Namun, masih ramai yang bergelut untuk untuk memastikan mereka berada di landasan tidur yang lebih baik,” katanya.

Dr. Lee-Chiong berkata, ramai yang mahukan tidur yang lebih tetapi tidak tahu bagaimana untuk mendapatkannya.

Beliau berkata, daripada 7,817 yang ditinjau di Amerika Syarikat, Brazil, United Kingdom, Perancis, Belanda, Jerman, China, Jepun, Korea Selatan dan Australia, 96 peratus menyatakan bahawa tidur amat bernilai buat mereka.

Pada masa yang sama, 57 peratus responden mengakui sungguhpun mereka boleh mendapatkan tidur yang lebih baik, tetapi tidak mengambil langkah untuk meningkatkan kualiti tidur mereka.

Hanya 17 peratus daripada mereka berupaya mendapat tidur sepanjang malam yang konsisten dengan 22 peratus responden menyatakan mereka akan terjaga lebih awal daripada diingini, lima hingga tujuh malam seminggu.

Selain itu, enam peratus responden melaporkan mengalami apnea tidur obstruktif (OSA). Angka ini konsisten dengan laporan-laporan lain yang mendapati lebih 100 individu di seluruh dunia mengalami gangguan tersebut.

Disebabkan anggaran 80 peratus penghidap OSA masih tidak didiagnos, sebilangan besar individu mungkin tidak memperoleh manfaat daripada saringan, diagnosis dan rawatan apnea tidur yang betul.

Dalam pada itu, tidur berada di tangga teratas iaitu 87 peratus daripada 12 perkara yang disenaraikan sebagai faktor yang mempengaruhi kesihatan dan kesejahteraan individu secara menyeluruh, seperti keluarga, kerja, sekolah, kehidupan sosial dan keintiman dengan pasangan. Ini diikuti oleh jaminan kewangan 84 peratus.

Selain itu, antara 13 faktor yang membuatkan orang berjaga di sebelah malam, 25 peratus responden memilih kerja dan isu kewangan atau ekonomi (28 peratus) sebagai gangguan utama.

Apa yang lebih mengejutkan, sungguhpun 67 peratus individu di dunia tidur dengan telefon bimbit berhampiran mereka, hanya 21 peratus mengatakan bahawa faktor teknologi merupakan salah satu gangguan tidur.

Sementara itu, Pengarah Kanan Penyelidikan Klinikal Global, Philips, Dr. Mark Aloia, berkata, laporan menunjukkan faktor psikologi boleh memberi kesan terhadap tidur dan boleh boleh berubah bergantung kepada keadaan gaya hidup.

“Menangani stres adalah sesuatu yang kritikal untuk mendapatkan tidur yang cukup, tetapi perkara yang paling sukar bagi sebilangan individu ialah motivasi untuk membuat perubahan.

“Data-data ini jelas menunjukkan bahawa tidur perlu dilihat dan dirawat secara holistik melalui penggunaan teknologi dan perubahan gaya hidup,” katanya.

Antara negara-negara yang berada di aras tertinggi yang paling gusar tentang kerja adalah Korea Selatan iaitu 43 peratus, Brazil (33 peratus) dan China (32 peratus), Brazil (39 peratus), dan Jerman (31 peratus), manakala Amerika Syarikat berada di tangga teratas senarai negara paling gusar tentang isu-isu ekonomi atau kewangan iaitu (31 peratus).

Menangani isu mempertingkat kualiti tidur

Langkah pertama untuk mendapatkan rehat yang secukupnya ialah mengkaji risiko gangguan tidur yang tersembunyi. Masalah gangguan tidur dan apnea tidur merupakan salah satu gangguan yang sering kali tidak didiagnos. Ketahui sama ada anda berada dalam kumpulan berisiko dengan mengambil kuiz simptom apnea tidur.

Selain mengawal potensi gangguan tidur, adalah penting untuk menerima tingkah laku yang boleh mempertingkatkan tidur. Stres boleh menyebabkan seseorang terjaga di sebelah malam. Perubahan kecil mampu mengimbangi stres dan menyediakan badan untuk rehat yang diperlukan.

Sempena Hari Tidur Sedunia pada 9 hingga 13 Mac lalu, Philips telah mengadakan cabaran global #BeWellSleepWell untuk memperkasakan individu mengawal semula tidur dan kesihatan mereka.Cabaran tersebut menggalakkan individu untuk membuat perubahan gaya hidup kecil setiap hari selama lima hari untuk mempertingkatkan kualiti tidur dan kesejahteraan diri .



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesiha...8#ixzz5J4EIwhLt
© Utusan Melayu (M) Bhd
TSazmi77
post Jun 21 2018, 09:45 PM

Getting Started
**
Junior Member
291 posts

Joined: Sep 2006
From: Shah Alam

Dengkuran mengganggu tidur

user posted image

SETIAP hari Sarah ke pejabat dengan wajah yang letih, mata sembap dan kuyu, muka yang masam mencuka dan sering menguap walaupun baru pukul 9 pagi.

Bila ditanya teman sepejabat, katanya, setiap malam dia tidak dapat tidur nyenyak kerana suaminya berdengkur. Baru hendak melelapkan mata, anak kecilnya pula menangis kerana hendak menyusu. Sudahnya sampai ke pagi dia tidak dapat tidur. Fikirnya dalam hati, bilalah agaknya dia dapat tidur nyenyak.

Sarah tidak tahu apa yang harus dilakukan bagi menghentikan dengkuran suaminya. Takkanlah hendak tidur dalam bilik berasingan pula. Lambat-laun mungkin akan menjejaskan rumahtangganya pula.

Sudah berulang kali dia memberitahu suaminya supaya jangan berdengkur namun sebaik sahaja suaminya meletakkan kepala ke bantal maka akan bermulalah 'lagu' dengkurnya. Sakit hatinya melihat suaminya tidur dengan nyenyak seakan tiada apa-apa masalah dalam hidupnya.

Hakikatnya, berdengkur bukanlah tanda seseorang itu tidur nyenyak. Bunyi yang dihasilkan semasa dengkuran hanya menunjukkan terdapat penyumbatan separa di dalam salur pernafasan, iaitu di kawasan hidung dan belakang tekak.

Demikian menurut Konsultan Telinga, Hidung dan Tekak Hospital Pusrawi, Dr. Amir Izwan Mohamed Dahan yang ditemui baru-baru ini.

Tambah Dr. Amir, sebaliknya jika dengkuran sudah ke peringkat yang teruk, pesakit sebenarnya tidak dapat tidur dengan nyenyak. Tidur menjadi terganggu sepanjang malam kerana paras oksigen yang tidak cukup untuk sampai ke otak.

Ini menyebabkan otak merangsang pesakit supaya bangun dengan segera bagi mengelakkan berlakunya kematian.

Pesakit akan terus berjaga-jaga untuk mengambil nafas dan ini mengganggu tidur yang lena.

''Selalunya pesakit akan terjaga dalam keadaan separa sedar atau mereka tidak ingat langsung keesokan harinya yang mereka terjaga di dalam tidur.

''Mereka juga akan berasa mengantuk, keletihan dan hilang konsentrasi sepanjang hari. Pada peringkat teruk, ada yang tertidur semasa memandu dan mengakibatkan kemalangan,'' ujarnya.

Beliau berkata, jika pasangan suami atau isteri adalah jenis orang yang mudah terganggu tidurnya (light sleeper), dengkuran setiap malam akan menyebabkan kurangnya tidur kedua-dua suami isteri ini. Ini akan menyebabkan keletihan dan mood yang sentiasa tidak baik yang boleh membawa kepada pergaduhan.

Tambah Dr. Amir lagi, di antara punca-punca lain yang menyebabkan dengkuran adalah masalah tonsil, masalah adenoid, masalah hidung seperti alahan, tulang bengkok, resdung, kanser hidung dan tekak serta masalah tulang muka kecil.

''Terdapat juga faktor-faktor lain yang menambahkan masalah dengkuran pada orang yang sememangnya berdengkur, iaitu kegemukan dan mempunyai leher yang besar, pengambilan alkohol, mengambil ubat tidur, usia yang melebihi 45 tahun, mempunyai dagu kecil atau mempunyai lidah yang besar.

''Biasanya lelaki lebih ramai mengalami masalah dengkur daripada wanita dengan nisbah lebih kurang 2:1.

''Satu kajian menunjukkan sebanyak 44 peratus lelaki dan 28 peratus wanita yang berumur di antara 30 hingga 60 tahun berdengkur.

''Selain lelaki dan wanita dewasa yang menghadapi masalah dengkur, kanak-kanak turut tidak terkecuali. Ia berpunca daripada masalah tonsil dan adenoid yang besar,'' katanya.

Tonsil merupakan dua ketulan tisu yang berada di belakang tekak. Jangkitan tonsil yang berulang-ulang boleh menyebabkan kebengkakan dan terdapat kes di mana kedua-dua tonsil kiri dan kanan bertemu di tengah-tengah tekak dan hampir menyumbat sepenuhnya salur pernafasan sewaktu tidur.

Adenoid pula adalah ketulan tisu yang terletak di belakang hidung. Jika adenoid bengkak (biasanya bengkak bersama-sama dengan tonsil), ia akan menyumbat salur pernafasan dan menyebabkan dengkuran.

Dr. Amir menjelaskan, masalah dengkuran yang tidak dirawat boleh menimbulkan pelbagai kesan buruk atau penyakit-penyakit kronik lain. Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa dengkuran yang teruk boleh menyebabkan masalah darah tinggi, lemah jantung, degupan jantung tidak normal (arrhythmia) yang kadangkala boleh menyebabkan kematian semasa tidur dan angin ahmar.

''Dalam dengkuran yang teruk, paras oksigen di dalam badan menjadi berkurangan. Jika ini berpanjangan, ia akan menyebabkan badan melepaskan bahan-bahan kimia yang akan meningkatkan tekanan darah. Tekanan darah ini akan menyebabkan jantung bekerja lebih keras dan dalam jangka masa panjang menyebabkan masalah jantung pula.

''Oksigen yang tidak mencukupi juga menyebabkan sel darah merah menjadi bertambah (polycytaemia) yang boleh meningkatkan risiko strok.

''Mereka yang menghadapi masalah dengkur tidak sepatutnya berputus asa dan membiarkan sahaja masalah ini tanpa dirawat. Dengkur boleh dirawat bergantung kepada puncanya. Pesakit perlu berjumpa dengan pakar telinga, hidung dan tekak. Doktor akan menyiasat dan mencari punca dengkuran.

''Di antara rawatan yang diberikan ialah membuang tonsil atau adenoid jika didapati bermasalah, merawat masalah hidung dan resdung jika ada, rawatan diathermy, laser atau radiofrequency bagi membuang tisu berlebihan di dalam tekak. Pesakit yang berkemampuan boleh membeli dan menggunakan mesin CPAP (continous positif airway pressure) dan menggunakannya setiap malam semasa tidur,'' jelasnya.

Beliau berkata, terdapat beberapa cara yang dapat membantu mengurangkan masalah dengkur, iaitu segera berjumpa doktor jika terdapat masalah hidung dan tonsil, mengurangkan berat badan, elakkan daripada mengambil alkohol terutama di waktu malam, jangan diamalkan mengambil ubat tidur kecuali terpaksa dan tidur mengiring walaupun cara ini biasanya kurang efektif.



Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y...m#ixzz5J4Eehkin
© Utusan Melayu (M) Bhd
TSazmi77
post Jun 26 2018, 03:43 PM

Getting Started
**
Junior Member
291 posts

Joined: Sep 2006
From: Shah Alam

Dengkur bawa maut?

user posted image

Sering kali apabila terlampau letih, seseorang individu itu tidak sedar, tidur malamnya berdengkur. Perkara itu hanya diketahui keesokan hari apabila pasangan mengadu tidak selesa tidur kerana dengkuran terbabit.

Ada juga episod yang mana dengkuran kuat diselang seli dengan nafas yang tersekat-sekat, seolah-olah ada sesuatu yang menghalang aliran nafas dan juga saluran pernafasan.

Mungkin juga individu terbabit terjaga akibat gangguan itu, bagaimanapun dalam kebanyakan kes mereka tidak menyedarinya sehinggalah diberitahu pasangan.

Pakar Otolaringologi Hospital Pantai Bangsar, Dr Asha Gupta, berkata berdengkur hanyalah satu simptom, kemungkinan disebabkan berlaku halangan dalam saluran udara.

"Ia satu simptom dan tidak dianggap satu penyakit dengan sendirinya. Jika seseorang itu mengalami dengkur ringan, sederhana atau sekali sekala, tidak mengapa.

"Namun, berdengkur boleh dianggap sebagai petanda kepada penyakit lain jika mengalami dengkur dengan kuat dan tersekat-sekat atau terasa seolah-olah seperti tercekik apabila tidur waktu malam diikuti rasa teramat letih dan mengantuk pada keesokan harinya.

user posted image

Apnea tidur

"Justeru, jika seseorang individu mengalami keadaan begini, berdengkur mungkin petanda mereka mengalami apnea tidur atau sekatan apnea tidur (OSA)," katanya.

OSA merujuk kepada penyumbatan saluran pernafasan bahagian atas, dikenal pasti apabila nafas terhenti beberapa kali ketika tidur walaupun seseorang individu itu berusaha untuk bernafas.

Ia dikaitkan dengan pengurangan jumlah oksigen yang sampai ke dalam darah. Sela nafas itu digelar apnea atau tanpa nafas, dalam tempoh di antara 20 saat hingga 40 saat.

Individu yang mengalami apnea tidur mungkin sering mengadu mempunyai masalah dengan daya ingatan, kerap sakit kepala pada waktu pagi, kerap berubah 'mood' atau berasa murung, kerap terjaga untuk membuang buang air kecil pada waktu malam (nokturia) dan keinginan untuk seks menurun.

Katanya, ada juga individu yang berdengkur kerana mereka letih atau berdengkur sekali sekala kerana beberapa faktor.

"Sesetengah orang hanya berdengkur sekali sekala, kadang kala apabila mereka berasa amat letih pada siang hari, waktu malam mereka berdengkur. Ada juga yang makan berat pada waktu malam, minum alkohol, makan ubat tidur atau tidur nyenyak mungkin berdengkur, justeru berdengkur bagi setiap orang berbeza," katanya.

Mengapa tekak merasa sakit selepas bangun pagi bagi individu yang berdengkur, beliau berkata, ini kerana apabila mereka tidur dan jika ada sekatan pada saluran pernafasan (hidung), secara automatik mulut akan terbuka untuk bernafas.

"Sebab itulah tekak berasa perit kerana tidur dengan mulut terbuka. Individu yang mengalami masalah sekatan saluran pernafasan mempunyai leher yang besar daripada biasa," katanya.

Jantung terpaksa kerja kuat

Kata Dr Asha, dengkur yang disertai dengan nafas yang tersekat-sekat sepanjang malam dan individu yang mengalaminya bernafas melalui mulut dan bukannya hidung, disebabkan individu itu mungkin mempunyai sekatan sama ada berpunca dari dalam hidung atau belakang hidung, bahagian atas tekak atau larinks, tonsil atau faktor yang menyebabkan saluran pernafasan tersumbat sekali gus menyumbang kepada apnea tidur.

"Apa yang terjadi apabila seseorang itu tidur kemudian berdengkur dengan nafas tersekat-sekat oksigen tidak sampai sepenuhnya menyebabkan jantung terpaksa mengepam darah lebih kuat untuk memastikan oksigen sampai ke seluruh tubuh.

"Sebab itulah mengapa mereka yang menghidap OSA tidak mendapat tidur yang sempurna dan masih berasa mengantuk pada waktu siang kerana tidak mendapat tidur yang sihat," katanya sambil menambah penghidap juga kerap sakit kepala akibat keadaan tidak cukup oksigen itu.

Mengulas jika keadaan fizikal seseorang menjadi faktor penyumbang kepada OSA, beliau berkata, ada juga individu yang tidak obes berdengkur jika berat badan mereka meningkat daripada kebiasaan, namun masalah itu berkurangan jika mempunyai berat ideal.

Majoriti lelaki 35 tahun ke atas

Beliau mengakui ramai kalangan penghidap OSA adalah obes yang mungkin mengalami penyempitan dalam bentuk tulang yang patah atau bengkok pada bahagian dalam atau tengah hidung, polip dalam hidung, tonsil atau lidah yang besar, leher lebih pendek dan sedikit besar atau berlemak.

Majoriti pesakit yang mengalami OSA adalah lelaki berusia 35 tahun ke atas, yang kebiasaannya berhenti mengamalkan gaya hidup sihat.

"Faktor lain yang menjadi penyumbang OSA adalah merokok, minum arak, individu yang tidak bersenam serta tidak mengamalkan gaya hidup sihat, termasuk dalam amalan pemakanan atau berhenti bersenam pada usia tertentu," katanya.

Apa terjadi jika OSA tidak dirawat, Dr Asha berkata, jika jantung kerap bekerja keras untuk mengepam darah beroksigen ke seluruh tubuh sekali gus meletakkan beban ke atas jantung, individu terbabit berisiko mendapat tekanan darah tinggi dan masalah jantung di kemudian hari.

"Peluang mendapat komplikasi jantung amat tinggi jika OSA dibiarkan tanpa rawatan. Jika OSA menjadi amat teruk dan individu menghidapnya tidak mendapat rawatan walaupun mengalami sekatan nafas untuk tempoh panjang, tidak mustahil individu terbabit tidak terjaga langsung daripada tidur dan mati dengan tiba-tiba. Keadaan ini digelar apnea jantung," katanya.

Pemakanan, gaya hidup sihat tangani OSA

Mereka yang mengalami masalah dengkur perlu menjalani pemeriksaan bagi memastikan sama ada mereka mengalami OSA. Pertama sekali, mereka akan menjalani ujian polisonografi, yang bertujuan mengkaji corak tidur seseorang pesakit.

"Pesakit akan dipantau sepanjang malam, yang mana corak tidurnya akan direkodkan, berapa kali mengalami apnea (nafas tersekat sambil berdengkur), berapa lama tempoh (nafas tersekat/terhenti) setiap kali gangguan itu berlaku.

"Mesin electrocardiogram (ECG) untuk melihat corak degupan jantung dan mesin electroencephalography (EEG) juga akan dipasang kepada pesakit untuk melihat fungsi otak pada masa yang sama," katanya.

Jika pesakit dipastikan mempunyai sekatan pada saluran pernafasan, maka pakar juga boleh melakukan endoskopi nasal (hidung) dengan memasukkan alat dari hidung ke bahagian saluran pernafasan atas dalam tekak atau menjalankan prosedur Flexible Nasopharyngolaryngoscope (FNPLS).. Ia bertujuan memeriksa bahagian dalam hidung dan saluran pernafasan di kawasan berkaitan.

Lakukan pembedahan

"Selepas diketahui punca utama OSA, baharulah kita akan tentukan rawatan. Misalnya, jika sekatan disebabkan anatomi atau keadaan saluran pernafasan yang boleh diperbetulkan menerusi pembedahan, kita akan lakukan pembedahan untuk membuang membuang polip umpamanya, memperbetulkan tulang hidung dan rawatan lain.

"Rawatan utama untuk OSA sebenarnya mengawal diet. Jika pesakit obes, kita perlu berbincang mengenai perubahan gaya hidup seperti mengamalkan pemakanan sihat, berhenti merokok dan berhenti minum alkohol," katanya.

Selain itu, katanya, jika pesakit ingin tidur selesa pada waktu malam, mereka boleh dibekalkan dengan mesin digelar CPAP (Positive Airway Pressure).

"Mesin ini membolehkan pesakit OSA bernafas lebih mudah ketika tidur kerana ia meningkatkan tekanan udara dalam tekak supaya saluran udara tidak berhenti terbuka apabila menarik nafas," katanya.

Adakah kanak-kanak yang berdengkur juga mempunyai potensi OSA, beliau mengatakan ia tidak mustahil kerana corak dengkur yang berlaku dalam kalangan dewasa juga boleh dialami kanak-kanak.

Kanak-kanak yang tidak dirawat apabila mengalami masalah apnea tidur mungkin seorang yang hiperaktif dan didiagnos dengan gangguan perhatian defisit hiperaktif (ADHD).

Simptom OSA

* Rasa mengantuk berlebihan pada waktu siang (hipersomnia)

* Berdengkur dengan kuat

* Mengalami episod nafas tersekat ketika tidur

* Terjaga daripada tidur dengan tiba-tiba diikuti sesak nafas

* Terjaga dengan mulut kering atau sakit tekak

* Sakit kepala pada waktu pagi

* Sukar untuk tidur (insomnia)

* Sukar memberi perhatian
TSazmi77
post Jul 10 2018, 11:26 AM

Getting Started
**
Junior Member
291 posts

Joined: Sep 2006
From: Shah Alam

Masalah Berdengkur Ketika Tidur – Jangan Biar Ia Merosakkan Hubungan Suami Isteri

Kadangkala berdengkur ketika tidur? Itu normal. Tetapi, berdengkur hampir setiap malam sehingga menggegar katil? Itu masalah yang perlu diatasi. Kebanyakan orang dewasa mengalaminya terutama pada hari-hari yang memenatkan. Tapi, adakah cara hilangkan dengkur?

Namun, jika anda perasan yang anda (atau pasangan) mengalaminya setiap malam, maka, apa kata anda cuba salah satu daripada 10 cara hilangkan dengkur ketika tidur yang kami kongsikan di sini.
1. Mandi Air Panas Sebelum Tidur

Masalah dengkur berlaku apabila ada gangguan pada saluran pernafasan pada bahagian saluran hidung atau tekak.

Jika anda mandi air panas sebelum tidur, ia akan membantu untuk mengeluarkan sebarang bendalir yang mengganggu saluran tersebut. Sambil mandi, jangan lupa juga untuk berkumur dan membilas hidung.
2. Tidur Secara Mengiring Berbanding Menelentang

Jika anda mengalami masalah dengkur setiap malam, cuba tukar cara anda tidur. Berbaring secara menelentang akan menyebabkan bahagian atas lidah anda menutup saluran tekak anda, sekaligus menutup saluran pernafasan.

Cuba tidur secara mengiring dengan mendapatkan bantuan bantal peluk atau anda juga boleh memilih untuk memeluk pasangan anda.
3. Banyakkan Minum Air di Siang Hari

Lagi satu cara hilangkan dengkur adalah dengan memperbanyakkan minum air di siang hari. Ia akan mengekalkan tahap hidrasi badan anda. Jika anda kekurangan air, tekak anda akan kering dan menghasilkan mukus.

Ini seterusnya akan menyebabkan masalah dengkur. Jadi, banyakkan minum air di siang hari untuk mengelakkan ia terjadi.

4. Gunakan Bantuan Pelekat Jalur Hidung
Jika anda memerlukan bantuan peralatan bagi mendapatkan pernafasan yang lebih lancar ketika tidur, mungkin anda boleh menggunakan pelekat jalur hidung. Ia membantu untuk membuka bukaan nasal hidung.

Anda boleh membelinya di mana-mana farmasi atau kedai serbaneka. Ia sangat membantu dalam mengatasi masalah berdengkur, terutamanya jika ia disebabkan oleh sekatan pada hidung, dan bukannya pada tekak.
5. Gunakan Semburan Hidung

Selain daripada pelekat hidung yang diletakkan di bahagian atas hidung, anda juga boleh membeli semburan nasal hidung bagi melegakan sekatan pernafasan akibat mukus dalam hidung anda.

Ia juga boleh dibeli di farmasi dan apabila disembur, anda akan berasa lega dan lebih mudah untuk bernafas.
6. Pasang Pelembap Udara Di Dalam Bilik

Kalau anda hendak tahu, masalah dengkur juga boleh disebabkan oleh keadaan bilik yang kering dan panas. Apabila anda tidur dalam suhu bilik sebegini, hidung anda perlu bekerja lebih kuat ketika tidur untuk mendapatkan udara segar, sehinggakan anda berdengkur.

Dengan memasang pelembap udara (air humidifier), bilik anda akan berada dalam keadaan optimum yang membantu tidur yang lebih berkualiti.
7. Tidur dengan Bantal Yang Tinggi

Lagi satu cara hilangkan dengkur adalah dengan tidur dalam keadaan kepala berada di atas bantal yang sedikit tinggi. Ia membantu pernafasan yang lebih lancar apabila dagu dan hidung anda sedikit terangkat.

Tetapi, bantal tersebut tidak perlu terlalu tinggi sehingga anda sakit tengkuk! Cukup sekadar 4 ke 5 inci lebih tinggi dari paras biasa kepala anda ketika berbaring.
8. Jangan Ambil Makanan Berat Sebelum Tidur

Tabiat gemar makan berat lewat malam sebelum tidur juga adalah salah satu punca masalah dengkur. Malah, ada kajian yang menyatakan bahawa makanan seperti minuman susuan akan menyebabkan masalah dengkur yang semakin teruk.

Jadi, perhatikan apa yang anda makan sebelum tidur dan elakkan dari makan lewat malam. Ia mungkin dapat membantu mengurangkan masalah tidur anda.
9. Buat Latihan Mulut Jadi Cara Hilangkan Dengkur
Jika anda ingin mengurangkan bunyi bising ketika tidur, cuba buat latihan mulut ini.

Tekan hujung lidah ke lelangit dan gerakkannya ke belakang. Ulang selama 3 minit setiap hari.
Gerakkan otot mulut di bahagian tekak anda dan gerakkan anak tekak selama 30 saat.
Sebut vowel ‘A’ secara kuat selama beberapa minit setiap hari

Latihan otot mulut dan lidah sebegini dikatakan dapat membuka bukaan tekak dan sekaligus membantu pernafasan yang lebih lancar ketika tidur.
10. Buat Pemeriksaan Doktor, Anda Mungkin Memerlukan Pembedahan

Jika anda telah mencuba petua untuk mengurangkan dengkur di atas dan masih tidak dapat menyelesaikan masalah tidur anda yang semakin teruk, mungkin telah sampai masanya untuk anda berjumpa dengan doktor.

Jika pemeriksaan membuktikan ia adalah satu masalah yang serius, anda mungkin perlu melakukan pembedahan bagi membuka saluran udara.
TSazmi77
post Jul 27 2018, 02:34 PM

Getting Started
**
Junior Member
291 posts

Joined: Sep 2006
From: Shah Alam

user posted image


Sebab-Sebab Berdengkur

1. Lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak. Apabila otot tidak tegang akibat arak atau ubatan yang menyebabkan otot lemah, lidah akan tertolak ke belakang, menutupi aliran udara atau otot tekak tertarik masuk ke dalam tekak dan menyekat salur pernafasan atas. Juga berlaku semasa waktu tidur yang nyenyak



2. Tisu tekak yang besar dan tebal. Kanak-kanak yang mempunyai tonsil dan tisu adenoid yang membengkak selalunya berdengkur. Orang yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher yang pendek dan besar akan mudah berdengkur.



3. Lelangit lembut dan uvula (anak tekak) yang panjang. Uvula yang panjang akan mengecilkan rongga pembukaan dari hidung ke tekak. Getaran yang berlebihan dari tisu ini akan mengakibatkan dengkuran.



4. Saluran pernafasan tersekat. Hidung yang tersumbat dan sukar bernafas menyebabkan individu lebih kerap menyedut udara untuk bernafas. Ini mengakibatkan ruang vakum yang berlebihan di dalam tekak, dan mengakibatkan tisu tekak yang lembut tertarik ke dalam dan mengakibatkan dengkuran.



5. Batang hidung yang bengkuk, polip dan jangkitan sinus.



Komplikasi
Berdengkur, boleh juga mendatangkan masalah tidur yang serius yang dipanggil ‘sleep apnea’ iaitu apabila seseorang itu berhenti bernafas lebih dari 10 saat buat seketika sewaktu tidur. ‘Sleep apnea’ boleh membahayakan diri dan memerlukan rawatan selanjutnya.



Rawatan
Dengkur yang teruk ialah mereka yang berdengkur pada mana-mana kedudukan atau mengganggu orang lain, sepatutnya mencari khidmat nasihat perubatan bagi memastikan keadaan itu bukanlah masalah ‘sleep apnea’.



Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) akan memeriksa hidung, mulut, tekak, lelangit dan leher mendengkur. Kajian semasa tidur yang dilakukan di dalam ‘makmal tidur’ perlu bagi mengenal pasti tahap keseriusan dengkuran dan kesan kesihatan ke atas mendengkur tersebut.



Rawatan Untuk Dengkur
Rawatan adalah bergantung kepada diagnosis yang dibuat. Pemeriksaan akan menunjukkan dengkur adalah disebabkan oleh alahan hidung, jangkitan, kecacatan atau masalah tonsil dan “adenoid”. Rawatan diberi mengikut sebab-sebab yang dikenal pasti.



Petua untuk Mengurangkan Dengkuran
Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan
Kurangkan pengambilan arak atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur
Cegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur
Elak pengambilan arak sekurang-kurangnya 4 jam dan mengambil makanan berat atau ringan dalam tempoh 3 jam, sebelum berehat
Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari
Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang
Tinggikan kepala katil anda lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang.


Topic ClosedOptions
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0135sec    0.36    5 queries    GZIP Disabled
Time is now: 29th March 2024 - 01:50 AM